View: 5986|Reply: 6
|
Perniagaan Cendawan Tiram
[Copy link]
|
dooku This user has been deleted
|
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Ada sesiapa disini yang telah terlibat dengan penanaman cendawan secara komersil. Saya amat berharap kepada mereka-mereka yang terlibat boleh la berbincang disini tentang penanaman cendawan yang terkini , kaedah pemasaran dan juga keuntungan.
Semoga sumbangan dan nasihat anda dapat mewujudkan lebih ramai lagi usahawan cendawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dooku's post
dari berita harian 16/10
Edisi Timur: Cendawan dapat sambutan
Oleh Wan Faizal Ismayatim
Pasangan muda di Kampung Rahmat gigih usaha tanaman sejak tahun lalu
turut pelbagaikan produk berasaskan kulat
KUALA KRAI: Suatu ketika dulu, perusahaan tanaman cendawan hanya
dijalankan oleh masyarakat Cina yang menggemari tumbuhan ringkas tanpa
akar dalam hidangan mereka.
Namun, perubahan masa dan selera rakyat negara ini menyaksikan
permintaan cendawan kini semakin meluas meliputi semua lapisan
masyarakat termasuk penduduk Melayu di luar bandar.
Meskipun fizikalnya ringkas, cendawan mempunyai keistimewaannya
tersendiri kerana spesies kulat ini dikatakan mampu mengurangkan
kandungan gula dan menambah insulin dalam darah.
Selain itu, ia juga dikatakan mampu membunuh beberapa virus pembawa
penyakit berjangkit selain berperanan sebagai ejen mempertahankan badan
dari serangan barah.
Bagaimanapun, tidak semua cendawan boleh dimakan kerana sebahagiannya
mempunyai racun. Antara spesies digemari masyarakat negara ini ialah
cendawan tiram dan telinga kera (Auricularia Polytricha)
Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur.
Malah, masyarakat negara ini sudah biasa dengan masakan berasaskan
cendawan seperti sup cendawan dan nasi goreng cendawan.
Menyedari permintaan cendawan meliputi semua lapisan masyarakat,
sepasang suami isteri dari jajahan ini nekad mengusahakan tanaman
cendawan bagi menyara kehidupan.
Pasangan suami isteri yang berkelulusan kejuruteraan dari Universiti
Kanazawa, Jepun, Rozain Ismail, 29 dan isterinya, Zariah Ibrahim, 29,
sanggup meninggalkan jawatan di kilang yang menawarkan gaji lumayan
semata-mata menceburi perusahaan cendawan.
Menerusi syarikatnya, Rozeria Enterprise, yang beroperasi di Kampung
Rahmat, Kuala Krai, sejak lebih setahun lalu, mereka bukan setakat
memasarkan cendawan segar, sebaliknya mempelbagaikan produk berasaskan
tumbuhan itu.
Inovasi mereka terhadap cendawan membawa kepada penghasilan produk sejuk
beku berasaskan cendawan dalam bentuk bebola nugget, popia berkrim dan
tempura.
Walaupun produk sejuk beku cendawan ini masih baru di negara ini,
potensi memajukannya cukup besar dan mampu memberi pulangan lumayan jika
diusahakan secara komersial.
Rozain berkata, idea menghasilkan nugget, popia krim dan tempura
cendawan bermula ketika beliau menuntut di Jepun apabila melihat
kegilaan masyarakat negara matahari terbit itu menikmati makanan
berasaskan cendawan.
"Mengambil pengalaman itu, saya dan isteri menghasilkan produk sejuk
beku cendawan dan kini mendapat sambutan menggalakkan apabila dipasarkan
di sekitar Kuala Krai dan beberapa kawasan lain di Kelantan.
"Nugget cendawan adalah ciptaan kami sendiri dengan campuran kentang dan
daging, manakala popia krim cendawan adalah penghasilan popia segera
yang berintikan krim dan cendawan.
"Tempura pula adalah cendawan celupan tepung yang sesuai dijadikan
hidangan petang dan rasanya enak seperti isi udang," kata bapa kepada
tiga anak yang masih belum bersekolah itu.
Selain mengusahakan produk sejuk beku cendawan, pasangan usahawan muda
itu turut mengusahakan tanaman cendawan tiram dan telinga kera secara
komersial dalam rumah cendawan di kawasan rumah mereka.
Dengan modal permulaan RM15,000, mereka mengusahakan lebih 10,000 beg
cendawan dalam bangsal berdinding pelepah buluh dan beratap rumbia sejak
Mac tahun lalu.
"Walaupun masih baru, kami menempuhnya sebagai satu cabaran apatah lagi
menyahut seruan kerajaan yang mahu melihat golongan belia bekerja
sendiri sebagai usahawan tanpa terlalu bergantung pada kerja makan gaji.
"Berikutan permintaan dan hasrat memperluaskan pemasaran, kami merancang
pembinaan sebuah lagi rumah cendawan dengan kapasiti sama bagi meningkat
pengeluaran dalam tempoh terdekat," katanya.
Rozain berkata, usaha menanam cendawan tidaklah serumit seperti
disangka, malah menyeronokkan kerana hasilnya boleh dikutip secara
berterusan selama tiga bulan.
Katanya, bahan asas digunakan habuk kayu, dedak padi serta kapur
pertanian yang digaul dengan air sehingga basah untuk menghasilkan
medium cendawan.
Seterusnya, medium cendawan itu dipadatkan dalam beg plastik dan ditutup
sebelum menjalani proses kukus atau steril bagi membunuh organisma dan
kuman yang ada dalam medium cendawan.
"Proses seterusnya ialah menjalankan kerja penyuntikan benih sebelum
disusun atas rak dalam rumah cendawan yang memerlukan cahaya lemah dan
sekata bagi mengelakkan pertumbuhan terbantut jika terkena cahaya
berlebihan.
"Selepas tiga bulan, spora akan terbentuk dalam beg cendawan dan
mengembang memenuhi beg. Penutup beg akan dibuka bagi membolehkan
cendawan tumbuh sepenuhnya," katanya yang dibantu pekerja sambilan
terdiri remaja di sekitar kampung.
Beliau berkata, sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram setiap kali
dituai dan setiap beg mengeluarkan hasil berulang kali selama tiga bulan
sebelum hasilnya berkurangan dan perlu ditukar dengan medium baru. |
|
|
|
|
|
|
|
saya cuma ingin nak membantu..boleh dapatkan maklumat dan panduan dari rakan saya ini..seorang usahawanita cendawan yang gigih!!..saudari fatisha http://siswazah-tani.blogspot.com/TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 tamingSari's post
Kami usahawan bumiputera berdaya saing menawarkan Kursus Tanaman
Cendawan Tiram secara terus dari ladang.
Kursus intensif satu hari yang lengkap teori dan praktikal diajar
terus dari ladang dan anda akan diberikan :
1- Nota lengkap + vcd
2- Beg/bongkah cendawan berbenih yg anda proses sendiri
3- Baja E.M. (Efektif Microb - teknoloji Jepun)
4- Khidmat nasihat selepas kursus
5- Makanan disediakan
Sila lawati ladang kami di :
Lot 225 Lorong Bistari 5
Kg Sri Aman, Bt 13 Jalan Klang,
Puchong, Selangor
atau hubungi terus En. Zulkifli 019-2071743
Terima Kasih
www.sabakagro.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
dalam MAjalah 3 minggu lepas ada tunjuk pasal penanaman cendawan ni. Ada satu company tak tahu namanya IUD ke apa, buat kursus kat Tanjung Malim. Dia akan tunjukkan semuanya yg berkaitan dgn penanaman ni start dari buat building dia sampai hal2 menyediakan beg cendawan, benih dsbg. Tak tahu le berapa dia charge.
Ada 2 perkara kalau siapa dapat share:
-berapa modal set up, sb kata orang dlm M3 tu modal besar sikit tp tak cakap pulak dlm range berapa.
-macamana kita nak pasarkan cendawan tu. Dalam M3 tu ditunjukkan kakak tu jual sendiri ke pekedai di pasar. Takde orang tengah.
One good thing, katanya harga cendawan tak pernah turun walaupun harga sayur lain flactuate. Dalam Rm6-RM9 sekilo. Dan pengusaha boleh dalam dalam Rm6k sebulan (tk tahule besar mana penanamannya). |
|
|
|
|
|
|
|
sy tgh on da way nk tanam cendawan nie...tp lebih kpd contract farmer...beli bolibag yg dh ade benih...hya letak kt umah cendawan yang kita dh buat...tgu 3 bln kemudian tuai...ader 2 option.. hasil kt jual blk pd farmer yg bekalkan polibeg ..atau kt pasarkan sendir...skrg br tau nikmatnya jd anak FELDA. mcm2 depa nk bantu...sy dpt SIUF..BKN SY YG CR..DEPA YG DUK CR KITA...BERSYUKUR SGT..REZKI DR TUHAN BAK KT MAWI hehehe...tp yg penting kna ader rekod baik la..mcm sy graduan yg blk ke kg..semata2 nk wat biz...join belia n etc..kira berbakti la..pd nusa dan bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
sy tgh on da way nk tanam cendawan nie...tp lebih kpd contract farmer...beli bolibag yg dh ade benih...hya letak kt umah cendawan yang kita dh buat...tgu 3 bln kemudian tuai...ader 2 option.. hasil kt jual blk pd farmer yg bekalkan polibeg ..atau kt pasarkan sendir...skrg br tau nikmatnya jd anak FELDA. mcm2 depa nk bantu...sy dpt SIUF..BKN SY YG CR..DEPA YG DUK CR KITA...BERSYUKUR SGT..REZKI DR TUHAN BAK KT MAWI hehehe...tp yg penting kna ader rekod baik la..mcm sy graduan yg blk ke kg..semata2 nk wat biz...join belia n etc..kira berbakti la..pd nusa dan bangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|