View: 5416|Reply: 11
|
Bicara secara berhikmah
[Copy link]
|
Maideen This user has been deleted
|
Bicara seks secara berhikmahOleh: ZUARIDA MOHYIN
RAMAI berpendapat permasalahan berkaitan seks tidak bolehdibicarakan. Ada juga yang beranggapan bercakap tentang seks, berdosa.Lebih malang lagi mereka akan dilabel sebagai orang yang lucah.
Di Malaysia, masyarakat belum begitu terbuka untuk berbicaramengenainya. Apabila ibu bapa ditanya oleh anak tentang seks, pasti sianak diberi jawapan yang dikira paling terhormat dan berlapik. Bagimereka, itu jawapan terbaik. Hakikatnya, perasaan malu masyarakat kitadalam membicarakan masalah seks masih menebal.
Sayangnya, akhir-akhir ini ibu bapa sangat gelisah apabila anak-anakmereka melayari laman web atau bertukar pen drive lucah pada usia yangsangat muda.
Salah satu sebab mengapa gejala ini berleluasa ialah keranamasyarakat kita tidak peka untuk memberi pendidikan seks kepada pelajarseawal sekolah rendah.
Banyak persoalan seks yang membelenggu minda mereka tidak terjawab.Perasaan ingin tahu menjadi terlalu tinggi. Mereka akan mencari apa juasumber untuk mendapatkan maklumat tentang seks. Maka salah satu jalanialah dengan merujuk kepada laman web lucah.
Sedangkan Islam sendiri menganggap persoalan seks sangat penting. Didalam pelajaran fardu ain anak-anak diajar tentang seks seawal usia 10tahun. Cuma bezanya mereka diberikan maklumat yang tepat tentang seksdan perkara yang berkaitan dengannya dalam bentuk yang berakhlak, sucidan menurut syariat.
Pengetahuan seks bukan berkaitan dengan hubungan kelamin semata-matatetapi berkait rapat dengan soal agama, maruah, kesihatan dankeharmonian negara. Mengapakah kita harus berfikiran sempit dalam halseks sedangkan al-Quran sendiri berterus terang apabila membicarapersoalan seks dengan menggunakan perkataan air mani, zina,persetubuhan, zakar, faraj dan lain-lain?
Lantaran itu, menjadi tanggungjawab semua orang termasuk guru agama,guru sains, guru moral, guru disiplin, ibu bapa, penceramah dan pakarmotivasi untuk memberi penerangan tentang seks kepada anak-anak dalamperspektif yang betul.
Telaga Biru selaku penerbit kontemporari menyedari fenomena inilantas mengambil usaha serius menerbitkan buku tentang seks ini untuktatapan semua golongan. Daripada buku ini kita luahkan soalan remehtemeh tentang seks yang kebanyakan orang tidak pasti atau tidak tahutetapi malu untuk bertanya.
Buku ini membicarakan pelbagai isu sensitif tentang seks yang mampumerungkai banyak persoalan yang masih menjadi tabu kepada masyarakat dinegara kita.
Menerusi buku ini juga persoalan mengenai seks malam pertama, onani,mati pucuk, khalwat, zina, rakaman video lucah dan pelbagaipermasalahan seks dihuraikan dengan bahasa yang santai dan bersahaja.
Persoalan seks tidaklah serumit yang disangka. Persoalan ini perludihuraikan satu persatu supaya mudah difahami dan berjaya memberikefahaman yang sebenar kepada masyarakat. Buku ini mema paparkanmaklumat tentang seks selaras etika yang digariskan Islam seterusnyamemberi ketenangan kepada hati-hati yang gelisah.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari www.telagabiru.net.my.
* Judul Buku: Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya...
* Penulis: Zahazan Mohamed dan Rohidzir Rais.
* Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus utk informasi.......... |
|
|
|
|
|
|
nur_amin This user has been deleted
|
saya berharap sgt2x...cari.com akan mengalami suatu revolusi dan anjakan paradigma yg besar terhadap aper yg di taip di
ruangan ni atau pun di ruangan yg lain yg dah agak kritikal seperti ask the men...ask the women...yg kebanyakan nya
terdapatnya percampuran antara lelaki dan wanita...yg boleh merosakkan fikiran...sebab takkan kemana kalau dibuka
bicara bebas antara lelaki dan wanita kerana yg ketiga nya adalah syaitan...saya mengharapkan keprihatinan drp semua
pihak...di samping utk menangani/mencari penyelesaian terhadap masalah gay elokla di sekalikan dgn golongan yg normal
juga...semoga berjaya... |
|
|
|
|
|
|
mazlini This user has been deleted
|
bukan sex jee ... apa-apa pun kena bicara secara berhemah |
|
|
|
|
|
|
nur_amin This user has been deleted
|
aper yg perlu lelaki normal sedari ader la perangkap drp wanita, cara mereka nak menjeratkan kita lelaki ni...alhamdulillah...
saya tak punya perasaan pada wanita jadi saya tak punader masalah ttg perkara tu nak jaga diri drp wanita...cuma berwaspada dgn hubungan dgn lelaki shj...saya mmg bersyukur sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
informasi yang bagus..
baik utk makluman semua..
mgkinn ade yg salah faham.. |
|
|
|
|
|
|
nur_amin This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
erm dalam setiap perkara yang kita lakukan mmg perlu berhikmah |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh saya tahu adakah seorang ayah akan terangsang dan rasa berahi apabila melihat anak perempuan dalam keadaan berkemban selepas mandi? Sebab saya ada satu habit yang tak boleh dibuang yang mana saya akan duduk depan TV sambil berkemban selepas mandi, ayah saya juga kadang2 ada disebelah saya, so saya just nak tahu adakah seorang ayah akan rasa berahi ataupun just akan anggap saya seorang anak dan akan tengok saya normal je without ada rasa berahi? Please help me |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh saya tahu adakah seorang ayah akan terangsang dan rasa berahi apabila melihat anak perempuan dalam keadaan berkemban selepas mandi? Sebab saya ada satu habit yang tak boleh dibuang yang mana saya akan duduk depan TV sambil berkemban selepas mandi, ayah saya juga kadang2 ada disebelah saya, so saya just nak tahu adakah seorang ayah akan rasa berahi ataupun just akan anggap saya seorang anak dan akan tengok saya normal je without ada rasa berahi? Please help me |
|
|
|
|
|
|
|
PrincessSan replied at 22-10-2021 10:08 PM
Boleh saya tahu adakah seorang ayah akan terangsang dan rasa berahi apabila melihat anak perempuan d ...
umur berapa dik? bila umur 10 tahun pun dah kena asingkan tempat tido anak dgn mak ayah... tentulah ada sebab kan... yg nak berkemban dpn tv sebelah ayah tu dah kenapa? x malu ke? x pernah dengar kes 'haruan makan anak' ke?
buanglah tabiat berkemban dpn ayah tu... ayah nko tu pun manusia biasa... bukan malaikat xdak nafsu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|