CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5637|Reply: 15

Kes saman ~ mak bapak vs anak2 ~

[Copy link]
Post time 20-4-2007 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Syariah: Saman anak, menantu
Oleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]

SEREMBAN: Sepasang suami isteri warga emas memfailkan beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah di sini, dengan mendakwa seorang anak kandung serta suaminya memungkiri janji untuk menjaga kebajikan mereka.

Pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, selaku plaintif pertama dan kedua memfailkan tuntutan itu dua minggu lalu dengan menamakan anak kelima mereka, Raja Suzana, 37, serta suaminya, Zulazli Hashim, 41, sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan, mereka menyatakan pada sekitar Ogos 1971, Kassim dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan di sini.

Pasangan itu kemudian mendirikan sebuah rumah di situ dan membesarkan anak mereka seramai lapan orang, termasuk Raja Suzana.

Pernyataan tuntutan itu turut menyebut Raja Suzana dan Zulazli mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, Kassim bersetuju memindah milik tanah itu kepada anak dan menantunya itu selepas berjanji, antara lain menanggung makan minum dan membenarkan mereka tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, dakwa plaintif, defendan memungkiri janji itu dan mengabaikan kebajikan mereka.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu, tetapi layanan yang diberikan defendan amat mengecewakan.

Kemuncaknya, plaintif diusir keluar dari rumah itu oleh defendan pada akhir Oktober tahun lalu.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan terdapat insiden Raja Suzana melakukan kekasaran terhadap Fatimah menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Mereka kini tidak lagi tinggal bersama defendan, sebaliknya hidup dengan seorang anak lain.

Pernyataan itu turut menyebut, keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan juga gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah.

Berikutan itu, Kassim dan Fatimah menuntut Raja Suzana dan Zulazli memberi nafkah selama hayat mereka; dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru selama hayat; diberi kebebasan untuk bergerak secara munasabah dan melakukan aktiviti masing-masing di rumah itu serta kawasan persekitaran.

Mereka turut menuntut diberi kebebasan untuk anak lain melawat pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat; defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta apa-apa relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Menurut peguam plaintif, Haniff Hassan, anak guamnya dan defendan bersetuju mengadakan perbincangan sulh yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, perbincangan itu tidak dapat diadakan kerana Raja Suzana tidak hadir dan kes berkenaan ditangguhkan kepada 17 Mei depan.

>Fakta kes

Plaintif:
>Kassim Othman, 72, (bapa)
>Fatimah Salleh, 64, (ibu)

Defendan:
>Raja Suzana, 37, (anak ke-5)
>Zulazli Hashim, 41, (menantu)

Antara tuntutan:
>Beri nafkah selama hayat
>Diizin tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru selama hayat
>Diberi kebebasan bergerak secara munasabah
>Diberi kebebasan untuk anak lain melawat pada bila-bila masa
>Defendan menghormati dan menjaga kebajikan plaintif

[ Last edited by  Syd at 13-5-2007 11:03 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2007 05:13 PM | Show all posts
padan muka defendant tu ......eye for an eye
Reply

Use magic Report

bdbb This user has been deleted
Post time 23-4-2007 01:35 AM | Show all posts
kali ni baru anak2 tu tahu









bdbb = buret darsita berkulat berterusan.
bila Darsita delete thread, buret nya mengemut ngemut tanpa
henti tanda riang ria.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 02:26 PM | Show all posts
aku rasakan...ini mesti kes anak kesayangan ni..

Si Kasim ni kan ada anak2 yg lain...kenapa pulak dinafikan

hak bersama anak2 yg lain terhadap tanah tersebut..?

Ni mesti dok pilih kasih antara anak...dan,

Allah telah menunjukkan kebenarannya seawal di dunia lagi..

Tak mustahil....

ff:

Bdbb apasal aku tengok footnote ko tu semacam je..?
Bdbb/embunpagi org yg sama ke..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2007 11:03 AM | Show all posts
Ibu tuntut semula tanah saman dua anak


KANGAR: Seorang ibu yang lumpuh memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, untuk menuntut semula sebidang tanahnya daripada dua anak perempuannya.

Pah Abdull, 76, menamakan dua anaknya hasil daripada perkahwinan keduanya, Norsiah Yob, 43 dan Norini Yob, 40, sebagai defendan dalam saman yang difailkan peguam Nor Hisyam Ahmad.

Pah menghidap penyakit misteri yang menyebabkan beliau lemah dan lumpuh sejak empat tahun lalu turut hadir di mahkamah, tetapi hanya berbaring di dalam van yang diletakkan berhampiran mahkamah.

Dua anaknya hasil perkahwinan pertama, Azmi Abdul Majid dan Rosinah Abdul Majid mewakili Pah ketika berurusan dalam kamar Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Dalam afidavitnya, Pah menuntut semula tanah sawah 2.56 hektar yang sebelumnya dimiliki beliau.

Beliau mendakwa Norsiah dan Norini memperdayakannya supaya membahagikan tanah itu yang terletak di Kampung Tok Pulau, Sanglang, antara mereka bertiga (Pah, Norini dan Norsiah).

Pah mendakwa akibat tindakan mereka, tanah berkenaan dibahagikan secara hibah iaitu kaedah pembahagian harta secara sukarela oleh ibu bapa kepada anak.

Beliau mendakwa, pada 17 Mac 2003, Norsiah dan Norini membawanya ke Pejabat Tanah dan Galian Perlis untuk menurunkan cap jarinya bagi membahagikan hak milik harta itu antara mereka bertiga.

Norsiah dan Norini menjaga Pah ketika dia menghidap penyakit itu.

Pah berhasrat mengambil balik tanah itu dan membahagikannya kepada semua anaknya termasuk Norsiah, Norini serta lima yang lain hasil perkahwinan pertamanya.

Mohd Sofian menetapkan 21 Jun ini untuk perbicaraan bagi membolehkan kedua-dua defendan mendapatkan khidmat peguam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2009 10:32 AM | Show all posts
‘Tak mampu sara ibu bapa’
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]

SEREMBAN: Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya kerana tidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarganya.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank, termasuk pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanya dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak.

Raja Suzana berkata demikian dalam perbicaraan untuk membuat taksiran mengenai kemampuannya membayar nafkah sepanjang hayat kepada ibu dan bapanya.

Tahun lalu, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya, terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan ibu bapanya mendiami rumah di Kampung Jiboi Baru yang sudah dijual kepada orang lain, tetapi disewakan semula dengan sewa dibayar Raja Suzana.

Pada April 2007, Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isterinya, Fatimah Salleh, 64, kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim menyatakan beliau dianugerahkan sebidang tanah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, pada Ogos 1971 serta mendirikan sebuah rumah dan membesarkan lapan anak, termasuk defendan pertama.

Pada 1993 Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pernyataan tuntutan turut menyatakan defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Raja Suzana juga didakwa gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal melaksanakan tanggungjawab menafkahi plaintif iaitu nafkah furu'.

Hakim kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk membuat taksiran yang sama terhadap suaminya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2009 12:07 PM | Show all posts
isk isk iskkkkk
apa la jenis anak cengginie....

mintak dijauhkan ler.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 05:51 PM | Show all posts

Reply #5 Syd's post

dapat ko kesinambungan citer ni ek... gaji wife 4k.. katakan laki dia pun 4k... masih tak cukup.... huhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2009 12:34 AM | Show all posts

Balas #8 ryo_takahashi1\ catat

berapa banyak nak cukup daa...
dari apa yang aku paham,anak tue jual tanah yang bapak dia dah kasik tue and then org tue sewakan balik kat dia...
nak duit cash la tue rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 12:21 PM | Show all posts
bapaknya namakan anak 'raja'. padahal bukan keturunan pun. tu yg anak dia nak jadi raja tu.

gaji 4000 tak cukup nak bagi parents? kereta sampai 3.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:56 AM | Show all posts
tulaahh heran aku...
xkan gaji 4000 xcukup lagi nk bg parent..kalu bg 50,200,300
terjejas sgt ke gaji tu....dhlaa anak pompuan..bkn laki yg kena tanggung family semua...
keta siap 3....
ambik insurans pelbagai...

agaknyer duit slalu xcukup sbb tak berkat..
nak kasi berkat bglaa duit tu kat mak ayah walaupun skit..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 04:17 PM | Show all posts

Reply #11 nurulda's post

byk komitmen kot....tp kalau cam gini la gayanya....gaji RM20K sebulan pun tak cukup2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 12:38 AM | Show all posts
minta dijauhkan dr terjadi..amin
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 12:48 AM | Show all posts
sambung sikit lagi..

tak silap aku..dulu aku pernah dengar pepatah/bidalan org melayu

" ibubapa mampu dan berupaya utk membela anak-anak2 tak kira seramai manapun tetapi belum pasti semua anak2nya itu boleh menjaga  kedua-dua ibu bapa kembali.."

so layanilah semua anak anda dgn seadil-adilnya kerana kita tidak tahu masa hadapan kita nanti..jgn dok amalkan pilih kasih ke apa ..

kita jugak sama-sama beringat dan ambil berat terhadap kedua ibubapa kita..semoga berita cengini tidak lagi berlaku .amin..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 02:07 AM | Show all posts
memang patut kena saman..orang tua kt kampung pun da pintar la ni..harga yg perlu dibayar oleh anak adlh harga dirinye sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
this kes tgh naik kat threds.. hari ni benang tu hilang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 104456 Replies : 1061
Kim Seri mohon maaf, janji bayar semula duit pelanggan
maklukpenggodaKim Seri mohon maaf, janji bayar semula
Views : 19667 Replies : 101
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
YgBenarWanita sedih bayinya masuk wad gara-gara
Views : 32081 Replies : 64
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 346035 Replies : 9109
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 20277 Replies : 233
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 57752 Replies : 282
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 57126 Replies : 19
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 38062 Replies : 77
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3949 Replies : 55
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 51734 Replies : 196

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068479 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list