|
hafieza replied at 13-12-2017 09:45 AM
bkn takat Siakap Keli je, Serombong Kapal, SEPAT pon viralkn gak..
maybe gen budk2 hipster x mina ...
Arini last uols tu pun mesti ade sekali je tayang pun kt panggung.
Pengarah dia kata xde tayang kat astro first ye hurmmm.. sama mcm pilem redha la uols.
Sedihnya iols tak dan lg ni nk g tgk.. dahla suka tgk pilem2 yg menunjukkn ciri real kemelayuan ni.. kisah masyarakat kg dulu2 imbau masa kita kecil2.
Sinematografi mst cantik gila sbb indra che muda kan.
Kat siakap keli tu ade sorang mangkuk tu komen pilem ni tak best siap maki2.. tah2 dia xtgk pun tapi saja2 nk maki.. teruk tul anggap semua pilem melayu sampah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kuramg promosi di media elektronik. pelakon2 je gigih promote kat insta. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakkal laaa aku ni sakit.. Kalo x mng aku da pg tgk.. Nape kejap sgt tayangannyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by xtahumenahu at 13-12-2017 04:25 PM
- double post - |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysiakini
Sayang jodoh Jibam dan panggung wayang tak panjang
Nadia Azam
13 Dis 2017, 3:39 petang (Dikemaskini 13 Dis 2017, 3:55 petang)
Dikatakan bakal menamatkan tayangannya hari ini, mungkin masih ada sedikit sinar buat filem Jibam.
Sebahagian besar daripada 82 pawagam di seluruh negara yang menayangkan karya adaptasi novel kartunis terkenal Ujang itu dikatakan akan mula menghentikan tayangan hari ini.
Namun difahamkan penerbit Jibam sudah cuba merayu kepada pengendali pawagam supaya melanjutkan tayangan masing-masing untuk minggu kedua. Keputusan mengenainya dijangka diketahui hari ini.
Ditanya perasaannya Ujang mengakui dia kecewa dengan perkembangan terbaru itu.
Kata Ujang, Jibam bukannya tidak pernah mendapat sambutan menggalakkan, malah meraih kutipan memuaskan dan panggung yang menayangkan filem itu penuh selama beberapa hari di Terengganu.
“Memang timbul perasaan ralat sebab saya tidak dapat menunjukkan karya yang dihasilkan selama 10 tahun dengan sepenuh hati,” katanya kepada Malaysiakini.
Melalui media sosial sebelum ini, Ujang - atau nama sebenarnya Ibrahim Anon - turut meluahkan perasaan atas takdir yang menimpa Jibam.
“Dua hari lagi filem Jibam akan dihentikan tayangan di pawagam seluruh Malaysia. Kerajaan Zimbabwe tak dapat nak tolong.... Finas tak dapat nak tolong.... kami hanya memohon bantuan Allah agar mesej-mesej Jibam ini dapat disampaikan pada khalayak ramai,” katanya di Facebook.
Jibam yang menelan belanja RM1 juta itu pernah dilancarkan pada 2007 dengan menyenaraikan pelakon berbeza daripada yang ada sekarang.
Namun, akibat berdepan kekangan kewangan dan kegagalan mendapatkan pelabur, hasrat Ujang untuk mempertontonkan Jibam ke layar lebar tidak dapat dipenuhi ketika itu.
Tak mesti pelakon terkenal
Mempunyai 90 peratus jalan cerita sama seperti dihasilkan pelukis kartun berkenaan, Jibam yang mendapat arahan Che Mie itu mengisahkan kanak-kanak istimewa yang sering dibuli dan dicerca masyarakat.
Watak Jibam ditunjangi pelakon Mohd Ariff Abdullah - yang bukan anak biasa-biasa, sebalikya seorang istimewa. Dia pelajar berusia 12 tahun yang disahkan mengidap disleksia dalam kehidupan realitinya.
Filem diterbitkan Spektra Selasih Sdn Bhd dan diedarkan Empire Film Solution Sdn Bhd itu mula ditayangkan pada 7 Disember lalu.
Selain Mohd Ariff, Jibam turut dijayakan pelakon lain seperti Bohari Ibrahim, Kaizar Saisi, Zaidi Omar, Kamarool Yusof, Esma Daniel, Syafie Naswip dan Mia Ahmad.
Berdasarkan pemilihan karakter yang dimonopoli pelakon senior itu juga, Ujang tidak menolak kemungkinan Jibam terpaksa berdepan kekangan di pasaran kerana tampil tanpa wajah bernilai komersial semasa.
“Saya suka cuba yang begini (pelakon). Bagi saya untuk sesebuah filem berkualiti tidak semestinya dibarisi pelakon terkenal, tapi yang penting mereka pandai menghayati watak yang diberikan,” katanya.
Dalam pada itu, menambah kemerosotan peluang Jibam untuk terpampang lebih lama di layar lebar, kata Ujang, ialah kegagalan bersaing dari segi promosi besar-besaran.
“Kami bermain di atas gelanggang tidak sama rata apabila ada filem dengan belanja sangat besar - seperti Star Wars - The Last Jedi dan Jumanji - bakal ditayangkan pada waktu yang berhampiran," katanya.
Justeru Ujang tampil dengan cadangan supaya satu panggung dibina buat menayangkan "karya-karya miskin" seperti yang diusahakannya itu.
"Setidak-tidaknya pihak kerajaan boleh beri sokongan dengan cara itu,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih tau bila dpt tau jibam last tayang hari nihhhhbaru plan nk tgk ujung minggu nihhhhh
bencikkkkkkkkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
update terkini... 16 wayang masih teruskan tayangan Jibam utk mggu ke 2
– TGV Bukit Tinggi, Klang
– MM Cineplexes, E-Curve, Damansara
– Premium X Cinema, One City Mall
– MM Cineplexes Bertam, Pulau Pinang
– Jitra Mall, Kedah
– MM Cineplexes Langkawi, Kedah
– MM Cineplexes Riverfront, Kedah
– MM Cineplexes Bahau, Negeri Sembilan
– MM Cineplexes Mahkota Parade, Melaka
– TGV Tebrau City, Johor
– MM2 Cineplex City Square, Johor
– Superstar Ulu Tiram, Johor
– Perdana Labuan, Sabah
– Eastern Cineplex, Sabah
– LFS Kuala Terengganu
– MM Cineplex Kerian Sentral |
|
|
|
|
|
|
|
iols bru lyn Jibam kt Melawati Mall..hall almost penuh...
iols suka citer ni psl sgt dekt ngan kta...persekitaran kampung, watak Jibam tu sndiri yg entertainingn pelakon2 senior yg sgt2 bgs...
lawak yg tak di paksa2...cam spontan setiap lawak tu..plg lawak ngan watak Tok Ngah Sudin pnya la tkut ngan Jibam pas konon nya bunuh dia..
n time Jibam ttp sarang tebuan tanah tu ngan relax/...
ok iol xbc novel n xtau adakah Jibam tu ada kuasa mistik cam ayah dia? ms dia kna pukul ngn Pak hussin tu naper pastu dia tetiba cam sihat n b4 tu dia pengsan n kepala berdarah n then darah cam terserap kembali...
adakah mak n abg2 Jibam tau yg sebenarnya Tok Ngah Sudin yg bunuh ayah dorang tu...
n pelik gak camner Kaza leh jmpa tulang2 ayah Jibam tu..psl xder clue n scene yg tnjuk dia tau psl tulang ayah Jibam tu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Disambung Penayangan lagi seminggu |
|
|
|
|
|
|
|
dalam novel Jibam
1. scene jumpa tulang suman, 2 org kg tu pergi ke hutan utk mengutip hasil hutan.. (lupa plak nak buluh kot) dorang g area hutam yg lg dalam.. tgh2 buat kerja dorang... dorang terjumpalah tulang2 tu.. dorang saspek tu tulang suman sbb jumpa IC tok ngah sudin.. tapi dorang rahsiakan dr family jibam sbb takmo gaduh2 bunuh2...
2. dalam novel, lepas kepala Jibam luka tu.. sebenarnya mak dia yang ubatkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
tq atas pencerahan..
kna crk novel dia ni tp xpnah lgsg jmpa kt kdai2...
|
|
|
|
|
|
|
|
saya beli novel Jibam ni tahun 1993.. zaman sekolah lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
dgr2 n bc dr fb ujang...tgv klcada beberapa wayang yg amik blk tayangan Jibam..which is good news la..mayb sbb ms last day rabu lps mmg byk opemintaan...smpi gsc yg beberapa pawagam amik Jibam pn full house...ada baik nya gak Ujang merintih kt fb..at least terbela nasib Jibam di wayang... |
|
|
|
|
|
|
|
ade penambahan tayangan uols....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|