CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Ibu bapa cuai jaga anak boleh dipenjara 2 tahun

[Copy link]
Post time 27-9-2007 01:07 PM | Show all posts

Reply #19 Sasha's post

btol tu sasha, lepas tu PM nak suruh lanjut waktu sekolah bagai...apa isu pokok yg kita ada sekarang nie?....isu keselamatan anak2 atau isu mak/ayah cuai atau isu byk sgt org gila di luar sana...

pada i sebagai mak/ayah...jgn harap org lain utk menjaga anak2 kita, masyarakat kita dah berubah, kita semua taknak jadi buzybody sebab kolot....jadi terimalah seadanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 01:32 PM | Show all posts
i am paranoid too... anak2 dudukk je dlm umah ni... tp just trying to put myself in their shoes...

benda ni kalau dah start biasa kan keluar2 sampai malam, susah nak tarik balik dah, ntah laaa,,aku pon tak reti nak cakap..

cam anak2 ni basikal sume ade kat rumah in laws... bile kat sana , asal nampak neihbour main basikal, start la menggelupur 'mama.... nak main basikal boleh takk??"

kalau malas nak keluar tunggu dorang main basikal tu mcm2 alasan aku kasi 'toksah le./..dah nak maghrib nak main apa../. kan panas tu, tunggu le petang sikit../.. tak nampak ke hari nak hujan??"

apa saja jawapan aku...yg anak dara tu selamba je 'apesal tak boleh? diorangg tu bolehhh'  
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 02:54 PM | Show all posts
Saya nampak isu pasal ibubapa & kes cuai ni sekadar isu seasonal aje. Kejap lagi reda lah isu cuai & tiada pengawasan ni bila penjenayah Nurin kena tangkap.

Masalahnya, boleh tak sebelum akta akta tu dinaiktaraf atau disemaksemula, definition CUAI tu dapat diertikan semula oleh pihak pihak bertanggungjawab tu. Apa kategori cuai yang dianggap cuai oleh mahkamah and bukan erti cuai yg laymen pakai macam kita kat sini.  Sebab kalau nak ikut ciri ciri cuai, kat mana mana pun cuai berlaku selagi kita bernama manusia. Biar makna cuai tu diberi atas alasan yg genuine and bukan atas alasan mencari kesilapan orang lain manakala silap yg dlm area lain kita sweep under the carpet.

Isu Nurin ni bukan isu family dia aje, isu Nurin dah jadi agenda Malaysia. Ada hikmah disebalik kejadian ni, sekurang kurangnya dapat bukak mata byk golongan, bukan ibubapa aje.  Yang paling penting kita nampak zaman memang dah berubah. Zaman kita kecik tak sama dgn zaman Nurin. Zaman kita kecik dulu kita boleh senang berlari, tak kira rumah besar kecik. Betul, rumah parents Nurin memang kecik, kecik pada takrifan org yg berada tp besar utk org yg duduk stinggan.  Tak kisahlah org miskin beranak ramai sebab pemimpin negara yg ada pun mostly dari family miskin & ramai adik beradik, ni semua bukan halangan utk kita have good happy family.

Apa perkara pokok yg melanda Malaysia sebenarnya?? Bukan ke isu pendatang asing tanpa izin makin ramai kat KL, bukan ke isu people out of job tertimbun timbun, ada yg sakit jiwa tak dapat kawin sbb hantaran tinggi so lebih rela jadi pervert, jadi child molestor, Malaysia makin hari makin penuh dgn sampah masyarakat, dari pemimpin sampai rakyat marhain, isu rasuah tak habis habis, pemimpin rasuah, polis rasuah, imigresen rasuah, lawyer rasuah, Hakim Besar rasuah semua orang suka makan rasuah & tengah makan rasuah kat Malaysia sekarang. Jadi, nak elak drp lambakan isu isu tak cekap pihak pihak lain, jalan pintas menunding jari pada mak bapak, kebetulan pulak isu jenayah Nurin terkena pada family orang kurang berada yang hidup sekadar seadanya. Kalau org kaya nanti bilangnya sebab org nak ransom, tp org kaya mana pun siap rumah dgn Post Guard & Guard, kalau anak nak kena culik pun tetap akan diculik, luar pagar ke dalam pagar ke, penjahat sekarang pokok pangkalnya lagi cekap drp polis.

Katalah mentaliti parents Nurin yg rendah menyebabkan Nurin terbiar kalau ikut komen satu Aci yg satu foum member komen tadi, adilkah komen Aci tadi? Rasa saya Aci tadi pun sekadar bagi pengertian Cuai ikut firasat dia. Dia sendiri pun mungkin ada cuai dia dr segi lain bab anak anak tp sebab tak kena pada dia.  

Macam mana pulak makbapak yg sibuk terawih & angkut anak anak diorang sekali ke masjid, sibuk sibuk mak bapak solat, ada anak anak diorang terlepas dr pengawasan sebab bila sembahyang mcm mana nak awas, sekadar bertawakal boleh lah, tiba tiba anak kena culkik masa mak bapak terawih, ada pulak yg tiba tiba main mercun, terbakar tangan, terbakar masjid, yg ni macam mana nak kita istilahkan cuai sedangkan kalau tak bawak ke masjid konon katanya tak lengkap Ramadhan, ugama pun nak, tp kalau dah malang tu malang jugaklah namanya, memang tak berbau.

Pendekata, apa isu pokok kita sekarang???? Perangi Penjenayah atau perangi IBUBAPA???? selesaiakan masalah NURIN dulu kalau cukup masa & tenaga boleh juga selesaikan dua dua isu serentak, tp kebiasaannya kat Malaysia hangat hangat taik ayam ....

Al Fatihah utk Nurin.  Terima kasih Nurin kerana menyedarkan pemimpin Malaysia bahawa Malaysia tak lagi selamat utk kanak kanak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 03:09 PM | Show all posts
pagi tadi rasanya
kat MHI

ada tetamu jemputan
citer pasal akta kanak2
hak kanak2

dan apa definasi cuai

tak dan nak tgk sbb nak p kije dah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 03:33 PM | Show all posts

Reply #21 my-alja's post

itu lah alja, i heran kes spt ini bukan perkara baru tp dah lama.. dan dah byk berlaku akde pulak  mana2 menteri ker atau kerajaan amik tindakan yg perlu sblum ini utk tangani atau  kuarkan  undang2 . La ni baru nak guna undang2 utk dakwa dakwi selepas kes arwah.... .

setuju dgn kata2 u, tak nafikan ada parents yg jenis lepe dan ada juga tersepit dgn keadaan, aritu walau dah kuar kes arwah nurin hilang masih ada budak pompuan 5 tahun tunggu kakak dia abis sekolah kat bus stop sorg2. sbb kat rumah xde org kunci pun xde coz mak pak kerja. masa tuh tak silap i around 10.45 pg. bayangkan nak tunggu abis pukul 12 lebih. itu pun i tak tahu dr pukul brapa dia tercongok kat situ..dah lah tmpat laluan tuh sunyi sepi..hmm ntahlah..

actually i tak brapa setuju psl lanjutan tuh, sbb tanggungjawab anak2 pd ibubapa itu sendiri. bukan terletak sepenuhnya pd guru atau pihak sekolah. sedangkan kes buli di sekolah pun pihak sekolah tak dpt tangani w/pun dah dimaklumkan. alasannya murid2 ramai nak jaga. kalau dah 1 sessi esok tak tahulah mcm mana.

cakap psl paranoid ni Alja & Del, i pun tak terkecuali.. coz skg ni mcm2 hal berlaku so biarlah dorang nak main, main kat rumah..org nak kata i over-protector ker oberdose ker...biorlah.. janji hati i tak gusar
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 10:49 AM | Show all posts

Reply #23 ripleys's post

definasi cuai nie luas bergtg pd isu yg terbabit, bak kata lawyer tu tadilah...dia takleh nak generalise apa yg dikatakan "cuai" dan setiap kes tu sgt unik sifatnya...jadi tak mudah nak tuduh org itu-ini cuai, w/pun ada sifat kecuaian tapi kalo takleh nak babitkan dgn kesalahan, mahkamah akan tolak....plg tidak, dah ada satu titik permulaan utk mak/ayah nie berfikir sejenak sebelum buat benda2 yg sebelum nie bermentaliti.."tak apa"

isu baru camni, memang susah org nak terima....but at some point, we have to start ...dan kes nurin nie betol2 alarm semua mak/ayah yg ada sekarang....awasi anak2 kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2007 03:06 PM | Show all posts
My concern, takut dengan ada akta penjara 2 tahun utk ibubapa cuai ni menyebabkan akan datang kalau ada jenayah yg melanda anak anak seperti culik, rogol, molest, bunuh, sumbang mahram etc etc TAK akan dilaporkan oleh ibubapa yg terlibat kepada Polis sebab nak lari daripada didakwa cuai & penjara 2 tahun. Idea nak dakwa ibubapa cuai ke penjara memang idea yg memberangsangkan tp kita tak mau proposal penjara 2 tahun ni beri withdrawal yg negatif pada aspek sosial & moral masyarakat kita.  Bukan semua org boleh berfikiran positif dlm satu sangkar and bukan semua didikan yg diberi boleh diterima semua orang memandangkan didikan asas drp keluarga pun bukan semua berjaya menuruti.  

Apa yg kita perlu ialah penelitian supaya setiap kes jenayah yg melibatkan kanak kanak tidak terganggu dengan paranoia ibubapa.  Kalau ibubapa dah tak nak laporkan kes pd polis sbb takut didakwa, mcm mana pulak kes jenayah nak dilaksanakan.  Jgn disebabkan satu akta yg kononnya berkesan akan memberi kesan yg negatif pada satu area lain. Penggubal akta kena byk kaji aspek criminology & psychology lebih mendalam. Jangan terburu buru ikut marah masyarkat sebab satu kes yg sangat hangat diperkatakan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 06:10 AM | Show all posts

Reply #27 ripleys's post

yeah gud point gak ripley ....

byk aspek kena diteliti sebelum penggubal akta nak tetapkan sesuatu peraturan...

ermmm....kenal sgt dgn cara org kita berfikir, igt tak kisah anak dara yg kena rogol dlm bas bebarapa thn lepas...akta yg keluar, depa larang semua tinted window ....sekarang, nampaknya cam semua tak kisah plak pasal window nie...

sebab nyamuk seekor, bukan satu kelambu...satu rumah terbakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2007 08:44 PM | Show all posts

Reply #25 Sasha's post

ye la sasha..

me too...

kecut perut kalau teringat balik kes arwah nurin jazlin ni..

sedih pun ada..

nak salahkan kanak2 100% memang tak boleh..budak2 apa lah yang derang faham tentang bahaya dan perkara2 buruk disekeliling mereka..ibu bapa yang bertanggungjawab penuh mengawal anak masing2..org2 sakit jiwa seperti pembunuh arwah nurin ni tunggu mangsa je..pantang leka memang ambil peluang..

arwah nurin jazlin ni adik beradik berapa org ye? 3 ke? tak lah ramai mana pun kan? mother dia housewife ke kerja? kalau housewife ku rasa lebih elok jika anak2 nak beriadah ptg2 diawasi..bukan main lepas gitu je..

actually kes arwah nurin ni bukan kes baru kita dengar, dah banyak sangat kes2 rogol/bunuh melibatkan kanak2 bawah 12 tahun ni terjadi..tapi org2 kita masih ambil sikap tak endah..bila dah jadi mula nak tuding jari sana sini..susah lah..

pasar malam area situ bukan kecil tapi besar..apa yang buat ku rasa sedih bila dengar excuse mother arwah nurin ni..sort of like, 'tak sangka benda ni jadi sebab peniaga2 kat pasar malam tu semua kenal anak dia'..macam nak bagitau since org2 situ kenal anak dia so boleh la serah tanggungjawab keselamatan anak pada derang2 ni...

i really hope dah tak ada benda2 macam gini terjadi kat negara kita..kita semua as parents kena ketatkan lagi mengawasi anak2..sekurang2nya awareness kita terhadap keselamatan anak2 lebih kuat gitu..

now i understand kenapa org2 kat tempat ku tinggal dulu tak beranak ramai..rumah pun sempit..selain population ramai mungkin nak elak anak2 tak terkawal gitu..so tak ada alasan lepas tangan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 10:58 AM | Show all posts
Jangan abai anak-anak jika tidak mahu dipenjara
31-10-2007 05:27:25 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD  

ANTARA berita yang paling menarik perhatian pembaca laman ini sepanjang bulan lalu adalah yang berkaitan kehilangan allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, yang kemudiannya dijumpai mati dalam keadaan mengaibkan.

Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa berita tersebut memberi kesan emosi yang menunjukkan bahawa kesedihan yang ditanggung oleh keluarga Nurin itu turut dikongsi bersama oleh pembaca.

Masakan tidak, sebuah laman blog yang didirikan khas untuk memperingati Nurin telah menerima ucapan takziah bertalu-tali di bahagian komentar pembacanya.

Peristiwa kejam yang dilakukan terhadap kanak-kanak tidak berdosa ini seterusnya telah mengundang reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat, kebanyakannya tertumpu kepada aspek hukuman bagi mengelakkan penjenayah yang berpotensi daripada terus melakukan kejahatan tersebut.

Namun ramai pula yang bangkit menyuarakan bantahan apabila timbul gesaan supaya mengenakan hukuman terhadap ibu bapa yang didapati mengabaikan aspek keselamatan anak-anak kecil mereka, sedangkan peruntukan itu telahpun termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua bahagian siasatan seksual, penderaan dan kanak-kanak Bukit Aman berkata hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana akta tersebut digubal dengan mengambil kira keperluan-keperluan masyarakat.

"Akta ini baru digubal pada 2001, maksudnya ada keperluan pada masa itu untuk hukum ibu bapa yang abaikan kanak-kanak. Tapi bila kita hendak kuatkuasa, ramai yang tidak mahu pula," kata Asisten Komisioner Suguram Bibi Munshi Deen kepada kira-kira 200 orang peserta sebuah forum mengenai keselamatan kanak-kanak yang diadakan dekat sini pada hujung minggu lalu.


Turun padang: Asisten Komisioner Suguram Bibi Munshi Deen menerangkan mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam keselamatan kanak-kanak.
(Semua foto ihsan MLA)

Jelasnya, Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang menyebut elemen hukuman tersebut dengan jelas terhadap ibu bapa atau penjaga yang termasuk dalam kategori: Mana-mana orang yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak.

Hukuman tersebut disediakan ke atas individu "yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian," jelasnya.

Tambahnya, sabit kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Suguram Bibi menjelaskan akta tersebut digubal pada tahun berkenaan memandangkan kes-kes pembuangan bayi banyak berlaku, setelah mengambil kira seruan masyarakat pada masa itu, tetapi isunya sekarang adalah pengabaian ke atas kanak-kanak sekitar 7 hingga 12 tahun.

Jelasnya lagi, akta tersebut masih relevan pada masa kini kerana akta tersebut memperuntukkan perlindungan terhadap kanak-kanak, yang ditakrifkan sebagai sebagai "seorang yang berusia bawah 18 tahun" dan bukan ke atas bayi yang baru lahir sahaja.


Ibu bapa patut dihukum sekiranya mengabaikan kanak-kanak: Rasamani Kandiah
Seorang peguam, Rasamani Kandiah, di forum yang sama menjelaskan keadaan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan, seperti yang diperuntukkan Seksyen 76 akta yang sama.

Salah satu di antaranya adalah keadaan di mana kanak-kanak tersebut telahpun atau menghadapi risiko disakiti secara fizikal, emosional atau diganggu secara seksual -- manakala ibu bapa, penjaganya tidak memberi perlindungan walaupun mengetahui mengenai bahaya tersebut.

Katanya lagi, hal ini jelas dalam kes Nurin di mana kanak-kanak tersebut dibiarkan pergi ke pasar malam seorang diri untuk membeli sesuatu.

"Kita tahu kanak-kanak pada usia itu tidak mampu untuk menjaga dirinya sendiri, tetapi mengapa ibu-bapanya membiarkan anak tersebut keluar seorang diri pada waktu malam?" kata peguam veteran itu.

Seorang pengamal psikologi pula berkata ramai ibu bapa umumnya mengabaikan kanak-kanak kerana tidak berupaya untuk menguruskan stres.

Paul K. Jambunathan menjelaskan, ibu bapa yang mengalami stres biasanya akan cenderung untuk membiarkan anak-anak tanpa perhatian.

"Kecuaian itulah yang boleh menyebabkan anak-anak mengalami kemalangan," kata perunding psikologi klinikal di Pusat Perubatan Sunway itu.

"Kecuaian adalah salah satu petanda bahawa seseorang itu mengalami stres. Jika dahulu seseorang surirumah boleh memotong sayur dengan halus, dia akan potong besar-besar bila dia mengalami stres," katanya.


Paul Jambunathan dimarahi kerana menegur seorang wanita yang mengabaikan anak.

Di forum berkenaan, beliau turut berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang wanita yang sanggup meninggalkan anaknya di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan untuk menyelesaikan urusan bank.

"Jika saya seorang penjenayah, bila-bila masa saja saya boleh larikan kereta itu, bersama anaknya. Jadi saya tunggu di tepi kereta itu selama 20 minit, barulah wanita itu keluar dan berjalan cepat-cepat ke arah keretanya. Saya fikir saya seorang rakyat Malaysia yang prihatin, jadi saya tegur wanita itu kerana tinggal anak kecil di dalam kereta. Tetapi kemudiannya saya pula yang dimarahi," katanya.

"Apa yang lebih penting di sini? Bayar bil atau keselamatan anak?" soalnya kepada peserta forum itu.

Beliau menjelaskan, orang yang mengalami stres juga akan cenderung untuk bertindak agresif dan mengambil tindakan-tindakan yang tidak wajar.

"Hanya sejenis orang sahaja yang tidak ada stres -- orang yang telah mati," katanya kepada peserta forum tersebut, yang rata-ratanya adalah anggota sebuah persatuan wanita -- Multicultural Ladies Association (MLA), dan juga ahli-ahli jemputan Majlis Kebangsaan Persatuan-persatuan Warga Kanan Malaysia (MACSCOM).

Jelasnya lagi, ibu bapa pada masa kini sering menyalahkan stres terhadap faktor-faktor luaran seperti bebanan kerja, "namun sebenarnya stres adalah satu faktor dalaman."

"Apa yang penting, kita mesti berupaya mengenalpasti masalah-masalah yang mengganggu hidup kita dan mencari jalan penyelesaiannya," jelasnya.

Penganjur forum tersebut, Patricia Lum pula menyeru para peserta supaya mendapatkan kaunselor peribadi bagi keluarga masing-masing.


Patricia Lum menyeru setiap keluarga mendapatkan kaunselor bagi membantu menyelesaikan masalah.
Jelasnya, kaunselor ini akan dapat membantu setiap keluarga mengenalpasti masalah yang dialami mereka dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya.

Awal tahun ini, perdana menteri telah melancarkan satu program kaunseling untuk membantu mengurangkan masalah sosial melalui program 'Satu Keluarga, Satu Kaunselor'," katanya.

"Ramai orang suka menyalahkan pihak berkuasa apabila memperkatakan mengenai isu keselamatan kanak-kanak. Tetapi kita lupa, langkah-langkah keselamatan kanak-kanak juga berada di bawah tanggungjawab ibu bapa," kata presiden MLA itu.

Antara objektif utama persatuan yang ditubuhkan pada Jun 2005 itu adalah memupuk persefahaman, kerjasama dan solidariti antara wanita melalui aktiviti-aktiviti dalam komuniti.

Tambahnya lagi, persatuan itu akan mengadakan lebih banyak program kesedaran mengenai pengurusan stres serta keselamatan wanita dan kanak-kanak pada masa hadapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 10:13 AM | Show all posts
Soal Jawab: Simpati sukarkan ibu bapa cuai kena hukum

Tiada takrifan khusus punca hak kanak-kanak dinafi

BARU-BARU ini seorang bayi berusia 18 bulan maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik di rumah kedai Jalan Gadek Off Jalan San Peng, Kuala Lumpur, selepas ibunya keluar bekerja. Selasa lalu, di Melaka seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat empat selepas ditinggalkan ibu bapa yang keluar ke kedai kerana menyangka anaknya tidur. Mengapakah kejadian seperti ini terus berlaku. Wartawan Berita Minggu, Rohaniza Idris menemu bual Naib Presiden Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), Dr Farah Nini Dusuki untuk mendapatkan penjelasan mengenai Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan ibu bapa atau penjaga yang cuai atau membiarkan anak mereka tanpa pengawasan didakwa. Namun, sehingga hari ini tidak pernah kita dengar ada kes seperti ini diseret ke mahkamah.

APAKAH Akta Kanak-Kanak 2001?

Sebelum ada Akta Kanak-Kanak 2001, kita ada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1994 yang lebih memberi perlindungan kepada kes penderaan ke atas kanak-kanak berikutan kes B Balasundram yang berusia 26 bulan mati akibat didera pada 15 Mei 1990. Akta itu dimansuhkan dan peruntukannya dimasukkan ke dalam Akta Kanak-Kanak 2001 yang menambah kekurangan yang ada kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.

Selain Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991, Akta Kanak-Kanak 2001 juga menggabungkan Akta Gadis dan Wanita 1973 dan Akta Juvana 1947.

Akta Kanak-Kanak 2001 ini juga menjadikan perbuatan aniaya, abai, cuai, buang atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal, mental dan emosi suatu kesalahan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali (Seksyen 31).

Akta itu mempunyai lima asas, iaitu menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersangkutan dengannya.

Akta ini mengiktiraf bahawa wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara dengan keadilan sosiol dan pembangunan moral, etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan ekonomi dalam mewujudkan masyarakat Malaysia madani yang bersatu padu, progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan.

Ia juga mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan saja suatu bahagian penting masyarakat, tetapi juga kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu.

Dengan akta ini kita mengakui seseorang kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal, mental dan emosinya, memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul.

Akta itu mengiktiraf bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain.

Bagaimana akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak?

Akta Kanak-Kanak 2001 diwujudkan untuk seluruh kanak-kanak di Malaysia dan digubal untuk mempertahankan hak mereka. Selain itu, ia bukan hanya untuk menghukum mereka yang bersalah, tetapi mendidik masyarakat mencegah kejadian tidak diingini berlaku terhadap kanak-kanak. Sebagai ibu bapa sudah tentu mahu yang terbaik untuk anak masing-masing, tetapi kadang-kadang sesuatu berlaku tanpa diduga yang dilihat sebagai pengabaian atau kelalaian pada pihak ibu bapa sendiri. Akta ini turut menyatakan beberapa hak anak yang menjadi tanggungjawab ibu bapa iaitu:

# Seksyen 30(1)(a) memperuntukkan mahkamah boleh memerintahkan ibu bapa menyempurnakan suatu bon pemeliharaan dan penjagaan yang betul untuk anak mereka dalam tempoh ditetapkan.

# Seksyen 31(1) menyentuh tanggungjawab ibu bapa menjaga kanak-kanak. Ibu bapa boleh dihukum jika gagal menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak yang berada dalam jagaan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Ibu bapa dianggap cuai jika tidak menyediakan makanan, pakaian, perubatan, perubatan pergigian, tempat tinggal dan jagaan anak yang mencukupi serta menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi anak.

# Apabila ibu bapa berusaha mengawal anak mereka, tetapi masih gagal, Seksyen 46 menyatakan ibu bapa boleh memohon kepada mahkamah secara bertulis untuk mahkamah menahan anaknya di suatu tempat perlindungan, asrama atau pusat di atas alasan mereka tidak mampu mengawal anak itu.

# Seksyen 30(8) dan 40(3) menyebut jika mahkamah membuat perintah untuk ibu bapa menyempurnakan bon mahkamah dengan atau tanpa suriti boleh juga meletakkan syarat tambahan untuk memastikan keselamatan anak terjamin dengan cara ibu bapa dengan diiringi oleh anak hendaklah menghadiri bengkel interaktif di pusat tertentu, jika anak diletakkan di tempat selamat, ibu bapa hendaklah melawatnya seperti ditentukan mahkamah dan jika anak diletakkan di tempat tertentu, maka ibu bapa hendaklah berjumpa dengan guru atau guru besar sekolah untuk berbincang mengenai perkembangan anak mereka sebulan sekali.

# Seksyen 88 menyatakan ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab hadir ke mahkamah sebelum kes didengar atau ketika prosiding kes membabitkan anak mereka. Kegagalan berbuat demikian jika diperintahkan mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali.

# Seksyen 90(11) pula memberi ruang kepada ibu bapa membuat permohonan pengurangan denda (mitigasi) atas hukuman yang dikenakan mahkamah terhadap anak mereka. Ibu bapa atau penjaga boleh merayu kepada mahkamah bagi hukuman yang bakal dijatuhkan itu ringan dan setimpal dengan kesalahan kanak-kanak itu.

# Jika mahkamah menjatuhkan hukuman rotan ke atas anak mereka, maka Seksyen 91(1)(g) menyatakan ibu bapa bertanggungjawab hadir ketika anak dirotan. Mereka hendaklah menyaksikan anak mereka ketika dirotan.

# Jika seorang kanak-kanak didakwa atas kesalahan yang boleh dihukum dengan denda dan membayar pampasan, kos atau keduanya, Seksyen 94 memperuntukkan mahkamah hendaklah memerintahkan ibu bapa atau penjaga membayar denda, pampasan atau kos atau semuanya, kecuali mahkamah berpuas hati bahawa ibu bapa atau penjaga tidak ada atau tidak ditemui pada masa munasabah dan mereka tidak menyumbang kepada perlakuan kesalahan jenayah itu kerana cuai menjaga anak dengan sempurna.

Apakah yang dimaksudkan dengan kecuaian dan pengabaian?

Kecuaian ataupun pengabaian tidak ditakrifkan secara khusus mengikut akta, tetapi ada dua implikasi yang timbul daripada apa yang boleh kita katakan kecuaian atau pengabaian terhadap kanak-kanak.

Pertama, jika seseorang ibu bapa atau penjaga didapati sudah abai untuk mengadakan pemeliharaan yang mencukupi untuk kanak-kanak maka kanak-kanak itu di bawah Seksyen 17 dikatakan memerlukan perlindungan dan pemeliharaan, maka di dalam keadaan ini pelindung iaitu pegawai kebajikan masyarakat dapat mengambil kanak-kanak berkenaan ke dalam jagaan sementara sehingga mahkamah memutuskan tindakan selanjutnya. Ia memungkinkan pihak berkuasa mengambil alih penjagaan kanak-kanak itu jika mahkamah berpuas hati penjaga tidak berkelayakan untuk menjaga kanak-kanak berkenaan. Jika terbukti mana-mana ibu bapa melakukan pengabaian dan terbukti bersalah ia boleh didenda sehingga RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Kategori ini selalunya terpakai dalam kes dengan kanak-kanak terabai hingga tidak mendapat makanan dan minuman serta pendidikan secukupnya.

Kedua, konteks di mana kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan yang berpatutan. Seksyen 33 memperuntukkan di mana seseorang ibu bapa atau penjaga yang didapati meninggalkan kanak-kanak tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan yang berpatutan dan selama tempoh tidak berpatutan atau dalam keadaan yang tidak berpatutan mereka dianggap melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kategori inilah yang mungkin diguna pakai bagi kes yang mengakibatkan kejadian tidak diingini seperti kemalangan di rumah dan yang membolehkan kanak-kanak hilang dan sebagainya. Peruntukan ini sebenarnya bukan untuk menghukum semata-mata, tetapi lebih berbentuk pencegahan, bertujuan memastikan ibu bapa supaya lebih prihatin dengan keadaan semula jadi kanak-kanak yang tidak cukup matang untuk menghadapi keadaan yang mendesak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 10:14 AM | Show all posts
Bagaimana dengan kes kemalangan membabitkan kanak-kanak seperti ibu bapa tinggalkan anak di rumah dan anaknya jatuh atau kemalangan berlaku ketika anak ke sekolah?

Ini adalah soalan dalam dua konteks berbeza. Pertama - senario kemalangan ketika ketiadaan ibu bapa atau orang dewasa seperti inilah yang ingin kita elakkan dengan adanya peruntukkan Seksyen 33 di atas. Kanak-kanak, disebabkan ketidakmatangannya dari segi fizikal, mental dan emosinya memerlukan pemantauan ibu bapa atau orang dewasa. Oleh itu, kita tidak boleh mengambil mudah dan berserah kepada takdir bahawa anak ditinggalkan di rumah dapat menjaga diri sendiri atau lebih berat lagi, adik yang masih kecil. Di mana kita tidak mampu mengadakan pembantu untuk mengawasi anak, maka bantuan mesti diminta daripada jiran tetangga. Masyarakat sekarang semakin kompleks, tetapi institusi keluarga menjadi semakin nukleus. Dulu jarang kita dengar kejadian kemalangan di rumah kerana sentiasa ada orang tua di rumah, jika tidak nenek mungkin emak saudara yang menumpang tinggal bersama. Sekarang konsep keluarga luas (extended family) bukanlah suatu yang lazim kita dengar, maka ibu bapa dan apabila terdesak untuk mencari rezeki kedua-duanya sekali akan menghadapi kesukaran dalam mengadakan penjagaan yang sewajarnya untuk anak. Tetapi dalam kesukaran ini kita tidak boleh mengambil mudah kerana anak disebabkan kematangan mereka yang terhad mungkin terdedah kepada sebarang kemungkinan apabila ditinggalkan seorang diri. Itu perlunya kita menguatkuasakan undang-undang yang ada supaya ibu bapa atau penjaga lebih peka dan prihatin, justeru dapat menghindari tragedi yang kita dengar saban hari.

Konteks kedua � kemalangan berlaku ketika anak ke sekolah. Di dalam hal seperti ini memanglah tidak ada undang-undang yang terbabit melainkan jika berlaku kemalangan kereta dan pemandu yang cuai itu boleh disabitkan. Di dalam konteks yang biasa di mana anak berjalan kaki ke sekolah atau berbasikal lalu berlaku kemalangan. Ini juga dapat dihindari jika anak dididik untuk mementingkan ciri keselamatan. Contohnya, jika berjalan kaki jangan berjalan seorang diri. Sekurang-kurangnya mesti tiga empat orang. Berjalan pula jangan mengikut jalan pintas yang sunyi, sentiasa gunakan jalan ramai orang. Bila berbasikal, biar ada kawan, tetapi jangan pula bawa bersaing-saing. Jika menaiki bas atau van pula, pastikan pemandu seorang yang bertanggungjawab mengambil anak di depan pagar sekolah dan bukannya di hujung lorong dan menghantar pula di depan rumah dan menunggu hingga anak masuk ke rumah. Ini serba sedikit 'tip' yang boleh dipakai untuk memastikan keselamatan anak terjamin. Paling penting, sikap ibu bapa mesti meletakkan kebajikan anak sebagai keutamaan. Kadangkala, jika diamati, di dalam 'kesibukan' kita, kita meletakkan 'convenience' atau kesenangan kita terdahulu. Ini patut dielakkan.

Definisi kecuaian sehingga ibu bapa boleh dikenakan tindakan di bawah akta kanak-kanak ini?

Secara khusus agak sukar kerana peruntukan yang disebut tidak pernah dikenakan di mahkamah jadi garis pengukur tidak dapat dibuat sebagai satu anggaran. Contohnya, maksud 'penjagaan yang sepatutnya' mengikut undang-undang. Apa itu sebenarnya hanya boleh diselesaikan dan ditentukan di mahkamah apabila ada kes yang dihadapkan, maka mahkamah terpaksa menentukan bahawa sesuatu keadaan itu boleh dikatakan satu pengabaian ataupun tidak.

Bagi pihak berkuasa tindakan sukar diambil kerana ada konflik antara menjalankan tugas dengan simpati dengan apa yang berlaku. Konflik ini menyebabkan hak kanak-kanak dinafikan dan objektif mewujudkan akta ini bagi pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak di negara ini tidak akan tercapai.

Bagaimanapun, saya suka memberi senario yang mana boleh dikatakan cuai atau sebaliknya.

Contohnya, adakah ibu bapa meninggalkan anak dalam kereta ketika keluar membeli barang atau tidak memegang tangan anak ketika berjalan dengannya di jalan raya atau ketika membeli-belah juga dikira pengabaian.

Bagaimana pula dengan ibu bapa meninggalkan kanak-kanak di rumah seorang diri atau tanpa diawasi orang dewasa begitu juga kes meninggalkan anak dalam rumah dan menguncinya dari luar, adakah ia satu kesalahan, terutama apabila berlaku tragedi seperti kebakaran.

Kebiasaannya, apabila timbul kes seperti ini kita sudah lupa kepada kes kecuaian yang dilakukan ibu bapa kerana secara spontan kita menyatakan simpati dan menghulur bantuan. Kita akan mengatakan 'takdir' dan pasrah dengan kehendak Allah sedangkan apa yang berlaku kerana kecuaian ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka.

Persoalannya, sampai bila kita akan terus membiarkan ibu bapa yang cuai ini terlepas begitu saja. Adakah kejam jika kita mendakwa mereka ini? Bagaimana pula nasib anak yang lain apabila ibu bapa mereka didakwa?

Kegagalan mengambil tindakan juga bermakna peruntukan undang-undang sedia ada tidak akan dilaksana atau dikuatkuasakan sepenuhnya. Saya khuatir, jika tidak dikuatkuasakan ibu bapa akan terus mengabaikan kebajikan anak sama ada disedari atau tidak. Saya percaya jika ada yang dikenakan tindakan ini, ia akan menjadi pengajaran kepada semua dan dapat meningkatkan kesedaran mengenai masalah pengabaian anak.

Namun, perlu ditegaskan bahawa hukuman saja tidak berkesan jika masyarakat tidak mencegah pemasalahan ini daripada terus berlaku. Pada masa sama, mahu ditegaskan saya juga kurang setuju jika kita mengenakan tindakan ke atas mereka yang bersedih atas kehilangan anak masing-masing. Kita kena ingat bahawa Akta Kanak-kanak 2001 diwujudkan bukan hanya untuk menghukum mereka yang bersalah, tetapi mendidik masyarakat mencegah kejadian tidak diingini berlaku terhadap kanak-kanak.

Saya percaya sebagai ibu bapa sudah tentu mahu yang terbaik untuk anak, tetapi kadang-kadang sesuatu berlaku tanpa diduga yang dilihat sebagai pengabaian atau kelalaian pada pihak ibu bapa sendiri.

Bagaimana dalam kes kehilangan seperti yang berlaku ke atas adik Nurin dan Sharlinie. Bolehkan kita katakan ibu bapa mereka cuai?

Dalam kes kehilangan ini sukar sedikit menentukan sama ada ibu bapa itu cuai atau tidak. Pihak berkuasa perlu meneliti kes sebelum mengambil tindakan lanjut. Dalam Akta Kanak-Kanak 2001 � Seksyen 31 (1) menyatakan mana-mana orang, atau orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak � (a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau (b) yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Namun, pada saya kita kena lihat latar belakang kes. Contohnya, jika kanak-kanak hilang kerana keluar berseorangan ke pasar malam tanpa pengetahuan ibu bapa, ini tidak boleh dikatakan ibu bapa cuai kerana selama ini ibu bapanya tidak membenarkan anaknya keluar berseorangan. Ia berbeza dengan kes yang mana ibu bapa selalu meninggalkan anak dan tidak mengawasi anak serta membenarkan anak keluar berseorangan, maka mereka boleh dikatakan cuai. Ini yang saya katakan tadi kita kena tengok kepada kes yang menimpa kanak-kanak itu.

Setakat ini belum ada tindakan diambil terhadap ibu bapa. Adakah ini disebabkan tidak ada peruntukan undang-undang atau kelemahan pihak berkuasa?

Akta Kanak-Kanak 2001 adalah menyeluruh, tetapi ia tidak menjamin perlindungan kanak-kanak secara optimum. Seperti saya katakan sukar pihak berkuasa menjalankan tugas, walaupun peruntukan sudah ada. Saya fikir mungkin kita kena juga mengambil tindakan sebagai pengajaran supaya pada masa depan kejadian dan kelalaian yang sama tidak berulang.

Saya tahu bagi kes cuai dan abai ini, pihak berkuasa masih teragak-agak mengambil tindakan. Namun, kena ingat undang-undang tidak memilih siapa yang akan dikenakan tindakan. Jika benar ibu bapa cuai, mengabai atau menganiaya, mereka juga patut dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.169263 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list