View: 13427|Reply: 10
|
hukum meminjam barang orang dalam islam
[Copy link]
|
|
tumpang tanya...bagaimana pula adab meminjam?
cth:kawan saya hendak pinjam barang seperti baju,tudung,dan segala harta bende saya yang bole dikira cantek dan agakbranded..
masalah saya sekarang ini..saya agak kurang suka kalau kawan2 meminjam barang2 saya..sekali sekala bolehla..kalau selalu sangat saya x tahan..dan kdg2 barang tersebut hilang dan saya terpaksa mengeluarkn wang untuk membeli yang lain.bukankah itu pembaziran...
adakah dengan tidak membenarkan meminjam saya berdosa??saya bukan kedekut cuma saya x suka orang meminjam barang saya..kerana bila time saya nak guna xda,dan saya terpaksa terhegeh2 meminta barang tersebut pada peminjam tadi.dan lagi satu yang paling saya x gemar bila saya tengah tidur atau study ada aja yang ketuk pintu bilik nak pinjam barang,sekali gus menganggu konsentrasi saya.saya x tau ape yang patut saya lakukan...
kalu saya cakap direct nanti ada yang masam2 muka...saya x suka gaduh2
lagi satu masalah saya kawan saya ni suka bermasam muka...kadang2 agak menyakitkn hati jugak dan kadang2 rasa takut nak tegur..jadi hidup saya sentiasa berada ketakutan bila berhadapan dgn kawan saya yang sorang ni..lagipun mulut kawan saya ni laser..suka perli
kesimpulannya kawan saya ni laser+pemerli+suka pinjam barANG ORANG(memilih pulak tuh)+kadang2 dengki kalau saya beli barang baru+dan paling x suka kuat mengarah seolah2 saya ni bibik dia..saya betul x tahan dengan dia lagi..apa yang patut saya lakukan sekarang..kawan saya yang sorang ni hari2 baca alquran ..tetapi kenapa perangai die sebegitu rupa..kurang adab2 islam..walaupun saya kurang agama..tapi saya tau benda2 yang menyakiti hati kwn kn x elok dlm islam.Ingin pendapat saudara saudari sekalian.minta ampun minta maaf kepada semua..saya btul2 x tahan dgn sikap suka memerli dia dan mengarah.macam nak nangis aja. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pinjam gune kredit kat jee.....selesai masaalah!.. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan
memang ada sesetengah suka meminjam tapi susah pulang balik...
kita boleh berniat macam ni khusus untuk orang yang macam di atas:
-buat la apa2 alasan yang patut untuk tidak membenarkannya meminjam kerana kita tidak mahu sakit hati dengannya kalau kita bagi pinjam
-dia mungkin marah dengan kita, tapi itu lebih baik dari kita mengumpatnya nanti bila dia tidak memulangkan balik
-mungkin dengan cara ini maka dia akan sedar dan insaf akan perbuatannya yang suka tidak memulangkan barang
-kalau ada barang2 lain yang belum dipulangkan, buat alasan tertentu secara berhemah nak balik barang itu
-yang penting niat kita untuk kebaikan pada diri kita dan pada dia, bukannya untuk mengeruhkan keadaan....
sekadar pandangan.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mnm77's post
Setahu saya
1) Kalau orang tu kita tahu suka meminjam dan tak bagi balik (dan dah kena kat kita beberapa kali), HARAM kita sengaja bagi pinjam lagi dah kat dia. Ini termasuk duit dan barang2 lain. Kerana orang Islam kalau meminjam, wajib kena niat akan membayar balik dan perlu usaha untuk membayar/beri balik dengan segera sekadar yang dijanjikan, jadi kalau kita dok bagi pinjam jugak kat dia, kita semacam menggalak dia mengerjakan dosa, kerana kita tahu dia bukan ada niat nak bayar/pulangkan balik berdasarkan track-recordnya.
2) Kalau seseorang itu kita tahu memang amat jujur dan selalu bayar/kembalikan pinjaman dengan tepat pada masanya atau lebih awal, kalau dia minta tangguh (for some reasons), SUNAT kita bagi tangguh, lagi lama, lagi bagus, malah kalau kita halalkan terus orang2 mcm ni lagi bagus. Orang mcm ni takkan ambil kesempatan dari kebaikan kita.
Ini cara bergaul cara Islam yang disarankan oleh Imam Ghazali. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 always_typo's post
Maaf tertinggal.
Kalau kita nak bagi juga pada orang dalam kes (1), boleh, tapi kita kena niat sedekah dan dia tak payah bayar / kembalikan balik. For example kita cakap kat dia - "Ini sedekah dari aku. Tak payah bayar/kembalikan balik. Aku nak bagi pinjam kat kau dah tak boleh, haram, so this time aku bagi as sedekah jer...". Semoga dengan cara tu boleh menginsafkan dia. Tapi that is not required. Hebat kalau boleh buat macam tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 always_typo's post
terima kasih hujah yang cukup bernas sekali..saya suka..terima kasih |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 wonderlady's post
Itu imam Al ghazali punya jawapan... dia dipanggil "Hujjatul Islam" oleh orang islam sezaman dengan dia, pasti ada sebab kenapa dia dipanggil begitu hmmm..
Apparently, perkara pinjam meminjam tak bagi balik ni dah berlaku sejak zaman berzaman lagi!!
Kalau boleh buat point #5 tu kira pangkat tasauf tinggi la kot. Modern management gurus memanggil teknik persuasi sebegitu sebagai "Love The Short End Of The Stick". |
|
|
|
|
|
|
|
tapi diperatikan kalau kita tuntut balik hutang2 yg kengkawan pinjam kita pulak dianggap 'berdosa' & tak berhati perut. orang tak nampak tukang pinjam tu yg mungkir, tiap kali nak byr ada saja alasan...ha..ha...begitulah manusia. malah ada orang islam yg rasa hutang mrk dgn MARA, JPN tak wajib dibayar....dan tak rasa berdosa kalau tak bayar sampai mati. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak org camni ek...mmg ada pun...
sebenarnya punca dia ialah peminjam tu sendiri...
kalo macam tulah perangainya, maka dia sendiri yg membuatkan dia sepatutnya susah untuk meminjam lagi...lantaran perangainya yg tidak bertanggungjawap...
bila meminjam kenalah bertanggungjawap... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 ussopp's post
Amanah itu adalah sifat yang wajib bagi orang Islam. WAJIB.
Lawannya khianat, HARAM bagi setiap orang Islam.
Sebab itu kalau kita tahu orang itu tak beramanah, HARAM kita memberi amanah kepadanya.
Akan tetapi kalau kita tahu orang itu adalah orang yang beramanah, maka ganjaran memberi hutang/pinjaman kepadanya sangat besar. Beberapa dalil, semua hadis saya petik dari Sairus Saliikin Juzuk Kedua Adab-adab Berusaha dan Menghasilkan Kehidupan dan saya catatkansumber asal seperti yang ditahqiqkan oleh penyusun kitab.
Barang siapa menantikan akan orang yang susah membayar hutang atau meninggalkan baginya nescaya menghisabkan akan dia oleh Allah Taala akan hisab yang sedikit. Dan pada satu riwayat yang lain: nescaya menaungi akan dia oleh Allah Taala di bawah naungan Arasynya pada hari kiamat yang tidak ada naungan melainkan naunganNya.
Hadith riwayat Muslim
Barang siapa menghutangi akan satu piutang yang ditangguhkan kepada satu masa maka adalah baginya dengan tiap-tiap hari itu sedekah hingga sampai tangguhnya itu. Maka apabila sampai tangguhnya padahal tiada kuasa ia membayar maka menantikan ia akan dia kemudian daripada itu maka baginya dengan tiap-tiap hari itu seumpama hutang itu sedekah.
Riwayat Ibn Majah
komen : Satu sebab kenapa memberi hutang kepada orang yang amanah itu lebih baik dari memberi sedekah kepadanya ialah ia boleh memberi motivasi kepada orang amanah itu untuk berusaha mencari rezeki untuk membayar hutang itu. Tidak dinafikan, sedekah ni kadang-kadang boleh menjatuhkan maruah bagi sesetengah individu, so bagi hutang kat dia (yng kita sengaja lambat2kan suruh dia bayar) boleh jadi lebih baik. Jadi kalau siapa duit berlebih tu, carilah orang-orang amanah dan bagi hutang kat depa (kalau depa mahu terima hutang kita laa!)
Bagi penghutang, penting kalau kita berhutang qasad benar-benar yang kita nak membayar. Jangan awal-awal berhutang lagi dah niat nak kecoh. Khianat namanya tu!
Yang terlebih baik kamu itu iaitu orang terlebih membaikkan akan membayar hutang.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Barang siapa berhutang akan satu hutang padahal ia berniat akan membayar akan dia nescaya mewakilkan Allah Taala dengan dia akan beberapa malaikat yang memelihara mereka itu akan dia dan berdoa mereka itu baginya sehingga membayar ia akan dia.
Riwayat Ahmad |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 always_typo's post
sedikit tambahan dalam adab meminjam barang ie periuk belanga, baju, kereta, tudung, kasut, dsbgnya, saya dapat dari kitab Kifayatul Muhtadi,
Harus hukumnya dipersetujui antara peminjam dengan pemberi pinjam akan tempoh pinjaman barang tersebut ie sebulan, sehari, dua minggu, lima kali guna dsbgnya.
Akan tetapi, kalau persetujuan tentang tempoh pinjaman tidak dibuat, peminjam hanya boleh menggunakan barangan yang dipinjam itu SEKALI sahaja. HARAM menggunakan lebih dari sekali. Kalau nak guna lagi, WAJIB minta kebenaran lagi dari pemberi pinjam.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|