CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3687|Reply: 7

Lukisan politik Hishamuddin Rais

[Copy link]
Post time 15-9-2007 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Anak PM borong lukisan politik Hishamuddin Rais
14-09-2007 08:55:48 PM
Oleh FATHI ARIS OMAR
PETALING JAYA:  Nori Abdullah, anak perempuan Perdana Menteri, membeli semua karya seni aktivis dan penulis Hishamuddin Rais, antaranya yang memaparkan imej Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Albert Einstein dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula sebagai Marilyn Monroe yang seksi.  

Abdullah (atas) dalam imej Einstein dan Wan Azizah sebagai Marilyn yang seksi.
Nori, yang selamat melahirkan anak sulung lelaki semalam, membeli semua 10 keping lukisan di pameran 'Bebaslah Malaysia @ 50'. Foto-foto itu setiap satu berharga RM800.

Pameran di sebuah galeri di bangunan tambahan Pasar Seni, Kuala Lumpur itu dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. Ia diadakan selama lebih dua minggu dan berakhir hujung minggu lepas.

Ditemani seorang rakannya, isteri naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin itu yang sedang sarat mengandung, datang lebih awal beberapa jam di galeri Valentine Willie sebelum acara perasmian pada 23 Ogos dan sempat bertemu Hishamuddin di situ.

Hishamuddin memberitahu mStar Online hari ini, dalam pertemuan itu, beliau mencadangkan kepada Nori agar membeli sekeping lukisan bapanya sebagai hadiah untuk Abdullah.

Bagaimanapun, tambah penulis kolum makanan di sebuah majalah tempatan itu, Nori berkata "tidak, tidak, saya beli semuanya. Saya tidak mahu mereka terpisah-pisah antara satu sama lain. Saya akan pamerkan di bilik saya nanti."

Tambahnya, Nori juga berkata kepadanya "memang lucu apabila kita melihat (imej) diri kita sendiri. Rakyat Malaysia mesti boleh berjenaka seumpama lukisan-lukisan ini."

Selain Abdullah dan Wan Azizah, tokoh-tokoh politik lain yang dijadikan subjek olahan kreatifnya: bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang Lim Kit Siang, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengerusi DAP dan peguam terkenal Karpal Singh, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz.

Lim Kit Siang (atas) sebagai punk dan Abdul Hadi pula urban hippie.
Bertemakan 'Kalaulah', foto Dr Mahathir dipaparkan sebagai seorang hakim, Abdul Hadi sebagai seorang urban hippie, Lim sebagai seorang pemuda punk berketurunan Cina, Anwar (rasta man yang cool), Karpal (Ketua Polis Negara), Samy (sami Buddha di sebuah kuil), Rafidah (wanita seksi berambut afro yang sedang memegang pistol) dan Najib (sadhu, golongan agama di India).

Hishamuddin berkata semua tokoh politik ini dipilih kerana imej-imej mereka sering menguasai ingatan orang Malaysia dan mereka boleh diangkat sebagai "ikon" negara di sepanjang 50 tahun kemerdekaan.

"Tetapi orang ramai melihat mereka dari satu sisi sahaja. Mereka ada satu imej sahaja. Apa akan jadi jika kita memberikan mereka gambaran dan tafsiran berlainan ke atas imej mereka? Sebab itu tema yang dipilih 'kalaulah' mereka ...," katanya.

"Misalnya, saya ubah suai (deconstruct) Wan Azizah menjadi seorang wanita manis dan seksi. Bayangkan, ke manakah Terengganu akan dibawa jika ia ditadbir oleh seorang menteri besar yang berjiwa urban hippie seperti Abdul Hadi digambarkan dalam lukisan saya."

Ditanya sebab beliau memilih imej-imej tokoh politik sahaja dalam pameran ini dan tidak memilih imej tokoh-tokoh dalam bidang lain, Hishamuddin berkata: "Imej-imej ini sudah menjadi sebahagian utama lanskap budaya Malaysia, mereka sudah sampai di peringkat ikon besar di negara ini."

"Berbeza dengan negara-negara lain yang mempunyai tokoh-tokoh dalam bidang berlainan tetapi di Malaysia, ikon-ikon utama negara semuanya orang politik. Imej mereka ada di mana-mana. Mereka menguasai keghairahan visual orang Malaysia.

"Di negara kita, politik ibaratnya sudah sebati dengan keinginan seks. Imej-imej ini membangkitkan keghairahan visual kepada orang yang melihatnya," kata Hishamuddin lagi, sebagai seorang pensyarah teori filem di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Menurutnya, imej-imej Abdullah, Dr Mahathir dan Wan Azizah merupakan tiga lukisan yang paling digemari pembeli-pembeli lukisan di pameran tersebut. Selain individu, karya-karya ini juga dibeli oleh beberapa galeri, tambahnya.

Selain Hishamuddin, pameran itu turut disertai artis-artis Liew Kung Yu, Saiful Razman dan Eiffel Chong.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2007 01:05 PM | Show all posts
sah2 xde keje... dia sajer nak mencemar imej orang yang baik akhlaknya..
macam wan azizah sah2 bertudung dan pakai baju kurung apa kes wat seksi2 pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by pinguin at 15-9-2007 01:05 PM
sah2 xde keje... dia sajer nak mencemar imej orang yang baik akhlaknya..
macam wan azizah sah2 bertudung dan pakai baju kurung apa kes wat seksi2 pulak?


yer lah....
wan azizah yang bertudung kenapa digambarkan sampai macam tu sekali
ish ini boleh jadi isu nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 03:10 AM | Show all posts
'Bebaslah Malaysia @ 50'


agaknye sbb tu pameran tu dinamakan Bebaslah Malaysia @ 50
dah tiba masa pemikiran kita dibuka
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:59 AM | Show all posts
mmg tak patut la...cam menghina je.benda2 camtu bukannya karya seni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 12:46 AM | Show all posts
creative betol dear ni boleh boowhat  duet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2007 11:15 PM | Show all posts
Hishamuddin Rais is no artist and he got no formal training in visual or fine art. Never heard before of his experience in producing art work and hence through the psycho-analitical appreaciation his work has no value at all.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 06:58 PM | Show all posts
woi betul ke berita ni?aku rs mcm kelentong jerk.mn source ko amik berita ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.577784 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list