View: 4571|Reply: 14
|
Komen Mufti mengenai Ketaksuban Kepada Mazhab.
[Copy link]
|
|
Salam,
Saya perturunkan pandangan kesarjanaan oleh Mufti Perlis sekadar untuk perbincangan.
Bicara Agama
Keluasan menerima pendapat, keperluan Muslim moden
Oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
DAHULU atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen.
Sikap seperti itu dinamakan fanatik atau taksub.
Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak lain memberi hujah dan dalil yang kukuh. Sesuatu pendapat sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta.
Fanatik berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu sehingga membawa permusuhan sesama Islam. Dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidilharam, umat Islam bersolat dengan empat imam yang mewakili mazhab masing-masing. Makmum memilih imam yang sesuai. Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Bayangkan jika hal tersebut berterusan sehingga hari ini.
Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, baginda meninggalkan ramai sahabat yang merupakan ilmuwan besar. Namun, tiada di kalangan sahabat menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain.
Perkara yang seperti itu tidak pernah didakwa oleh Khalifah yang empat, atau 慉bd Allah bin Masud, 慉bd Allah bin 慤mar, atau 慉bd Allah bin 慉bbas atau selain mereka. Padahal mereka lebih memahami syariat Rasulullah.
Malangnya, apabila muncul imam-imam mazhab seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafie (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain- lain tokoh, tiba-tiba ada di kalangan pengikut mereka yang taksub mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambilnya dari imam lain.
Ini seperti pengikut fanatik mazhab Hanafi yang membantah orang Pakistan mengambil pendapat selain dari mazhab Hanafi. Atau pengikut fanatik mazhab Malik membantah Morocco mengambil pendapat selain dari mazhab Malik. Atau pengikut fanatik mazhab al-Syafii membantah orang Malaysia mengambil selain dari mazhab al- Syafii.
Kontradiknya, kita mengakui mereka adalah tokoh-tokoh sarjana Ahli Sunah, tetapi kita menolak keilmuan mereka hanya kerana daerah yang kita duduki. Padahal, para imam itu tidak pernah mengajar demikian dan negara-negara yang wujud ini belum terbentuk pada zaman mereka.
Tokoh terkenal, Dr. Abd al-Karim Zaidan berkata: 揚endapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab Islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab. Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya. Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung.......
Ulama
Tokoh fikah, Dr. Wahbah al-Zuhaili pula menyebut: 揔ata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafii atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan Rasul-Nya.
揂llah dan Rasul-Nya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan tokoh tertentu, dan bukan yang lain. Firman Allah: (maksudnya): Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui. Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabat dan tabien tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam atau mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat.
揑nilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh |
|
|
|
|
|
|
|
Kemusykilan tentang mazhab
1) Bolehkah kita mencampurkan beberapa mazhab dalam amalan, misalnya wuduk ikut Hanafi, sembahyang ikut Syafie (campur mazhab)?
2) Bilakah boleh taklid (ikut) kepada mazhab lain, selain mazhab yang kita pegang, adakah hanya bila ada keperluan atau darurat sahaja?
3) Adakah kena tahu semua dalam mazhab itu (selain dari mazhab kita) baru boleh taklid (ikut)?
4) Perlukah dilafaz taklid?
Jawapan:-
1) Bolehkah kita mencampurkan beberapa mazhab dalam amalan, misalnya wuduk ikut Hanafi, sembahyang ikut Syafie (campur mazhab)?
Ulama mazhab Syafie kata:-
Kalau seseorang sembahyang mengikut mazhab lain yang mudawwanah (yang sempurna susunan hukumnya), yang muktabar (iaitu 4 mazhab yang besar), sahlah sembahyang sekalipun dia tidak taklid (ikut) kepada mazhab yang dia buat.
Boleh pakai semua mazhab dan 損ergi mari |
|
|
|
|
|
|
|
Mazhab
Apa itu mazhab?
Secara ringkas Mazhab bermakna jalan. Jadi bila ada jalan yang 搄am |
|
|
|
|
|
|
|
Panduan dalam beragama dan berhukum
Petikan dari Kitab Nasbun Nurain dan ceramah-ceramah maulana:-
Umat islam diwajibkan mengikut jemaah ramai dalam urusan beragama, iaitu mengikut 4 mazhab iaitu (Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki) kerana majoriti umat islam seluruh dunia terkumpul dalam 4 mazhab yang besar.
Hendaklah kamu bersama dengan jemaah ramai umat islam..Hadith Ahmad dalam masnadnya(Muaz bin Jabal r.a), Jame |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.............
Ini adalah selitan komen saya terhadap pandangan MAZA.
Salam.........
Tujuan saya c & p pandangan MAZA adalah sama-sama hendak mengajak semua berbincang. Saya memfokuskan perbincangan ini dengan berpandukan Al-Quran semata. Silakan yang lain untuk beri pandangan.
MAZA:
DAHULU atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen.
Ayyohpeen:
Saya setuju pandangan ini, kerana itulah Allah memerintahkan kita untuk menggunakan Aqal, bagi menganalisis secara kritis tiap-tiap sesuatu hal kecuali apa yang telah ALLAH Syariatkan secara lengkap dan terperinci syriatNya didalam Al-Quran dan amatlah tidak wajar membanding, menokoktambah dan merekatambah 'syariat' ciptaan manusia, lalu mengatakan bahawa ianya adalah syariat Allah sedangkan ianya tiada didalam Al-Quran.
Terjemahan Firman:
42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
45:18. Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia, dan janganlah mengikuti keinginan orang-orang yang tidak mengetahui.
Inilah larangan Allah mengenai mencipta syariat:
42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih
Namun begitu, bagi hal-hal keduniaan tertentu seperti dalam menjalani kehidupan, bekerja, bermasyarakat dan sebagainya, maka nilai-nilai murni kemanusiaan mempunyai kewajaran untuk dipilih yang terbaik agar pilihan itu bermanfaat dibunia dan akhirat.
Maksud Firman:
4:134. Sesiapa yang menghendaki ganjaran dunia, maka di sisi Allah ganjaran dunia dan akhirat; Allah adalah Mendengar, Melihat.
Namun Allah banyak memberi amaran agar jangan lalai dengan kehidupan dunia, kerana matlamat utama ialah kehidupan yang kekal diakhirat.
Maksud Firman:
11:15. Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan membayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya.
11:16. Mereka itulah orang-orang yang tiada bagi mereka di akhirat kecuali Api, dan usaha mereka menjadi sia-sia di dalamnya, dan palsulah kerja-kerja mereka.
MAZA:
Sikap seperti itu dinamakan fanatik atau taksub.
Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak lain memberi hujah dan dalil yang kukuh. Sesuatu pendapat sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta.
Ayyohpeen:
Setuju. Namun hujah dan dalil yang paling sah disisi ALLAH dan Nabi Muhammad SAW hanyalah Al-Quran. Al-Quran semata. Namun sekiranya terdapat pendapat dan pandangan yang tidak menyanggahi Al-Quran, sebagai panduan yang UNO maka keharusan untuk menerima ada disitu, manakala Al-Quran tetap menjadi WAJIB sebagai SKALA Ukur. Jadi biarlah Hujah, Dalil dan fakta itu tidak menyanggahi Al-Quran.
Maksud Firman:
4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?
Lalu Allah bertanya:
7:185. Tidakkah mereka merenungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan mempercayai?
Pada saya tiada hadis manusia yang akan dapat menandingi HADIS ALLAH, iaitu Al-Quran.
MAZA:
Fanatik berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu sehingga membawa permusuhan sesama Islam. Dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidilharam, umat Islam bersolat dengan empat imam yang mewakili mazhab masing-masing. Makmum memilih imam yang sesuai. Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Bayangkan jika hal tersebut berterusan sehingga hari ini. (Pertanyaan: Berlaku setelah Nabi wafat? Adakah sebaik sahaja atau setelah manusia berlumba-lumba mengangkat hadis ciptaan sehingga menyamai Al-Quran)
Ayyohpeen:
Walaupun Allah telah melarang, namun apabila Al-Quran tidak dibaca dengan bacaan sebenar, maka terjadilah seperti hal yang diatas.
Maksud Firman:
30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukanlah solat, dan janganlah menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan,
30:32. Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka.
MAZA:
Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, baginda meninggalkan ramai sahabat yang merupakan ilmuwan besar. Namun, tiada di kalangan sahabat menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain.
Perkara yang seperti itu tidak pernah didakwa oleh Khalifah yang empat, atau 慉bd Allah bin Masud, 慉bd Allah bin 慤mar, atau 慉bd Allah bin 慉bbas atau selain mereka. Padahal mereka lebih memahami syariat Rasulullah. Komen ayyohpeen: Saya lebih cenderong mengatakan syariat ALLAH. Syariat bukan Haq manusia, tetapi Haq Mutlaq ALLAH. Hnaya dengan mengakui(beriman) dengan hal ini sahajalah dapat mengelakkan kekeliruan. Namun sebagai pelapik kata, saya bersetuju sekiranya ayat ini menjadi Padahal mereka lebih memahami SYARIAT yang ALLAH turunkan melalui Al-Quran untuk Nabi Muhammad SAW sampaikan kepada kaumnya
MAZA:
Malangnya, apabila muncul imam-imam mazhab seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafie (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain- lain tokoh, tiba-tiba ada di kalangan pengikut mereka yang taksub mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambilnya dari imam lain.
Ayyohpeen:
Memang malang! Memang malang! Memang malang!
Cukup malang! Cukup malang! Cukup malang!
Malang kerana mereka-mereka ini berlumba-lumba menghasilkan kitab-kitab kononnya untuk rujukan yang lengkap bagi memahami Al-Quran dan masing-masing mendakwa kitab mereka lebih tepat dalam menghuraikan maksud Al-Quran, walaupun ALLAH telah menjamin akan ketepatan Al-Quran sahaja sebagai panduan yang sempurna.
Maksud Firman:
6:114. Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
Dan saya adalah orang yang sentiasa berusaha dan berjuang untuk menjadi seperti yang ALlah firmankan, bermaksud:
2:121. Orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka mempercayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.
Apakah larangan begini tidak mencukupi lagi?
Maksud Firman:
2:176. Itu adalah kerana Allah menurunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh.
Bersambung........
[ Last edited by ayyohpeen at 1-8-2007 03:25 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan..............
MAZA:
Kontradiknya, kita mengakui mereka adalah tokoh-tokoh sarjana Ahli Sunah, tetapi kita menolak keilmuan mereka hanya kerana daerah yang kita duduki. Padahal, para imam itu tidak pernah mengajar demikian dan negara-negara yang wujud ini belum terbentuk pada zaman mereka.
Tokoh terkenal, Dr. Abd al-Karim Zaidan berkata: 揚endapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab Islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab. Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya. Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan.............
MAZA:
Tokoh fikah, Dr. Wahbah al-Zuhaili pula menyebut: 揔ata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafii atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan Rasul-Nya.
Ayyohpeen:
Saya hanya berpegang kepada ayat yang terakhir......Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan Rasul-Nya. Sebagai tambahan: iaitu didalam Al-Quran.
MAZA:
揂llah dan Rasul-Nya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan tokoh tertentu, dan bukan yang lain. Firman Allah: (maksudnya): Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui. Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabat dan tabien tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam atau mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat.
Ayyohpeen:
Allah dan RasulNya sebenarnya melarang umat dari bergolong-golong termasuklah bermazhab. Sebab itulah ALLAH memerintahkan hanya berpegang kepada Hablillah. Allah juga melarang mengikut kemahuan manusia dalam
mentauhidkanNya. Tetapi benarkah ALLAH mewajibkan mengikut ulama seperti MAZA dakwa? Ulama apa? Ulama fizik? Ulama Biologi? Ulama kewartawanan? atau maksud MAZA, Habr Ugama? atau Rahib Ugama? Tentang maksud firman yang MAZA hidangkan itu tidak dapat sya komen keran tiada surah dan ayat secara spesifik, maka saya tiada komen.
Namun saya c & p maksud firman sebagai perbandingan:
42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah,(hablillah) semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.
3:104. Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung.
3:105. Janganlah menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang besar,
Dan maksud Firman lagi:
23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku."
23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan(hazab) bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka.
23:54. Maka tinggalkanlah mereka dalam kekusutan mereka untuk satu waktu.
Saya berdoa supaya satu waktu itu akan tiba kepenghujungnya setelah masing-masing mengetahui bahawa tiada apa yang perlu digembirakan sekiranya terus kita berada didalam golongan-golongan(hazab)
Saya tidak bersetuju dengan kata-kata MAZA iaitu:
Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat.
Telah jelas Firman ALLAH melarang kita berhazabbunnas, rujuk 25:53 dan 30:32 apatah lagi hazabusyaitan(58:19)
Tetapi ALLAH memerintahkan umatNya untuk berhablillah dan berhazabullah rujuk 3:103 dan 5:56
Dan jika hendak berhazab juga marilah kita tekuni maksud Firman dibawah:
58:22. Kamu tidak mendapati sesuatu kaum yang mempercayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia menuliskan (menetapkan) keimanan dalam hati mereka, dan Dia mengukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat berpuas hati terhadap mereka, dan mereka sangat berpuas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang yang beruntung.
GOLONGAN ALLAH = Hizbullah. Tetapi bukan Hizbullah seperti yang kita fahami dan lihat seperti ditimur tengah sana, dilubnan atau diSyria hatta di Palestin. BUKAN! Bacalah AL-Quran secara Holistik barulah kita boleh mengklasifikasikan apa Hizbullah yang ALLAH maksudkan pada firmanNya yang diatas.
MAZA:
揑nilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan.......
MAZA:
Saya katakan, pertama; kita tidak patut mengandaikan perkara yang tidak nampak. Kedua; pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Tidak ada dalil yang menyatakan khinzir wajib dibasuh tujuh kali termasuk air tanah. Pendapat ini disokong tokoh besar mazhab al-Syafii sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut kepala kau je ayohpin, takde la agama tu.semua org boleh masuk campur...ko dengan Maza tu sama je...si maza tu ada dalil walaupun tak tau betul ke tak...kou pulak takde dalil cuma pakai logik kepala ko je. Kebetulan hasil ijithad ko dengan dia sama, so ko pun perasan mungkin semua hukum2 yg lain pun sama...pada hal ko dengan doa sama je dalam menolak dan merendahkan pendapat org lain... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hebat dailog ayohpeen dengan MAZA
ada telecast tak? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
juskurma This user has been deleted
|
......ingat riena ingat juskurma.... hehehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abuaya at 2-8-2007 01:28 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kalau ikut kepala kau je ayohpin, takde la agama tu.semua org boleh masuk campur...ko dengan Maza tu sama je...si maza tu ada dalil walaupun tak tau betul ke tak...kou pulak takde dalil cuma paka ...
Salam.........
Saya ikut panduan dari Al-Quran..................Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
So, kalau terpegang anjing atau babi xperlu la basuh 7 kali (1 kali air tanah)? hanya memadai basuh sekali je tanpa samak??
Konfius ni...
dah lama ikut cara 7x tu (walaupun xpernah pon pegang anjing/babi)... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cak! at 8-8-2007 12:17 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
So, kalau terpegang anjing atau babi xperlu la basuh 7 kali (1 kali air tanah)? hanya memadai basuh sekali je tanpa samak??
Konfius ni...
dah lama ikut cara 7x tu (walaupun xperna ...
Salam Cak..........
Pada saya anjing tidaklah menjadi persoalan. Lihat SuratulKahfi.........
18:18. Kamu menyangka bahawa mereka jaga, sedang mereka tidur, sementara Kami membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, dan anjing mereka menjulurkan lengannya di ambang. Sekiranya kamu melihat mereka, tentu kamu berpaling daripada mereka, melarikan diri, dan dipenuhi dengan ketakutan yang amat sangat terhadap mereka.
18:22. Mereka akan berkata, "Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata, "Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka." Katakanlah, " Pemeliharaku sangat mengetahui bilangan mereka, dan tiada yang mengetahuinya, kecuali sedikit." Maka janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan janganlah menanyakan seseorang pun antara mereka satu keputusan.
Bagaimana pula sebagai binatang perburuan?
5:4. Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."
Jika hasil perburuan(yang Allah halalkan) walaupun diburu oleh anjing yang dilatih, maka Allah kata halal, maka halalah ia. Adalah tidak selaras dengan ayat-ayat Allah jika kita dilarang oleh manusia, tidak kira siapapun untuk menghalang kita berdampingan dengan anjing, samada sebagai teman, penjaga keselamatan, mahupun sebagai pemburu.
Lalu Allah menempelak mereka yang cuba untuk 'Playing God' dengan mengharamkan apa yang Allah tidak haramkan.
5:87. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengharamkan benda-benda yang baik yang Allah menghalalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul.
Inilah yang Allah haramkan:
2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
Dan,
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
Lalu bagi Khinzir, pada pendapat saya pada zaman moden yang sabun sebagai agen pencuci telahpun mengalami tranformasi yang amat ketara seperti pencuci berasas soda telah diganti bahan asasnya seperti detergen ionik dan an-ionik, detergen kationik, detergen rendah fosfat, detergen enzim dan detergen beralkali yang lebih kuat kuasa pencucinya, maka cucilah dengan air beserta bahan pencuci sehingga diyakini oleh kita tentang kebersihan pada tempat yang terkena hasil kumbahan khinzir yang memang kita tahu amat kotor dan berkuman. Dan jika tempat tersentuh kotoran dari khinzir menyebabkan alahan selepas dicuci, maka teruslah berjumpa doktor untuk rawatan.
AllahulAlimulHakim.........
Salam.
[ Last edited by ayyohpeen at 20-8-2007 09:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|