|
Tuesday, March 13, 2007
KONSERT 3 DIVA
SRIKANDI BAKAL TUNJUK HEBAT DI BUKIT JALIL
Berita Harian
Santai : 13 Mac 2007
SEBELUM ini, nama-nama besar dalam industri hiburan Indonesia, Ruth Sahanaya, Kris Dayanti dan Titi DJ, berjaya menghimpunkan seramai 5,000 peminat-peminat mereka di Jakarta menerusi 'Konsert 3 Diva'.
Dari kota Jakarta, konsert mega tersebut diteruskan ke tiga wilayah Indonesia yang lain - Bali, Bandung dan Surabaya.
Kini, kehebatan ketiga-tiga penyanyi Indonesia itu, Ruth, Kris dan Titi, bakal dipentaskan di Malaysia buat pertama kalinya pada 25 Mac ini bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil khusus untuk peminat-peminat di Malaysia dan Singapura.
'Konsert 3 Diva', anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd, ini seolah-olah menyatukan semula ketiga-tiga sahabat dan memberi ruang untuk mereka mempamerkan kekuatan vokal masing-masing di pentas Stadium Putra, Bukit Jalil.
Sebelum ini, ketiga-tiga mereka pernah dipertemukan dalam satu persembahan berskala sederhana pada 2001.
Penulis difahamkan idea untuk menggabungkan semula ketiga-tiga penyanyi tersohor itu diilhamkan oleh suami serta pengurus Ruth sendiri iaitu Jeffry Waworunthu.
'Konsert 3 Diva' itu nanti akan digegarkan dengan rangkaian petikan lagu-lagu daripada himpunan album individu ketiga-tiga penyanyi itu yang masing-masing bakal dipersembahkan dengan iringan penyusun muzik dan komposer terkenal dari Indonesia, Erwin Gutawa, serta Eddie Marzuki dari Malaysia.
Sewaktu pelancaran 'Konsert 3 Diva' yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini, penyanyi Kris Dayanti, 32 tahun, menjelaskan kepada pihak media:
'Konsert ini memerlukan stamina tinggi dan sesi latihannya juga sangat panjang. Namun, kami bersyukur kerana tawaran untuk beraksi di Kuala Lumpur akhirnya kunjung tiba. Pastinya persiapan kali ini lebih matang kerana kami sudah melalui pengalaman itu.'
Tambah Kris Dayanti lagi, konsert itu akan menjadi malam pertemuan semula yang sangat bererti buat mereka bertiga dengan para peminat mereka di sini.
Ruth atau lebih dikenali dengan panggilan mesranya, Uthe, pula mengatakan persiapan rapi tetap dititikberatkan meskipun mereka sudah melalui empat pengalaman sewaktu konsert tersebut dianjurkan di Indonesia.
Kata Ruth, yang mempunyai 20 tahun pengalaman menyanyi:
'Kami melalui sesi latihan yang sangat ketat. Sebahagian daripada konsep persembahan malam itu dikekalkan. Namun, sebahagian lagi diberi sedikit perubahan untuk disesuaikan dengan suasana dan cita rasa peminat di Malaysia. Paling istimewa, konsert ini menyatukan pemuzik dua negara dan ia begitu membanggakan kami.'
Peminat-peminat Singapura yang ingin mengikuti rombongan menyaksikan 'Konsert 3 Diva' secara eksklusif boleh menghubungi ejen jualan pakej tersebut di Singapura, Workheart, di talian 8169-3022.
Pakej rombongan termasuk penginapan hotel, pengangkutan serta tiket bagi menyaksikan 'Konsert 3 Diva' di Stadium Bukit Jalil. - Oleh FREDA HASSAN
[ Last edited by LimaWira at 19-3-2007 09:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
(DARI kiri) Dayang Nurfaizah, Nurul dan Noryn Aziz diundang menjayakan Konsert 3 Diva di Stadium Putra Bukit Jali, Kuala Lumpurl pada 25 Mac ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Nie ala2 macam nak tiru dreamgirls jer nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
a'a yealah............ |
|
|
|
|
|
|
|
3 Diva Tunai Janji Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
Penonton di Stadium Putra puas gabungan mantap penyanyi Indonesia
GABUNGANkemantapan vokal penyanyi dan kehebatan persembahan muzik membolehkanKonsert 3 Diva membabitkan penyanyi terkemuka Indonesia, Krisdayanti,Ruth Sahanaya dan Titi DJ muncul antara konsert terbaik dan memberikankepuasan kepada kira-kira 5,000 penonton yang membanjiri Stadium PutraBukit Jalil, Ahad lalu.
Tiga artis wanita negara seberang itu membuktikan, pemilihan merekasebagai teraju utama konsert memang tepat kerana keupayaan mereka untukmemukau peminat dengan kehebatan vokal ternyata jelas kelihatansepanjang hampir tiga jam konsert berlangsung.
Tidak ubahsebagai medan 憄erang vokal |
|
|
|
|
|
|
| |
|