CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83610|Reply: 16

Batik (asal usul, jenis-jenis, etc)

[Copy link]
Post time 29-8-2007 11:13 AM | Show all posts |Read mode
BATIK BUATAN MALAYSIA
Selasa, 8 Mac, 2005

Kuala Lumpur, 8 Mac 2005 - Asal usul batik masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Ada pendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari Parsi. Pakar arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir menghiasi pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 masehi lagi.

Namun para pengkaji mempercayai ia berasal dari kepulauan Melayu dan bahawa terdapat pemikiran di antara Asia Tenggara dan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain. Terdapat juga kemungkinan bahawa batik tiba di Mesir dari kepulauan Melayu melalui India memandangkan seni mengecap lilin ke atas kain kain adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan pengkajian sejarahwan Winstedt dan Skeat.

Seni begini tidak pernah terdapat dalam tradisi budaya India.Teori ini diperkuatkan dengan perkataan batik itu sendiri berunsurkan Melayu dan Jawa iaitu titik dan amba (tulis).

Pendapat mengenai asal-usul batik bukan sahaja berdasarkan nama tetapi juga berdasarkan kepelbagaian teknik. Batik Pelagi misalnya, menggunakan teknik ikat celup dikenali di Malaysia dan di Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira kepelbagaian warna pelangi.

Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan Melayu untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik yang dimaksudkan di sini sama ada berupa
titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantung pada zaman dan ruang.

Perusahaan batik di Malaysia dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin serta Batik Pewarnaan Asli, dan setiap satunya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Melihatkan kepada
ciri-ciri versatile pada tekstil ini, batik ditampilkan dalam pelbagai guna seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman. Batik melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kain kapas, kain sutera, campuran kain sutera dan kain kapas, kain rayon, kain voile, kain organza mahupun kain chiffon. Kehalusan jahitan sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan pada batik menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.


2. JENIS-JENIS BATIK

Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat ini, dan ianya berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Corak dan kombinasi warnanya yang tidak lekang dek peredaran fesyen antarabangsa
tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan.
Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli.

2.1 BATIK BLOK

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya dan ianya melambangkan kerja tangan masyarakat tempatan.

Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'.Pada tahun 1930 an, penggunaan lilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur. Sejajar dengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli mula digantikan dengan acuan kayu sebelumnya.

Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.

Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentuk
geometrik atau organik.

Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik
ialah pucuk rebung, pohon ara, bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi. Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam.

2.2 BATIK TULIS

Pengeluaran komersil Batik Tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960 an dan memuncak pada awal tahun 1990 an. Pengeluarannya tidak lagi tertumpu kepada Kelantan dan Terengganu, malah telah berkembang ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Pekan di Pahang dan Sabah.

Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.

Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya
juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.

Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting merupakan bekas tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan. Canting disikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telah diregangkan di atas pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki. Kain yang telah dicanting diwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.

Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung, canting kasut, canting periuk, canting bola dan canting pelbagai mata.

Pengenalan teknologi dalam pengeluaran Batik Tulis ialah I.C.A.T.S. Ia merupakan nama singkatan dari Sistem Tjanting Bersepadu Berbantukan Komputer - Integrated Computer Aided Tjanting System. Ia satu sistem peralatan yang menjalankan proses tjanting secara automatik. I.C.A.T.S terbahagi kepada dua sistem komputer iaitu Sistem Komputer Rekaan dan Sistem Komputer Kawalan I.C.A.T.S.

Ia membolehkan lukisan bebas digunakan, yakni sesuai untuk mereka corak-corak seperti bunga, daun dan sebagainya. Lukisan dan simbol boleh dilukis dan disimpan di dalam komputer untuk tujuan membangunkan satu khazanah corak-corak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2007 11:13 AM | Show all posts
Antara ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini adalah kemudahan potong dan tampal sesuatu corak yang sedang dibuat.


2.3 BATIK SKRIN
Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.

Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.

Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera
saring yang diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya.

Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin. Kain yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan semula. Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna yang dikehendaki.

Satu pendekatan baru yang berkonsep teknologi maklumat yang dirancang oleh Kraftangan Malaysia, khasnya di Kraftangan Malaysia Cawangan di Kelantan dengan memperkenalkan System Atex Design iaitu proses perisian menghasilkan rekacorak batik secara pengendalian komputer yang dijangka akan mempercepat proses pengeluaran dan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.

Kelebihan proses Atex Design berbanding proses rekaan skrin secara manual. Cara ini dapat menghasilkan rekaan dengan baik dan cepat. Proses grafik juga dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.

2.4 BATIK PEWARNAAN ASLI

Pengenalan semula penggunaan warna asli daripada tumbuh-tumbuhan tempatan merupakan satu alternatif dan berkonsep mesra alam.Pengembalian semula kaedah ini wujud atas kesedaran masyarakat tempatan tentang budaya sihat dan mesra alam.

Batik Pewarnaan Asli turut mengaplikasikan pelbagai teknik untuk menghasilkan kreativiti batik yang berlainan ragam iaitu kombinasi teknik ikat iaitu gabungan tie and dye dengan blok dan batik lukis & tie and dye dengan skrin.


3. PENJAGAAN BATIK

Batik memerlukan penjagaan yang mudah. Kaedahnya, bagi cucian pertama batik,adalah digalakkan supaya digunakan cara cucian kering (dryclean) dengan kos kurang RM10 bagi sepasang baju. Tujuannya ialah untuk menjaga kilatan
pada batik. Pilihan lain, batik boleh dicuci terus tetapi cucilah berasingan dengan cucian yang lain dan hendaklah dijemur di tempat redup dan tidak terdedah kepada matahari bagi menjaga ketahanan batik.

Manakala untuk memudahkan batik digosok, penggunaan semburan pelembut pada batik adalah baik untuk diamalkan.


4. SERAMAI 320 USAHAWAN BATIK BERDAFTAR DENGAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Di Malaysia terdapat seramai 320 usahawan batik yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia yang bergiat aktif dalam pengeluaran batik. Secara keseluruhannya, Negeri Kelantan dan Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai jumlah pengusaha tertinggi dalam pengeluaran batik. Namun begitu,perusahaan batik turut juga berkembang di setiap negeri di Semenanjung juga di Sabah.

Sumber : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 11:30 AM | Show all posts
baru beli batik sutera mgg lepas. setelah bertahun2 ku berhajat akhirnya dpt jua...batik sutera utk kain, atas batik chiffon...pergghhh cantik lukisan dia, tokey tu ckp guna berus utk lukis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2007 11:40 AM | Show all posts
Batik Merbok unik menawan
Oleh Hidayah Mohammad


SEJAK kebelakangan ini, rekaan batik sudah dipelbagaikan sekali gus memudahkan semua golongan mahupun peringkat umur menggayakannya ketika menghadiri majlis rasmi mahupun majlis santai.

Malah, motif yang digunakan kini lebih menarik dan diberi nafas baru seiring dengan perkembangan dunia fesyen selain mengambil kira cita rasa pembeli yang lebih menggemari rekaan kontemporari. Corak yang unik dan tersendiri menjadi identiti pengeluar untuk memasarkannya.


Meskipun kini semakin ramai pengusaha batik tumbuh bagaikan cendawan, keindahan lukisan batik dari Kelantan dan Terengganu lebih terkenal berbanding batik negeri lain.

Bagi mengangkat martabat batik ke peringkat lebih tinggi, Kementerian Penerangan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperkenalkan Batik Merbok dari Kedah bertujuan menyemarakkan lagi industri batik tanah air.

Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, berkata corak batik Merbok lebih unik dan tidak terdapat pada mana-mana corak batik yang sedia ada selain bersesuaian dengan cita rasa masa kini.

Corak pada kain batik Merbok berasaskan kepada lima motif menarik iaitu burung Merbok, padi, bakau, sanskrit dan juga ukiran ataupun kerawang. Corak yang dihasilkan itu sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.

Katanya, sejarah penghasilan batik Merbok bermula daripada kajian yang dijalankan oleh pensyarah dan pelajar Jabatan Seni Reka Perindustrian UiTM Kedah yang terletak di Merbok.

揢iTM Kedah akan menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan dikenali sebagai Batik Merbok Design Centre (BDMC) bagi menghasilkan produk yang bermutu dan menepati cita rasa semasa.

揃DCM menjadi landasan kepada masyarakat di kawasan Merbok yang majoriti daripada mereka berpendapatn rendah kerana di situ kurang peluang pekerjaan. Dengan penubuhan pusat berkenaan diharap memberi kesempatan kepada mereka menceburkan diri dalam pengeluaran batik Merbok,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2007 11:41 AM | Show all posts

Reply #3 choclatemousse's post

share lah pic

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2007 11:45 AM | Show all posts

hehe ni bahasa indon ye...

JENIS-JENIS BATIK DI PEKALONGAN

( DIOLAH DARI BERBAGAI SUMBER )


A. Batik Pecinan / Cina

Bangsa Cina sudah lama dikenal sebagai Bangsa perantau. Mereka juga dikenal teguh dalam melestarikan adat budaya leluhurnya. Biasanya di negeri perantauan mereka memadukan budaya mereka dengan budaya lokal sebagai bentuk akulturasi budaya. Begitu juga yang terjadi di Indonesia khususnya pada Batik. Keturunan dari para perantau Cina di Indonesia biasanya memproduksi Batik untuk komunitas sendiri atau juga diperdagangkan. Batik produksi mereka yang disebut BATIK PECINAN memiliki ciri khas  warnanya cukup variatif dan cerah, dalam selembar kain banyak menampilkan bermacam warna. Motif yang digunakan banyak memasukkan unsur budaya Cina seperti motif burung Hong atau merak, dan Naga. Biasanya pola batik Pecinan lebih rumit dan halus. Pada jaman dahulu Batik Pecinan yang berbentuk sarung dipadukan dengan Kebaya Encim sebagai busana khas para wanita keturunan Cina di Indonesia. Di Pekalongan yang terkenal memproduksi Batik Pecinan salah satunya ialah Tan Tjie Hou.



B. Batik Belanda

Pada zaman penjajahan Belanda tentunya banyak warga Belanda yang tinggal dan menetap di Indonesia. Mereka ternyata tertarik juga dengan budaya lokal. Sama seperti warga keturunan Cina, warga keturunan Belanda banyak juga yang membuat dan memproduksi batik. Batik yang dihasilkan warga keturunan Belanda ini mempunyai ciri khas tersendiri. Motif yang digunakan kebanyakan bunga-bunga yang banyak terdapat di Eropa seperti Tulip dan motif tokoh-tokoh cerita dongeng terkenal di sana. Batik model ini sangat disukai di Eropa. Tokoh yang terkenal membuat BATIK BELANDA di Pekalongan yaitu Van Zuylen dan J.Jans. Karya-karya mereka mendominasi pada abad 20 silam.



C. Batik Rifa抜yah

Batik jenis ini mendapat pengaruh Islam yang kuat. Dalam budaya Islam motif
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-8-2007 11:54 AM | Show all posts
Queen opens batik centre named after Endon

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah launched the country抯 one-stop centre for batik craft

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 10:49 AM | Show all posts
Promosi batik merdeka


KEMENTERIAN Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui agensinya, Kraftangan Malaysia menganjurkan Promosi Kraf Malaysia bersama Kerajaan Sarawak sempena Sambutan Kemerdekaan ke-50. Promosi itu akan diadakan di Kuching Waterfront mulai 7 September hingga 11 September ini.

Jika selama ini aktiviti sebegitu lebih tertumpu di Kuala Lumpur, khususnya Kompleks Kraf, kini Kraftangan Malaysia mengorak langkah dengan mengadakan promosi kraf di seluruh negara.

Promosi Kraf Malaysia itu berkonsepkan keunikan dan kekayaan hasil seni kraf Malaysia yang berkualiti bagi memenuhi permintaan pelanggan melalui penganjuran aktiviti jualan kraf, pendidikan kraf (demonstrasi dan interaktif) dan persembahan kesenian bertemakan Kraf - Semarak Merdeka.

Objektif promosi itu pula untuk menggalak dan memberi peluang kepada usahawan kraf Malaysia dalam mempromosi dan memasarkan produk kraf keluaran mereka di tempat tumpuan pengunjung di samping memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan ke-50.

Seramai 70 usahawan di Sarawak akan terbabit dalam promosi itu. Aktiviti bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Maklumat lanjut hubungi talian 082-444205.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 04:05 AM | Show all posts

pemakaian batik..

jgn terkejut kalau ade yg tak tau cara yg betul utk memakai batik sarong kecuali yg dah siap berjahit jadik kain/baju..
wut a loss!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 01:39 PM | Show all posts
saya penah tolong my teacher mase seklah2 dulu buat batik canting.
kena tunggu damar tu cair...wait for the right thickness and lukis motif atas kain.
then dah lukis dgn damar, letak kaler....
bile dah kering kena rendam dlm kaler stopper n sodium silikat.
keringkan dan ready to go!

best gak...skrg rindu nak buat batik....
warisan kebangsaan yg tak patut kita lupakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 10:47 AM | Show all posts
Special batik gown for Deb

KUALA LUMPUR: Miss Malaysia/World 2007 Deborah Priya Henry will be sashaying down the catwalk at the grand finals in Sanya, China, in a Melvin Lam creation made from batik sarongs.

The stunning gown was specially created by local designer Lam and will compete against 100 others from around the world for the 揃est Designer Award,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2007 11:50 AM | Show all posts
Batik perlu suntikan saintis
05-10-2007 11:13:31 AM  

KUALA LUMPUR: Jika melihat batik, ada dua perkara yang mungkin timbul. Pertama, ada yang melihat batik sebagai produk murahan dan basahan.

Manakala golongan kedua pula menganggap produk hasil tangan tradisi masyarakat Melayu itu sebagai produk yang terlalu mahal hingga tidak mampu dimiliki oleh semua.

Tanggapan sedemikian menyebabkan industri batik Malaysia tersepit di antara mahu mengekalkan ciri-ciri tradisinya atau menjadikannya lebih moden dan komersil.

Hakikatnya batik bukan sekadar fesyen dan diperaga sebagai pakaian. Batik adalah manifestasi gaya hidup yang sepatutnya kita banggakan.

Menurut pensyarah Tekstil di UiTM Shah Alam, Profesor Madya Mohd Najib Mohd Noor, batik sebenarnya adalah satu budaya tradisi yang menjadi gaya hidup masyarakat Malaysia.

"Jangan meletakkan had ke atas keupayaan batik. Batik hari ini sebenarnya telah banyak berbeza daripada dahulu," ujarnya.

Memang ada kebenarannya. Lihat sahaja batik sarung yang pelbagai guna. Selain dipakai sebagai basahan, juga diguna untuk berkemban. Batik sarung turut dijadikan buaian mendodoi anak kecil malah batik jugalah yang dicari bagi menutupi jenazah.

Walaupun batik dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh golongan Baba dan Nyonya, di dalam masyarakat Melayu, ia melambangkan gaya hidup masyarakatnya.

Justeru, langkah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) bersama agensinya Kraftangan Malaysia mengadakan Forum Apresiasi Batik yang dipengerusikan oleh pensyarah UiTM Shah Alam, Profesor Madya Dr. Dzil Haimi Md. Zain bersempena Promosi Batik Merdeka di Kompleks Kraf, Jalan Conlay baru-baru ini amatlah dialualukan dalam usaha mengetengahkan pelbagai produk batik.

Apa yang membanggakan, batik yang dipromosi bukan sahaja untuk kegunaan berfesyen malah turut mengetengahkan batik sebagai satu produk gaya hidup.

Antaranya ialah menjadikan batik sebagai set lengkap bilik tidur dewasa dan kanak-kanak, barang permainan, pelengkap hiasan di ruang tamu dan meja makan sehinggalah ke bilik air.

Suntikan baru

Idea lama yang diberi inovasi lebih moden dan mengikut trend bukan sahaja memberi nafas baru kepada industri ini, bahkan membuktikan batik Malaysia mampu pergi lebih jauh.

Seperti kata Najib, ramai di kalangan pengusaha batik tidak berusaha memperkenalkan idea baru. Rekaan yang statik dan tidak diperbaharui menyebabkan penggemar batik meminggirkannya buat seketika.

"Apatah lagi jika hanya dijadikan kain pasang. Dengan harapan pembeli sendiri akan membawanya ke tukang jahit. Inilah di antara penyebab mengapa industri batik hanya mampu pergi separuh jalan sahaja.

"Saya berpendapat, jika kita mahu membangunkan industri ini sebagai satu produk komersil, batik tidak boleh menjadi produk separuh siap sahaja. Batik perlu menjadi produk terus guna atau pakaian yang siap dipakai mengikut cita rasa dan trend semasa," komen Najib.

Batik beridentitikan Malaysia

Bagaimanapun, jika batik mahu diketengahkan sebagai produk gaya hidup, batik Malaysia perlu ada identitinya.

Selain Malaysia, negaranegara seperti Indonesia, China, Jepun dan Thailand turut memiliki seni batik. Tetapi agak menghairankan apabila hanya batik Indonesia sahaja yang disebut-sebut.

Walaupun batik Malaysia turut menembusi pasaran negara-negara Eropah, tetapi batik Indonesia lebih dikenali.

Bagi Najib, batik Indonesia dikenali kerana usaha berterusan mengekalkan tradisi mereka daripada segi corak dan warnanya.

Sedangkan di Malaysia, tidak ramai pembuat batik menghasilkan corak yang beridentitikan budaya Malaysia walaupun diakui negara ini kaya dengan pelbagai budaya yang boleh dijadikan motif batik seperti seni bina dan juga kraf negara.

Bagaimanapun, menurut pensyarah di Institut Seni Malaysia (MIA), Samsudin Abu Bakar, apabila menyebut batik sebagai gaya hidup, pembuat batik bukannya tidak mampu menghasilkan batik sebagai produk hiasan, tetapi mereka tidak mempunyai kepakaran untuk menjalankan penyelidikan.

"Misalnya, kita perlukan fabrik yang berbeza untuk perabot. Selain itu, fabrik yang digunakan untuk batik seperti yang terdapat di pasaran hari ini mungkin tidak sesuai untuk pasaran di negara-negara beriklim empat musim," jelas beliau yang juga seorang usahawan batik.

"Batik Malaysia bukannya tidak beridentiti, tetapi tidak ada dokumentasi mengenai corak dan juga warna yang pernah dihasilkan. Saya beri satu contoh, katakanlah ada sebuah syarikat dari luar negara membeli produk batik daripada sebuah syarikat, tiga tahun kemudian, syarikat berkenaan datang kembali.

"Sayangnya, kerana tidak ada rekod mengenai produk yang sama sebelumnya, syarikat berkenaan tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan," jelas Samsudin.

Warna terang dengan motif berani

Bagi pengasas Ilham Cipta, Masrina Abdullah pula, batik Malaysia memang mempunyai identiti. Jika dilihat pada warna yang terang dan berwarna-warni serta motif yang berani, identiti batik Malaysia memang telah lama tercipta. Bahkan telah lama dicuba oleh generasi terdahulu lagi.

"Inilah yang perlu digerakkan. Kita tidak boleh meninggalkan seratus peratus apa yang telah kita ada. Kerana batik adalah satu tradisi. Justeru saya berpendapat sekiranya kita ingin melakukan inovasi, kita tidak boleh mengatakan inilah batik. Itu mengubah identiti batik.

"Mungkin boleh ditukar kepada nama-nama lain seperti "Inspirasi Batik", Rekaan dari Batik, Batik Kontemporari atau sebagainya.

"Jika kita modenkan tetapi terus mendakwa itulah batik, kita akan menipu dunia dan mengubah sesuatu yang asli," sambung Masrina yang pernah bekerjasama dengan pereka fesyen Itali, Roberta di Camerino dengan pendekatan, Batik Malaysia, Inspirasi Itali.

Daripada kraf ke seni halus

Persoalan tentang harga batik yang mahal terutamanya di dalam industri fesyen, Masrina menyatakan ia bergantung kepada pendekatan yang digunakan oleh pengusaha dalam mempersembahkan hasil batik.

Jika rekaan coraknya disasarkan kepada pasaran yang eksklusif, tentulah lebih mahal ditambah pula batik tersebut telah menjadi satu seni halus.

"Masih ramai pengusaha yang mengeluarkan batik untuk pasaran biasa. Tetapi harus diingat, batik lukis (canting) adalah satu seni. Seni yang dihasilkan oleh pelukis itulah yang harus dihargai," tambah Masrina.

Manakala seorang lagi pengusaha batik terkenal, Ab.Kareem Khadaied, dari Khadani Sdn Bhd berpendapat kaedah tradisional kraf batik yang sedia ada sudah cukup baik untuk dieksport memandangkan beliau sendiri telah 20 tahun terlibat untuk pasaran di Eropah atau syarikat-syarikat besar di luar negara.

"Jika ada pendapat yang menyatakan kaedah penghasilan batik Malaysia tidak cukup baik untuk dieksport secara besar-besaran, itu adalah pemikiran yang salah. Apa yang kurang ialah penyelidikan secara saintifik serta tenaga kerja mahir.

Beliau memberikan contoh mengenai masalah pengusaha mendapatkan maklumat mengenai kesan atau tindakan ke atas warna apabila bercampur dengan air yang mempunyai nilai pH yang tinggi.

Menurutnya, walaupun batik lukisan tangan telah wujud di Malaysia hampir 20 tahun, hingga kini belum ada kajian mengenai kesan air yang berpH tinggi ke atas warna secara menyeluruh.

"Industri batik sepatutnya bekerjasama dengan saintis untuk meningkatkan lagi inovasi teknologinya. Selain penyelidikan dalam teknologi bahan, pengusaha juga perlu mendokumentasikan hasil mereka untuk kesinambungan industri batik di Malaysia." BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 06:43 PM | Show all posts
ssssyyyyyyyyyy!, nanti indonesial marah bicara fasal batik!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 06:05 PM | Show all posts
hahahahahahaha.....

ada2 saja batik malaysia ...... hahahahahahahahahaha

mana otak ko nie ........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2008 09:03 AM | Show all posts
Identiti batik Malaysia

Bagaimana batik di negara ini berkembang seterusnya membentuk identitinya sendiri?



BATIK tulis Rashidah Abdullah.


Batik di Malaysia mula bertapak sejak awal tahun 1920-an. Kini batik Malaysia telah berkembang pesat dan mempunyai identiti yang tersendiri.

Batik berasal dari Indonesia. Ia berkembang ke Malaysia setelah ramai orang tempatan berminat dengan batik Jawa yang cantik dan halus buatannya.

Tidak dinafikan, di Kelantan dan Terengganu, pengusaha batik cuba meniru corak-corak batik dari batik Jawa. Bagaimana pun kehalusan pembuatannya tidak dapat ditandingi.

Dalam penulisan Wan Hashim Wan Teh menyatakan, istilah 'batik' datang daripada perkataan Jawa, Indonesia.

'The term batik is of Javanese origin from the word 'ambatik, meaning 'a cloth having dots ordotted cloth. 'Tik' may have come from the word 'titik meaning 'dots' while the word 'ba' means 'doing work actively' (Wan Hashim,1996)

Batik dalam erti kata perkataan Jawa, adalah 'ba' atau 'amba' bermaksud membuat kerja dengan aktif, mungkin dari sudut yang lain saya berpendapat 'amba' itu bermaksud 'hamba' atau 'menghambakan diri' dan 'tik' bermaksud titik.

Dengan perkataan 'ba-tik' membawa maksud menghambakan diri untuk menitik lilin di atas kain putih. Titik dihasilkan daripada lilin dengan menggunakan canting. Canting adalah sejenis alat yang diperbuat daripada logam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di mana lilin diisikan.


BATIK sarung 1990-an menggunakan teknik blok.

Bekas ini muncung pada penghujung dan buluh atau kayu diperlengkapkan sebagai pemegangnya.

Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain.

Menurut Kamaruzaman Mohd Salleh, pengurus Batik Samasa, di Kelantan pada zaman dahulu, pada awal 1930-an bapanya mula menghasilkan kain batik dengan menggunakan blok kayu yang diukir dan dicapkan ke atas kain.

Warnanya diambil daripada sejenis buah yang mempunyai getah berwarna hitam. Getah buah ini disapukan ke permukaan blok kayu tadi dan dicopkan ke atas kain putih dengan satu warna sahaja.

Hari ini kita dapat melihat coraknya seperti pada kain sarung sembahyang yang dijual di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Itu adalah asal pembuatan batik yang diperbuat daripada ukiran kayu blok seperti motif pucuk rebung, bunga ketola, bunga cempaka, bunga kiambang dan motif-motif ringkas seperti titik, bentuk empat persegi dan bulat.

Kain yang dipanggil kain batik ini dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah batik tetapi kain yang menggunakan kaedah cop bunga atau motif batik ke atas kain putih.

Kaedah ini mula digunakan oleh Haji Che Su dari Kelantan dan Haji Ali dari Terengganu dalam tahun 1920-an.

Melihat cara orang Indonesia menggunakan lilin panas dan blok daripada tembaga untuk mencorakkan kain batik, maka pengusaha batik Malaysia kemudiannya menginovasikan blok ukiran kayu kepada blok besi yang diperbuat daripada tin susu atau kepingan zink yang dipanggil sarang bunga.


BATIK sarung 2000 teknik batik blok A.

Pada tahun 1950-an pengusaha batik mula membuat batik menggunakan blok tin dengan panggilan teknik batik blok, batik terap atau batik cop. Pada masa itu pembatik masih ingin meniru corak batik Jawa. Sehingga suatu ketika dahulu batik sarung dinamakan kain batik Lasem Kelantan, kain batik Solo Kelantan dan kain batik Pekalongan Kelantan.

Penggunaan blok tin kemudiannya digantikan dengan tembaga dan ia diteruskan sehingga hari ini. Biasanya batik blok dijadikan batik ela yang dihasilkan dengan pelbagai corak.

Kebanyakan batik ini dijadikan baju kemeja lelaki, baju perempuan dan baju kanak-kanak. Selain itu kain batik blok juga dibuatkan sebagai cadar, penutup meja dengan rekaan yang tertentu.

Bagi mempercepatkan pembuatan batik, Batik Samasa telah menginovasikan tekniknya dengan menggunakan skrin stensil berbentuk kain sarung.

Pada skrin ini di lukiskan motif-motif batik pada bahagian badan kain, kepala kain dan kaki kain. Motif yang dilukis bercampur dengan bunga-bunga batik Jawa dan bunga tempatan yang telah diilhamkan oleh pereka.

Kemudian lacquer dimasukan ke alat yang berbentuk corong dan dilukis mengikut bentuk yang telah direkakan di atas skrin. Kawasan yang tidak diwarnakan akan disapukan lacquer.

SUNGGUHPUN zaman telah berubah, namun batik masih kekal sebagai salah satu identiti negara kita.

Beberapa skrin akan diadakan mengikut lapisan warna yang akan digunakan. Batik yang telah dicetak ini, ada yang dicampurkan dengan teknik blok batik dan disapukan lilin bagi menampakan corak batik serta retak lilinnya. Proses ini dapat mengurangkan kos serta mempercepatkan pembuatan batik.

Pada tahun 1979, sebagai penuntut Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) (dulu ITM), saya pernah membuat latihan di kilang Batik Samasa. Di sana saya berlajar cara membuat batik stensil menggunakan skrin dan melukis corak batik dengan lacquer berwarna hijau.

Saya pernah diminta menunjuk cara menggunakan canting di kilang tersebut dengan membuat sehelai kain batik tulis sepanjang empat meter kepada Norma, adik pengurus Batik Samasa.

Tiga tahun kemudian, saya terkejut melihat bertapa pantasnya pengusaha Batik Samasa dapat mempelopori teknik janting hingga menjadi pengusahan batik canting peringkat industri kecil.

Mencanting batik mungkin bermula pada akhir tahun 1960-an. Pada masa itu batik canting digunakan oleh artis batik dan pembatik secara kecil-kecilan. Teknik mencanting batik mula digunakan di UiTM pada tahun 1976 dalam mata pelajaran Resis Tekstil.

Kebanyakan pelajar-pelajar daripada Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Seni


ALAT canting digunakan untuk menitik lilin ke atas kain putih.

Reka (UiTM), telah banyak mendirikan perusahaan batik sendiri. Ada yang bekerja sebagai pereka di kilang-kilang batik dan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Di sinilah bermulanya batik kontemporari. Dengan bekalan ilmu membatik, ramai pembatik berkecimpung dalam perusahaan batik tulis. Walaupun batik nya tidak sehalus batik Jawa tradisional, batik Malaysia telah dapat menghasilkan identiti tersendiri daripada pelbagai pengalaman dan eksperimentasi batik. Pada tahun 1990-an, Prof.Madya Zaharah Othman, pensyarah dari Jabatan Senireka Tekstil, UiTM, telah mengajar batik corak seperti tenun ikat dan dinamakan corak batik ikat. Batik seperti ini adalah dalam golongan batik eksklusif.

Rekaan batik sebegini mempunyai kelainan corak bergantung kepada beberapa kombinasi teknik dan penggunaan canting yang berlainan saiz.

BATIK ela rekaan penulis pada tahun 1980-an.

Batik Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkannya seperti batik blok dan batik canting. Di samping itu, batik blok boleh dibuat dengan beberapa lapisan warna (double boiling), dan boleh dicampurkan teknik cetakan skrin. Batik juga boleh menggunakan canting dan berus dan batik ini dinamakan batik tulis. Sungguhpun begitu ramai pengusaha batik yang gemar menggunakan cara mencanting kerana cara ini lebih senang dan kos tidak tinggi berbanding teknik skrin dan batik blok.

Yusoff Abdullah dari Kelantan terkenal dengan batik tulisnya sejak 1946. Beliau adalah salah seorang daripada pengusaha batik yang terawal gemar mengeksperimentasi dan inovasi dalam penghasilan batik dengan motif, tumbuh-tumbuhan daripada alam sekeliling. Pengusaha batik seperti Rashidah's Exclusive Batik di Kelantan, banyak menghasilkan batik tulis tangan secara eksklusif sejak 1978. Beliau sendiri merekan motif dan corak serta menyediakan warna yang ditentukan. Pembatik dari Kuala Lumpur seperti Wan Nong, Zainubah Hamzah dan Kutang Kraf banyak menghasilkan rekaan baru batik yang unik dan kontemporari.

Seem Noor dan Noor Arfa Batik dari Terengganu juga banyak menghasilkan batik tulis dan batik blok. Mereka berani menggunakan warna yang berlainan daripada warna kebiasaan batik.

REKAAN batik yang menarik dan versatil mampu diketengahkanke peringkat antarabangsa.

Batik Malaysia kini mempunyai identiti tersendiri iaitu mengikut trend warna terkini dan corak mengikut pereka, yang menjurus kepada bentuk kontemporari.

Melihat pada batik hari ini, rekaan dan warnanya sangat menarik serta penggunaan pelbagai teknik dan jenis kain seperti sutera jaquard, sifon, organza dan sebagainya. Dengan galakan daripada Allahyarham Datin Seri Endon, telah memberi satu platfom bagi pembatik-pembatik untuk memajukan batik Malaysia di dalam dan ke luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 06:49 PM | Show all posts
Aku Cadangkan

Tukar Nama Kain Batik ke Kain Serasah


Batik was mentioned in the 17th century Malaysian literature, Sulalatus Salatin. The legend goes when Laksamana Hang Nadim was ordered by Sultan Mahmud to sail to India to get 140 pieces of Serasah Cloth (Batik) with 40 types of flowers depicted on each. Unable to find any that fulfilled the requirements, he made up his own. On his return unfortunately, his ship sank and he only managed to bring four pieces, earning displeasure from the Sultan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2009 05:36 PM | Show all posts
Aku Cadangkan

Tukar Nama Kain Batik ke Kain Serasah


Batik was mentioned in the 17th century Malaysian literature, Sulalatus Salatin. The legend goes when Laksamana Hang Nadim was ordered by S ...
HangPC2 Post at 12-10-2009 18:49


elok tuko nama jee... tu indon tu perasan kalau nama sama kata kita cilok depa punya .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.062377 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list