CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7915|Reply: 13

beli rumah tanpa geran

[Copy link]
Post time 13-3-2007 05:11 PM | Show all posts |Read mode
geng,
nak mintak pendapat korang sket la.

nenek bercadang nak beli rumah. dah berminat la dengan rumah tu. tapi owner rumah tu kata rumah tu takde geran.
so apa effectnya nanti ek kalo takde geran?

loan bank lepas kan? tapi nanti hak milik mcm mane?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2007 05:21 PM | Show all posts
kalau takde geran, memang tak leh ambil bank loan.

hakmilik pun setakat nama dimajlis bandaran utk cukai pintu.

rasanya, anytime, tuan tanah ada hak utk suruh keluar la ... pendekkata, payahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 05:26 PM | Show all posts

Reply #1 nenektua's post

nenek...

tak de geran macam mana tu ? Kebanyakan umah yng kita beli dari pemaju sekarang memang lom ada geran individu..maksudnya tak de geran bagi setiap unit umah. Yang ada cuma geran besar yang masih atas nama pemaju atau nama tuan tanah tersebut.

dan adalah menjadi tanggungjawab pemaju untuk berurusan ngan pihak berwajib untuk memohon membuat pecahan bagi geran besar tersebut bagi membolehkan setiap unit umah tersebut mempunyai geran masing-masing.

bank tak de masalah ngan hal sebegini. u masih boleh dapatkan loan bank. dan pada masa tersebut selain daripada loan dokumen, u akan dikehendaki sign deed of assignment. deed tu bertindak macam geran jugaklah. Ianya akan dipegang oleh bank sebagai jaminan.

nanti bila pemaju dah dapat geran individual, pihak u akan dimaklumkan oleh mereka. Masa tu loyer akan buat urusan pindahmilik geran tu dari nama tuan tanah terdahulu kepada nama u n sekiranya loan bank masih lom habis, deed of assignment tadi akan dibatalkan dan bank akan masukkan gadaian sebagai jaminan atas pinjaman u tu.

itu satu bab.

kalau kes geran sebenarnya dah ada, tapi dah hilang. maka soh la owner tu pi buat report polis and buat surat akuan bersumpah n then buat permohonan di land ofis untuk dapatkan balik geran baru

so... yang mana satu kes u?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 07:49 AM | Show all posts

Reply #3 lady_leypark72's post

lady,
nenek tak sure yang mana satu. but nenek rasa kes yang pertama tu.
sebab ada call rumah utk dijual tu. dia kata mcm tu la... takde geran. kalo nak buat loan bank lepas,
cuma nak buat loan govt je tak lepas.

kalo pemaju takmo pecah2kan geran camne nak buat ek? kira tak payah la beli rumah tu ek? cari lain... :lol
atau ada cadangan lain?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 09:36 AM | Show all posts

Reply #4 nenektua's post

nenek..

nenek boleh beli umah tu..tak de masalah. Pemaju ni bukan boleh main tak nak pecah geran. They all memang diberikan tanggungjawab untuk pecah geran tu. Hatta they all gulung tikar pun, nanti akan ada wakil they all seperti liquidator untuk uruskan hal tu.

cumanya betullah. loan gomen susah sket nak lepas. Gomen nak geran individu sebab they all nak masukkan gadaian terus atas gadaian tu

macam lady dah bagitau semalam, walau tak de geran, nanti akan ada deed of assignment yang akan bertindak seolah2 gerankalau lepas ni nenek nak jual lak umah tu, dan geran masih lom dapat, nenek akan assign lak umah tu pada purchaser baru dan begitulah seterusnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 01:01 PM | Show all posts
itu belum keluar individu title la tu. Master title aje ade.

p/s kalau tak ada geran, rumah setinggan tu  jgn marah gurau je. cuka check dulu dari pemaju kalau individu title tak keluar lagi. Mana tau master title baru surrender ke nak pecahkan ke individu title or strata title (kalau apt or condo or flats)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-3-2007 09:08 AM | Show all posts

Reply #5 lady_leypark72's post

ada kemungkinan tak nanti satu hari nanti nenek akan dihalau dari rumah tu oleh tuan tanah or pemaju? :lol
sebab nenek rasa umah yang nenek duduk sekarang ni mcm ok dan nak beli dari owner asal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 09:09 AM | Show all posts

Reply #6 ponet's post

haahah rumah setinggan....
ada kang umah nenek beli nanti kena roboh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2007 11:25 AM | Show all posts
tak de masalah kalau beli umah dari pemaju yg takde geran individu, tapi janganlah takde geran langsung.aku cadangkan nenek dapatkan no geran besar dia tu dan buat carian kat pejabat tanah..

kalau no hak milik langsung takde sah pembohong je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 01:58 PM | Show all posts

Reply #7 nenektua's post

nenek..nenek... kalau betul2 beli secara sah, tak de sape leh halau nenek sesuka hati. Umah setinggan tak masuk dalam kategori ni ya nek..

make sure yang penjual tu adalah owner yang sebenar2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 10:39 PM | Show all posts
emm.. kalau beli rumah dan ambik loan dari banks, biasanya pihak bank akan arahkan peguam diorang untuk buat & confirmkan (ini yang mahal tu) yang hakmilik rumah boleh dipindahmilik kepada si pembeli oleh si penjual.

jadi, tak perlu la risau sangat.  normal la kalau takde geran individu (untuk rumah-rumah di lembah kelang).  biasanya sale by DA je.  make sure la keep a copy semua DAs bermula dari pemaju hinggalah ke pemilik terakhir...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2007 08:44 AM | Show all posts

Reply #9 elbecks's post

okeh,
tenkiu bebeh...
nanti nenek pi tanya no hak milik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2007 08:45 AM | Show all posts

Reply #10 lady_leypark72's post

okeh.

nanti nak kena kompemkan dulu dengan si penjual tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2007 08:46 AM | Show all posts

Reply #11 Gemukkkkkkk's post

oOOoOoo...

okeh tengkiu.
takut2 gak kalo buatnya nanti kena halau dari bank
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 2.141759 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list