CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10452|Reply: 10

Peranan muzik memupuk minda kanak-kanak

[Copy link]
Post time 2-8-2007 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Peranan muzik memupuk minda kanak-kanakMUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah.
Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.

Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.

Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.

Kepelbagaian muzik

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi.

揔epelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2007 11:11 AM | Show all posts
Chinese parents rajin hantar anak2 ke GMC Yamaha nyanyi and belajar muzik sama2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 12:20 AM | Show all posts
Anything that is able to stimulate the children's right side of the brain such as music, drama, painting, etc.. should be encouraged..

I baru je htr anak I ke Artistic Land kat Puchong. Dia belajar music through the Little Mozart and ada gak painting a bit.. Suprising tengok dia can sit still through the whole hour..

Tak de expect apa2 pun cuma nak dia have fun je and dia memang minatkan buku2 n minat belajar..Lagipun dia baru je 3 years old so biar dia enjoy dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by cikgutuition at 3-8-2007 12:20 AM
Anything that is able to stimulate the children's right side of the brain such as music, drama, painting, etc.. should be encouraged..

I baru je htr anak I ke Artistic Land kat Puchong. Dia be ...



oo painting pun memainkan peranan yer? Barulah tau.... my girls (but not my son) mmg crazy bab drawing, painting and colouring ni. Sekarang ni tengah sibuk buat painting tajuk something like Dynamic Asean. Pakai drawing block besar pulak tu, double the size of the normal drwing block. Hopefully today habis so that can concerntrate in preparing for Aug test.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 02:20 PM | Show all posts

Reply #4 macademia's post

Mac,

Yup..Kena stimulate both side of the brain so that bhg creative to can help your children to be better dgn perkara2 logic seperti maths and science..

As for me I sendiri boleh main piano or keyboard guna by ear sahaja tanpa tengok notes or bolehle melukis sikit2..

Lain2 activity like drama, singing, apa2 yg mengalakkan mereka jadi creative pun can be beneficial
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 12:23 PM | Show all posts
betul tu syd, muzik could stimulate kids brain.

me baru sahaja sent my two gals, violin class. So far so good.
i could say, they have the passion for it.
ganti vanessa mae la kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2007 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by Sweetmama at 7-8-2007 12:23 PM
betul tu syd, muzik could stimulate kids brain.

me baru sahaja sent my two gals, violin class. So far so good.
i could say, they have the passion for it.
ganti vanessa mae la kot...



anak u berapa tahun? Mac inquire pasal violin, dia suggest tunggu 10 tahun. betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by cikgutuition at 3-8-2007 12:20 AM
Anything that is able to stimulate the children's right side of the brain such as music, drama, painting, etc.. should be encouraged...


I send my dotter to piano class...mmg suker banget dia time nak gi class...
enjoy and fun...dia kata. Me tak de la expect apa2...as long as she wants to learn..
happy and ada passion for piano & music.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 10:53 PM | Show all posts

Reply #6 Sweetmama's post

Betul ke violin ni one of the diifficult instruments to play & learn?
Tak cam piano tahap kepayahan dia??
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2007 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 10-8-2007 10:53 PM
Betul ke violin ni one of the diifficult instruments to play & learn?
Tak cam piano tahap kepayahan dia??



yes violin IS  a difficult instrument.

I started playing violin when I was in std 4. masa tu sekolah panggil violin teacher datang every week.
I was involved in the school mini orchestra whereby we got no 2 in the State Level competition....

Tapi tension dalam orchestra tu, sebab orang lain main instrument senang, kita orang (3 of us aje, we were selectd) kena practice hours and hours to be perfect, whatmore ada violin solo...............

tu yg nak pikir, siapa antara my anak yg i nak masukkan masuk violin.....

Since i pun main piano and organ, i can compare la.....

PS : Kat rumah ni my girl tengah practice piano ni..... soothing aje dgr....... hehe......... next week exam......

[ Last edited by  macademia at 11-8-2007 12:02 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 11:47 AM | Show all posts
Terapi muzik berkesan pulih tekanan mental, perasaan
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
[email protected]



KANAK-kanak mudah terangsang dengan muzik.



Kajian dapati karya klasik Mozart bantu rawat kes trauma, gangguan emosi

TERAPI muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan.

Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.

Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.

Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.

Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan? Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.

Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang. Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.

Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan.

Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.

Katanya, jika tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya. Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.

FAKTA:

Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan.
Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.297986 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list