CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3628|Reply: 11

Syed Mokhtar Al- BUkhary..

[Copy link]
Post time 2-9-2007 04:51 PM | Show all posts |Read mode
L/belakang
- Umur - 53 tahun - Pendidikan - SPM - Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta - Ke 7 terkaya di Malaysia - Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM & Bank Muammalat


Sumbangan sosialnya bermula
Bilamana ibunyamenyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sbgpengarah syarikat beras kpd jiran yg susah. Sbahagian lagi(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliaumenghantar lampu kerosen ke surau-surau utk menerangi kegiatansepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi & pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sbb kenapa saya bekerja spt tiada hari esok. Agenda sosial & kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa. 2. (berkenaan know who) Bangsa lain x mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dgn orang politik sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu mll kesusahan; byk yg mahu senang dgn mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Sayaini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhanjadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yangmembezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apasahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakanmasa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran bangsa Cina kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripadakita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untukbelajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapikita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana,hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampailarat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orangkorporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayanganduit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. OrangCina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengkimenguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15.Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buatapa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. OrangKedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawabdepan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hakkita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidakkira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripadabangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kenaberani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih,bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kayaitu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepadaorang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22.Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yangsaya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsalain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kataapa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah keranapolitik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa diamesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup bolehselamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong oranglain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2007 04:51 PM | Show all posts

Reply #1 disclaimer's post

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju. 34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus. 42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur. 46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai kesenangan apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lbh daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. 50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 05:08 PM | Show all posts
alhamdulillah.... marilah kita hayati perjuangan beliau.... beliau adalah idola saya dan kita smeua...

semoga kita dapat menjejaki cara beliau buat ( cakap ) tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 05:33 PM | Show all posts

Reply #3 sinar_inspirasi's post

prinsip prinsip tu memang elok kita hayati...dalam kes tuan syed ni...kira dia dah established.....

setiap usahawan ada liku liku kehidupan tersendiri....dan ada banyak jenis usahawan juga....usahawan mee segera yang optimis....usahawan yang subsidi...tapi owang melayu ada sikap tamak dan haloba...susah nak nengok owang melayu tolong owang melayu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 05:38 PM | Show all posts
perghhh...beliau memang low profile....salute !!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 06:21 PM | Show all posts
hmm...mmg hebat laa dia nii...ni laa contoh terbaik bilionair yg naik dr susah dulu.....baru sennag kedian....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2007 07:07 PM | Show all posts
alhamdulillahhh...ada gak seorang jutawan di negara sendiri yang betul2 mempraktikkan konsep berpijak di bumi yang nyata...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 07:14 PM | Show all posts
bukan senang nak cari orang camni... kalo ramai orang cam dia nih... pasti orang tak ade sifat PHD...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2007 07:34 PM | Show all posts
dah ada thread ni....
bole baca kat sini...
http://forum3.cari.com.my/viewth ... ight=syed%2Bmokhtar
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 07:44 PM | Show all posts
kdg2 rasa mcm tak caya bila lalu dpn rumah dia di alor setaq tuu...dlm hati mula bertanya 'betul ke ini rumah syed bukhari? tak mcm rumah millionaire pun'.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 08:06 PM | Show all posts
Idola saya juga....................

Yang terasa sangat teruja..Yayasan Al-Bukhari yang telah membantu anak-anak Melayu kita...

Lagi satu yang sangat berbeza dengan usahawan Melayu yang dah berjaya..beliau masih dengan kereta Perdananya....
Reply

Use magic Report

dynaz770 This user has been deleted
Post time 3-9-2007 01:05 PM | Show all posts

Reply #1 disclaimer's post

Memang dah bertahun saya admire Syed Mokhtar Al- BUkhary..idola sejati!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048551 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list