View: 2990|Reply: 7
|
Filem HANTU ~ 8 November 2007
[Copy link]
|
|
Reply #1 LimaWira's post
mcm rupa michael jackson dlm vc thriller |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DanaScully at 30-10-2007 10:12 AM
http://www.hantu.biz/foto3.jpg
mcm rupa michael jackson dlm vc thriller
mcm luna maya pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengembaraan membawa padah dalam Hantu
Oleh Farihad Shalla Mahmud
SEMUDAH tajuknya, Hantu,begitulah juga perjalanan cerita yang diarahkan Andrianto Sinaga dalam filem perdananya ini. Berpengalaman sebagai pengarah seni untuk beberapa filem seram sebelum ini menjadi penyebab mengapa dia memutuskan untuk mengarahkan filembergenre seperti ini sebagai karya perdananya.
Filemini cukup sederhana dari segi jalan ceritanya. Mengisahkan sekelompokanak muda yang sanggup memanjat gunung demi mencari Telaga SetraWingit, yang selama ini menjadi bualan ramai. Dipimpin oleh Gali (OkaAntara), maka berangkatlah mereka tanpa mengetahui sebenar di mana telaga yang dimaksudkan itu berada.
Bagaimanapun, pemergian mereka membawa matlamat yang berbeza-beza. Ada yang ingin menunjukkan diri mereka sebagai pencinta alam, manakala yang lain menjadikan hutan untuk membuat perkara yang tidak baik. Sebagai contoh, Gali misalnya, mengembara di hutan tanpa bekal pengalaman. Malah keputusannya untuk mengajak kekasihnya, Rinjani (Dhea Ananda), yang juga tidak ada pengalaman naik gunung memburukkan lagi keadaan.
Pasangan Indra (Andhika Gumilang) dan Maya (Monique Henry) pula menjadikan hutan sebagai tempat alternatif memadu asmara. Mereka semua berangkat dengan motivasi yang melencong sejak awal lagi sehingga akhirnya membawa bencana untuk kesemuanya.
Sekali imbas, filemini mempunyai persamaan dengan filemseram Blair Witch Project. Filem mengisahkan sekumpulan anak muda yang memburu hantu Blair Witch di mana akhirnya, kesemuanya menjadi mangsa makhluk yang menjadi legenda itu.
Kalau sudah namanya cerita hantu,pasti ia tidak boleh lari dari unsur stereotaip. Gambaran hantu berambut panjang, adegan kejar-mengejar, jeritan yang tidak berkesudahan semuanya mengembalikan nostalgia terhadap filem seram sebelum ini.
Di dalam filem ini, penonton tidak dijelaskan mengapa hantu di hutan itu membunuh manusia. Selain itu, tidak juga dijelaskan, siapakah hantu itu? Bagaimana riwayatnya, kenapa suka mengganggu kesenangan orangdan kenapa hobinya suka menyamar?
Walaupun bukan sebuah filem seram yang paling sempurna namun bukanlah sebuah filem yang mengecewakan. Ia masih mampu membuat anda menjerit dan tidaksenang duduk di dalam pawagam. Terlalu banyak adegan yang menyeramkan terutama apabila bayangan hantu menjelmakan diri.
[ Last edited by LimaWira at 10-11-2007 07:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HARRIER28 at 30/10/07 10:15 AM
mcm luna maya pun ada...
HUHU BARU NAK CKP MCM LUNA MAYA.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LimaWira at 10-11-2007 07:21 PM
Pengembaraan membawa padah dalam Hantu
Oleh Farihad Shalla Mahmud
SEMUDAH tajuknya, Hantu,begitulah juga perjalanan cerita yang diarahkan Andrianto Sinaga dalam filem perdananya ini. Berpenga ...
Sound like a publicity stunt. Lame. |
|
|
|
|
|
|
| |
|