View: 2836|Reply: 14
|
Dr Sheikh Muzhaphar Shukor hanya space tourist !!!
[Copy link]
|
|
heran camane gomen leh banjer berjuta2 utk hantar seorang mamak biasa naik pi space station as SPACE TOURIST ????
http://www.nasa.gov/mission_pages/station/expeditions/expedition16/index.html
kalu screw down korang leh baca apa yg astronaut buat kat sana.....kat sheikh plak...space tourist.....
The Expedition 16 crew members pose for aportrait at the Johnson Space Center. From the left (front row) areRussia's Federal Space Agency cosmonaut Yuri Malenchenko, flightengineer and Soyuz commander; astronaut Peggy Whitson, commander; andMalaysian spaceflight participant Sheikh Muzhaphar Shukor. From theleft (back row) are European Space Agency (ESA) astronaut L閛poldEyharts, astronaut Garrett Reisman and astronaut Dan Tani, all flightengineers.
mmg BOLEH LAH...leh tak sesapa tanya sheikh tuh apa dia bajer kat sana ?? |
|
|
|
|
|
|
|
thread dah ada di board gossip |
|
|
|
|
|
|
|
Mod, ape lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ni perkauman betul la..
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ni org Melayu la & dia bukan org biasa tp sorg doktor tau!!
Kita semua bermula dari bawah.. Malaysia ni pun negara yg masih muda.. Masih byk yg perlu kita belajar..
Oleh itu, kita patut berfikiran positif dan menganggap perjalanan Dr.Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas ni adalah titik permulaan bg negara kita utk menceburi bidang angkasa lepas dgn lebih mendlm..
Kalo ko baca Utusan Malaysia, ada ditunjukkan byk gambar Dr.Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed melakukan pelbagai ujian termasuk berenang di Laut Mati, terapung dlm mesin anti-graviti dan byk lg...
Ko tau tak kerajaan Rusia ada memberi peluang kpd beliau dan Faiz Khaleed utk menyertai misi perjalanan ke Planet Marikh?
Melihatkan pencapaian mereka yg lulus cemerlang, mereka menunjukkan yg mereka mmg layak sebagai calon ke Planet Marikh...
Org mcm ko ni la yg aku panggil MELAYU HANCURKAN MELAYU!!!
pkir2kan la...
[ Last edited by ijad_adiputera at 27-9-2007 02:25 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tampoi_mari's post
loh.baru tau ke? tapi memang membazir pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ijad_adiputera's post
Russia needs money....... |
|
|
|
|
|
|
|
ni salah satu agenda dalam perjanjian pembelian sukhoi. |
|
|
|
|
|
|
|
skg, org banyak duit pun leh melancong ke angkasa.... takder la sampai berpuluh2 juta |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ijad_adiputera's post
soKong!
betul apa yg ko ckpkan tuh..
cemana laa melayu nk maju kalau ada jer anasir2 yg nk melemahkan semangat..
pd pendapat aku, takde membazirnye...
lain laaa kalau bagi mat rempit pegi kutub utara tuh semata2 nk bt payung terjun |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 27-9-2007 02:16 AM
Ko ni perkauman betul la..
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ni org Melayu la & dia bukan org biasa tp sorg doktor tau!!
Kita semua bermula dari bawah.. Malaysia ni pun negara yg masih muda.. Mas ...
calon ke marikh ?? mimpi laaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ijad_adiputera's post
Ko jangan salahkan pembukak thread ni..
Dia tak tau pe2 pun..
Maklumlah dah dapat kerakyatan negara lain...negara baru dia je yg hebat kononnye...
p/S : Sayang gak ghupenye pembukak thread kat MalaysiaL...sampai sanggup bukak thread pasal hal Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
so, astronut mesia nie gi buat pe? betulkan orbit astro??? |
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan kesinambungan program angkasawan
WALAU apa pun perspektif pelbagai golongan masyarakat terhadap program angkasawan kebangsaan, ia tetap terlaksana menjelang 10 Oktober ini apabila angkasawan negara yang terpilih berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan penerbangan kenderaan pelancar Soyuz.
Perkara terbaik yang patut difikirkan adalah mengenai kesinambungan program tersebut sekembalinya angkasawan berkenaan dari stesen angkasa itu nanti. Apakah tugas dan peranan yang patut dimainkan oleh angkasawan kita bagi memberi faedah kepada rakyat Malaysia dan juga dunia?
Tentulah tidak memadai jika aktiviti yang akan dilakukan oleh angkasawan itu kelak hanyalah sekadar melawat ke sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian dan menyampaikan ceramah berkenaan pengalamannya selama seminggu di ISS. Ini kerana semua maklumat tersebut boleh didapati dengan mudah di zaman kecanggihan teknologi multimedia pada hari ini.
Walaupun kita mengharapkan cerita pengalaman angkasawan kita itu akan menjadi pendorong yang efektif kepada pelajar agar meminati bidang sains dan teknologi, namun keberkesanannya bergantung kepada individu itu sendiri dan juga minat kerajaan untuk mengembangkan teknologi berkaitan aeroangkasa.
Maka perlulah difikirkan satu aktiviti paling sesuai yang patut dilakukan oleh angkasawan kita agar pengamalannya benar-benar menguntungkan rakyat dan kerajaan kita, serta memadai segala perbelanjaan, masa dan tenaga yang telah disumbangkan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan, media dan sebagainya.
Kita mahu angkasawan kita menjadi individu yang mampu memberi semangat kepada orang lain ke arah meningkatkan kemampuan negara kita dalam bidang yang berkaitan dengan aeroangkasa. Populariti angkasawan kita tidak boleh disamakan dengan populariti kumpulan artis di negara kita.
Apabila menceritakan pengalamannya, angkasawan kita perlu mampu membuat pendengarnya turut berpeluang merasai pengalaman berada di angkasa. Beliau perlu memberikan jawapan yang praktikal terhadap peluang orang ramai untuk menjadi angkasawan sepertinya. Beliau perlu menjelaskan bahawa suatu sistem pengangkutan angkasa yang ekonomik dan bersifat komersial perlu dibangunkan bagi membolehkan seramai mungkin orang awam berpeluang pergi ke angkasa dan merasai pengalaman sebagai angkasawan.
Cabaran bagi membangunkan teknologi kenderaan angkasa yang boleh membawa orang awam pada kos yang rendah inilah yang sebenarnya akan mempromosikan bidang sains dan teknologi serta menggalakkan pelajar meminati bidang fizik dan kejuruteraan. Bagi mewujudkan kos operasi kenderaan yang rendah, pasaran yang besar perlu diwujudkan.
Angkasawan kita sendiri sedar bahawa pengalaman berada di angkasa adalah suatu yang tidak dapat digambarkan dan amat menyeronokkan, maka ramai yang ingin merasainya. Oleh kerana orang awam ini mahu ke angkasa semata-mata untuk merasai pengalaman berada di angkasa, maka sebenarnya orang awam ini mahu melancong ke angkasa sebagai pelancong angkasa.
Inilah yang dikatakan industri pelancongan angkasa iaitu aktiviti ekonomi melancong ke angkasa yang bakal mewujudkan pasaran yang besar sehingga membolehkan kos penerbangan ke angkasa direndahkan ke tahap komersial. Oleh itu, tanpa dirancang, angkasawan kita akan mempromosikan pelancongan angkasa.
Maka aktiviti paling praktikal dilakukannya adalah mempromosikan idea pelancongan angkasa terutamanya yang berkaitan membangunkan teknologi pengangkutan awam angkasa. Di Amerika Syarikat (AS), Virgin Galactic telah mula menerima tempahan ke angkasa lepas dengan harga AS$200,000 menggunakan pesawat SpaceShipTwo yang bakal membawa penumpang seawal 2008.
Di Malaysia, usaha mempromosi pelancongan angkasa telah lebih setahun diusahakan oleh Space Tourism Society Malaysia Chapter sehinggakan organisasi ini telah dikenali di peringkat antarabangsa. Cawangan Space Tourism Society di Malaysia telah ditubuhkan pada Julai 2006 dan operasinya sehingga hari ini telah ditaja oleh Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM), sebuah badan sukarela yang mempromosikan kajian aero dan angkasa di Malaysia, terutamanya teknologi yang berkaitan pesawat penumpang suborbital.
IKAM telah ditubuhkan pada Februari 2000, dan semenjak itu telah berusaha mempromosikan pelancongan angkasa di negara kita. Mereka telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak bagi menjadikan lapangan terbang Ipoh sebuah hab pelancaran suborbital ke angkasa lepas.
Program angkasawan kebangsaan sebenar boleh memberi sumbangan yang besar kepada aktiviti pelancongan angkasa di negara kita. Oleh itu adalah wajar sekiranya kerajaan mempertimbangkan untuk memfokuskan aktiviti seterusnya bagi membangunkan sistem pengangkutan angkasa awam sebagai penerusan atau penyambungan program angkasawan negara.
Sebagai permulaan, kerajaan perlu memfokuskan kepada pembangunan pesawat penumpang suborbital kerana inilah teknologi pengangkutan angkasa yang paling murah dan mudah. Bahkan di negara-negara maju seperti United Kingdom dan AS, ia hanyalah dibangunkan oleh syarikat swasta sahaja.
* Dr. Mohd. Roshdi Hassan adalah kakitangan Universiti Putra Malaysia yang bertugas di Rolls Royce UTC University of Sheffield, UK.
hohoho cuma 200K USD compare RM90 juta |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|