|
Reply #40 zana811's post
TQ Zana...tentang Tok Ku Paloh...
mana pergi para2 alim ulamak thread ning?
Hari Jumaat banyok tempat ngajar agama...
musti gi dengor tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
WAN ABDULLAH TUAN TABAL
Khatib Kelantan [size=85%]
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
NAMAdalam percakapan ialah Tuan Tabal. Nama sebenarnya ialah Syeikh WanAbdus Shamad bin Muhammad Shalih al-Kalantani. Kisah beliau telahdiperkenalkan dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, pada 4 Oktober2004.
Demikian juga anak beliau, Haji Wan Muhammad Al-Kalantani,Mufti Kelantan yang ke-IV, diperkenalkan dalam Bahagian Agama, UtusanMalaysia, pada 3 April 2006.
Artikel ini memperkenalkan anakTuan Tabal yang bernama Haji Wan Abdullah. Saya segerakan riwayat anakTuan Tabal dalam keluaran ini, kerana pada pertengahan Ramadan sayaterima panggilan telefon, disusuli dengan surat tarikh 23 Ramadan 1427H/18 Oktober 2006 dari sahabat saya Ustaz Mahmud Abdul (bekas pensyarahdi Universiti Kebangsaan Malaysia) yang minta kehadiran saya danbahan-bahan pameran pada majlis Hari Raya Aidilfitri dan SilaturahimAhli Keluarga Tuan Tabal yang akan diadakan pada Ahad, 19 November inidi Dewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.Isteri Ustaz Mahmud Abdul sendiri adalah keturunan Tuan Tabal ulamayang sangat terkenal itu.
Seiringan dengan itu, sempena hariraya, saya terlebih dahulu mengucapkan Selamat Menyambut Hari RayaAidilfitri 1427H kepada pihak Utusan Malaysia, maaf zahir dan batin.Kerjasama dan jasa Bahagian Agama, Utusan Malaysia, yang menyiarkanartikel ulama-ulama kita, sangat-sangat disanjung tinggi. UcapanSelamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, saya tujukan jugakepada semua pembaca terutama mereka yang tekun mengikuti ruangan UlamaNusantara.
Oleh sebab anak Tuan Tabal yang bernama Haji WanMusa (Mufti Kelantan), banyak ditulis orang maka saya ganti dengan adikbeliau, iaitu Haji Wan Abdullah. Sekurang-kurangnya ada dua orangbernama Haji Wan Abdullah keturunan Tuan Tabal yang hidup sezaman dansama-sama berperanan penting dalam perkembangan Islam di Kelantan.
HajiWan Abdullah yang pertama ialah anak Tuan Tabal (yang diriwayatkandalam artikel ini) dan yang seorang lagi ialah Haji Wan Abdullah binHaji Wan Musa, berertilah Haji Wan Abdullah ini adalah cucu Tuan Tabal.
Haji Wan Abdullah bin Tuan Tabal lahir pada 1293 H/1877M, wafatJamadilawal 1345 H/Disember 1926M. Mendapat pendidikan asas tentangIslam daripada ayahnya sendiri, Tuan Tabal, di Kota Bharu Kelantan. WanAbdullah bersama abangnya Wan Musa melanjutkan pelajarannya ke Mekah.Guru utama bagi kedua adik beradik tersebut, ialah Syeikh Wan Ali Kutandan Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Syeikh Wan Ali Kutanadalah ayah saudara bagi kedua-duanya, kerana ibu mereka Hajah WanKaltsum, adalah kakak kepada Syeikh Wan Ali Kutan (sila lihat UtusanMalaysia, 4 Oktober 2004).
Sebagaimana Syeikh Wan Ali Kutan,demikian juga dengan Tuan Tabal, masih termasuk dalam lingkungankeluarga besar ulama-ulama Patani yang di dalamnya juga termasuk SyeikhAhmad al-Fathani.
Jadi tidaklah menghairankan, mulai dari TuanTabal dan semua anak-anaknya yang belajar di Mekah, sangat mesra denganSyeikh Ahmad al-Fathani berbanding ulama-ulama lainnya. Dua perkaramemang terjalin sejak lama, iaitu jalinan satu asal usul datuk nenek.Yang kedua, jalinan keilmuan yang mantap dari keluarga besar tersebutsejak pertama kedatangan Islam di rantau ini hingga ke zaman merekayang diriwayatkan ini. Bahkan tidak dapat dinafikan hingga artikel inisaya tulis, keturunan mereka masih tetap aktif dalam pelbagai bidang,termasuk masih ramai yang menjadi ulama.
[ Last edited by munkyG at 20-8-2007 02:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
...sambungan
SUMBER PENYELIDIKAN
Satu-satunya sumber utama untuk menyusun biodata Nik Wan Abdullah ialah kitab Majmu' Khuthab al-Juma' al-Malayuwiyah yang disunting oleh Ismail bin Kecik Mahmudi al-Kalantani, yang diterbitkan oleh The Ikhwan, Kota Bharu, Kelantan dan dicetak oleh Singapura Jawi Press, Jalan Engku Aman Geylang Road, Singapura, pada 21 Syaaban 1356 H.
Petikan beberapa maklumat sebagai berikut, |
|
|
|
|
|
|
|
banyok lagi ulamo-ulamao kelantan :
1) Tok Pulai Chondong ( 1792 - 1873 )
2) Tok Wan Ali Kutan ( 1820an - 1913 )
3) Haji Abdullah Tahir bunut Payong ( 1897 - 1961 )
4) Dato' Haji Muhammad Nur Ibrahim ( 1905 - 1987 )
5 ) Haji Hassan Idris ( 1926 - 2003 )
6) Tuan Tabal ( 1840 - 1890an ) |
|
|
|
|
|
|
|
aku up balik.... tread yg menarik... |
|
|
|
|
|
|
|
Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.
Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.
Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.
Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.
Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.
Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.
Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat.
Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.
Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.
Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.
Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.
Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal.
Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.
Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu.
Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.
Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan. |
|
|
|
|
|
|
|
TOKKU MELAKA
ULAMA besar yang berasal dari Terengganu keturunan Nabi Muhammad s.a.w. dalam artikel ini pernah saya perkenalkan dalam majalah Dakwah pada Januari 1990 dan diperluaskan lagi dalam Penyebaran Islam & Salasilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, jilid 3. Tulisan saya itu mendapat perhatian daripada dua pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Dr. Adel Muhammad Abdulaziz dan Syed Ahmad Tarmizi Syed Omar.
Sebuah kertas kerja bersama mereka telah dibentangkan dalam Nadwah Ulama Nusantara ke-III dengan judul Sayyid Ahmad bin Mohammad al-'Aydarus (Tok Ku Melaka) dan Metode Penulisan Kitab Tanbih al-Ghafilin bi Bayan Shay'in min Fada'il Aali Sayyid al-Mursalin. Oleh sebab terdapat beberapa maklumat baru yang termaktub dalam kertas kerja tersebut maka perlu diperkenalkan kembali ataupun pembetulan beberapa kekeliruan tulisan saya yang terdahulu. Perlu juga saya sentuh di sini bahawa Dr. Adel Muhammad Abdulaziz berasal dari Arab, fasih berbahasa Melayu, memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sekarang beliau bertugas sebagai pensyarah Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Syed Ahmad Tarmizi Syed Omar juga ialah pensyarah KUIM yang masih ada hubungan kewarisan dengan Tok Ku Melaka dan Tok Ku Paloh.
Nama ulama yang diriwayatkan ialah Saiyid Ahmad bin Muhammad al-Aidrus atau digelar dengan nama Tok Ku Melaka. Syeikh Ahmad al-Fathani sempat bertemu dan ada hubungan keilmuan dengan Tok Ku Melaka. Syeikh Ahmad al-Fathani menyebut bahawa Tok Ku Melaka digelar juga dengan nama Tuan Saiyid Embun Tarqanu. Tulisan saya yang terdahulu tidak menyebut tahun wafat Tok Ku Melaka tetapi setelah membaca kertas kerja Nadwah Ulama Nusantara III dapat diketahui tempat dan tahunnya iaitu wafat di Cabang Tiga, Kuala Terengganu pada 1315 H/1897 M.
KELUARGA
Dalam tulisan saya yang terdahulu ada tiga nama dalam salasilah tidak saya tulis. Tiga nama tersebut saya ketahui setelah membandingkan kertas kerja dalam Nadwah Ulama Nusantara III. Oleh itu di sini saya perbetulkan iaitu diberi tanda dalam kurung apit [...]. Salasilah selengkapnya ialah Saiyid Ahmad bin Muhammad bin Husein bin Mushthafa bin Syaikh bin [Muhammad] Mushthafa bin Ali Zainal Abidin bin Abdullah bin Syaikh bin Abdullah al-Aidrus al-Akbar [bin Syeikh bin Abdullah] bin Abu Bakar as-Sakran bin Muhammad Abdur Rahman as-Saqaf bin Muhammad Maulana Dawilah bin Ali bin Alwi bin Muhammad al-Faqih al-Muqaddam bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alawi bin Saiyid Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir. Dan seterusnya dalam kertas kerja judul di atas disebut hingga sampai kepada Saiyidina Husein (cucu Nabi Muhammad s.a.w.).
Ayah Tok Ku Melaka bernama Saiyid Muhammad digelar dengan Tok Ku Tuan Pahang. Ayahnya bernama Saiyid Husein. Ayahnya bernama Saiyid Mushthafa, bererti moyang kepada Tok Ku Melaka yang diriwayatkan ini mempunyai adik-beradik tiga orang iaitu Saiyid Mushthafa bin Syaikh (moyang Tok Ku Melaka), Saiyid Ahmad bin Syaikh dan Saiyid Zainal Abidin bin Syaikh. Saiyid Ahmad bin Syaikh mempunyai anak bernama Saiyid Muhammad yang digelar dengan nama Tok Ku Makam Lama. Kuburnya di Cabang Tiga, Kuala Terengganu (tarikh 1209 H/1794 M). Saiyid Zainal Abidin bin Syaikh mempunyai anak bernama Saiyid Muhammad yang digelar dengan Tok Ku Tuan Besar. Tok Ku Makam Lama dan Tok Ku Tuan Besar bererti datuk saudara kepada Tok Ku Melaka. Saiyid Muhammad (Tok Ku Tuan Besar) memperoleh predikat sebagai ulama adalah berkat belajar kepada Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas. Tok Ku Tuan Besar adalah sebagai Ketua Ulama dan Orang-Orang Arab di Terengganu. Anak beliau yang terkenal menjadi ulama ialah Saiyid Abdur Rahman yang lebih dikenal dengan gelar Tok Ku Paloh (lahir 1233 H/1818 M, wafat Zulhijjah 1335 H/September 1917 M). Bererti beliau ini masih ada pertalian kekeluargaan dekat dengan Tok Ku Melaka. Tok Ku Paloh pula kahwin dengan anak Tok Ku Melaka yang bernama Tuan Nik.
PENDIDIKAN
Di atas telah disinggung bahawa Saiyid Muhammad (Tok Ku Tuan Besar) adalah murid kepada Syeikh 'Abdul Qadir Bukit Bayas. Demikian juga akan halnya Tok Ku Melaka ini adalah bersama-sama dengan datuk saudaranya itu belajar kepada ulama yang berhijrah dari Patani di Terengganu itu. Sebelum beliau memperdalam ilmu kepada Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Tok Ku Melaka telah belajar kepada ayahnya sendiri, Saiyid Muhammad al-Aidrus, yang diriwayatkan juga seorang ulama. Tok Ku Melaka ialah seorang yang sangat rajin dan teliti mencari ilmu pengetahuan Islam dan beliau telah mengembara mencari ilmu. Apatah lagi pada zamannya memang banyak keturunan Saiyid sebagai pendatang sama ada merupakan pedagang mahupun sebagai seorang ulama penyebar Islam.
Ilmu-ilmu yang bersumber daripada bangsa Saiyid dipandang lebih mantap jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang diperoleh daripada golongan lainnya. Hal seperti tersebut juga mempengaruhi peribadi Tok Ku Melaka. Ilmu yang beliau peroleh daripada Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas lebih banyak jika dibandingkan dengan ulama-ulama lain.
PENULISAN
Dalam tulisan yang terdahulu saya telah senaraikan tujuh judul karya Tok Ku Melaka. Daripada kertas kerja Dr. Adel Muhammad Abdulaziz dan Syed Ahmad Tarmizi Syed Omar, terdapat empat judul tambahan. Jadi semuanya 11 judul. Senarai karya Tok Ku Melaka yang terkini adalah sebagai berikut:
1. Al-Fawaid fis Shalati wa 'Awaid wa Fat-hul Malikil Majid diselesaikan pada 20 Safar 1265 H/1848 M. Tok Ku Melaka telah menyerahkan karangannya itu kepada Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani untuk disemak. Setelah Syeikh Ahmad al-Fathani bergiat mentashhih kitab-kitab di Makkah lalu Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani menyerahkannya pula kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Kitab ini pernah dicetak beberapa kali oleh Mathba'ah al-Miriyah, Makkah atas usaha Syeikh Ahmad al-Fathani.
2. Hidayatul 'Awam fi Bayan Hukmi Syarbid Dukhan. Lebih 10 tahun saya mencari naskhah ini. Akhirnya diperoleh juga. Menurut pengarangnya, Tok Ku Melaka, kitab ini beliau selesaikan di Melaka pada hari Selasa... (naskhah rosak, pen bulan Rabiulawal 1293 H/1876M. Manuskrip yang dibicarakan ini merupakan salinan oleh Muhammad Alim Barus. Selesai menyalinnya pada hari Selasa, 20 Zulhijjah 1337 H/16 September 1919 M di Sungai Cincin, Ulu Gombak, Selangor Darul Ehsan.
3. Terjemahan Muqaddimah Dan Do'a Dalail al-Khairat, diselesaikan waktu Dhuha, 1256 H/1840 M.
4. Taghribur Rijal fi Kasbil Halal. Menurut keterangan Saiyid Abdur Rahman di Kuala Terengganu (salah seorang keturunan Tok Ku Melaka) bahawa manuskrip kitab ini telah hilang daripada simpanan.
5. Ta'riful Khullan fi Tajwidil Quran, cetakan pertama tahun 1333 H/1915 M.
6.Tanbihul Ikhwan, kitab ini kemungkinan sama dengan yang pernah diterbitkan yang diberi judul lengkap Hidayatul Ikhwan fi Azkaris Shalati ma'a Arkan. Selesai penulisan pada hari Jumaat, 9 Safar 1283 H/1865 M. Pernah dicetak di Mekah dan Mesir. Cetakan Matba'ah at-Taqaddum al-'Ilmiyah, Mesir dan cetakan Matba'ah al-Miriyah, al-Kainah Mekah, 1311 H/1893 M.
7. Targib al-Ibadah fi Qiraah Ratib al-Haddad, masih dalam bentuk manuskrip, disebut oleh Dr. Adel Muhammad Abdulaziz dan Syed Ahmad Tarmizi Syed Omar dalam kertas kerja Nadwah Ulama Nusantara III pada April 2006.
8. Tanbih al-Ghafilin Bayan Syai-in min Fadhail Aali Saiyid al-Mursalin, masih dalam bentuk manuskrip, disebut oleh Dr. Adel Muhammad Abdulaziz dan Syed Ahmad Tarmizi Syed Omar dalam kertas kerja Nadwah Ulama Nusantara III. Bahkan kitab ini diulas agak lebih panjang oleh kedua-dua pembentang kertas kerja itu jika dibandingkan dengan kitab-kitab lain.
9. Mujarrabat al-Fawaid, masih dalam bentuk manuskrip, disebut oleh Dr. Adel Muhammad Abdulaziz dan Syed Ahmad Tarmizi Syed Omar dalam kertas kerja Nadwah Ulama Nusantara III. Walau bagaimanapun, pada pandangan saya ia kemungkinan sama dengan kitab No. 1.
10. Fauz as-Sa'adah, disebut oleh Dr. Adel Muhammad Abdulaziz dan Syed Ahmad Tarmizi Syed Omar dalam kertas kerja Nadwah Ulama Nusantara III.
11. Kumpulan Wirid Dan Do'a, diselesaikan pada 28 Safar 1295H/1878M.
KETURUNAN
Berdasarkan satu salasilah yang saya peroleh daripada salah seorang keturunan beliau di Kuala Terengganu, Tok Ku Melaka pernah tiga kali kahwin. Nama-nama isterinya ialah Saiyidah (Encik Sidah), Tuan Nik dan Tuan Batu. Nama anak-anaknya pula adalah sebagai yang berikut:
1. Saiyid Hasan gelaran Tuan San. Anaknya bernama Saiyid Hasan gelarannya Tuan Sulung.
2. Saiyid Umar gelaran Tuan Mutil. Beliau ini memperoleh lima anak iaitu Saiyid Muhammad gelarannya Tuan Dalam Engku Wok; Saiyid Abdullah gelarannya Tuan Cilin; Syarifah Sakinah gelarannya Tuan Kuning; Tuan Cik Cuking; dan Tuan Su Naflullah.
3. Saiyid Abdullah gelaran Tuan Dolah. Beliau memperoleh tiga anak iaitu Syaikhah Tuan Dayang, Tuan Mutil dan Tuan Kuntum.
4. Syarifah Maryam gelaran Tuan Ngayang. Beliau dikurniakan lima anak iaitu Saiyid Ahmad Tuan Nanum; Saiyid Muhammad Tuan Mutil; Tuan Sambul; Tuan Mukhtar; dan Saiyid Abdur Rahman.
5. Saiyid Muhammad gelaran Tuan Kicut. Beliau ini memperoleh tiga anak iaitu Tuan Timun, Tuan Sifat dan Tuan Nat.
Beberapa nama yang saya sebutkan di atas adalah berdasarkan salasilah berupa salinan yang ada pada saya. Walau bagaimanapun, pemindahan daripada tulisan Melayu/Jawi ke huruf Latin/Rumi mungkin ada yang keliru kerana beberapa nama tulisannya tidak jelas. Oleh itu sesiapa di antara kewarisan ini yang lebih mengetahui mohon menghubungi saya supaya dapat diperbetulkan. Sampai di sini berakhirlah rakaman saya tentang Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad al-Aidrus (Tok Ku Melaka)
http://www.asyraaf.net/v2/artikel.php?op=2&id=59 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|