|
Jalan tar tu boleh dilalui oleh kenderaan tapi berkereta tidak digalakkan kerana kecerunan bukit selepas empangan tu
terlalu curam (keta tak cukup power nak naik) dan licin maklumla berlumut naik 4 whell la best...dulu aku naik sane pakai motor,kalau naik motor plak pastikan pakai motor yang takde cluth tangan lagi senang naik motorsikal berenjin 4 lejang mcm honda EX5 ke aku naik pakai Kriss.Tapi aku rase keta kena park kat empangan la...sebab kat atas tu ruang terlalu sempit nak parking sebab 4 wheel Telekom akan naik ke sana.nanti karang sempit nak lalu plak...lagi pun 100 meter sebelum sampai pencawang adalah kawasan larangan untuk kenderaan awam ini disebabkan faktor keselamatan negara jugak...Jalan nak masuk tu kalau dari Tangkak korangakna melepasi puat matrik dan Kolej Komuniti pastu dalam 1Km lagi akan jumpe kilang telectron sebelah dia Sawmill (kat selekoh) belah kiri tak silap aku sawmill tu kaler hijau,belakang kilang tu ader jalan masuk dan ader singboard... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Mnajiff. Aku pon dah jumpa peta utk jalan tar tu.
Tapi aku dengar Gunung Ledang tak leh panjat lg sejak org Singapura kena hempap dgn pokok tumbang. Ye ke?
Baru cercita2 nak panjat. |
|
|
|
|
|
|
|
Johor: Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang penuh pantang larang
Oleh Junita Mat Rasid
[email protected]
Pengunjung sambut baik syarat ketat kekalkan keaslian alam semula jadi
TANGKAK: Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang yang mula dibuka kepada orang ramai sejak Julai 2003, semakin mendapat sambutan berikutan keindahan alam sekitarnya.
Dengan kehijauan hutan dan alam semula jadinya, taman seluas 8,611 hektar yang terletak di kaki Gunung Ledang di Sagil itu, diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 2005.
Jika sebelum ini pelancong lebih tertumpu di kawasan air terjun di Gunung Ledang Resort sebagai kawasan rekreasi, Taman Hutan Lagenda itu memberikan pilihan kepada mereka yang lebih mementingkan ketenangan dan suasana hutan.
Selain itu, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang yang menjadi pintu masuk untuk ke puncak gunung itu juga adalah tempat paling sesuai untuk program bina semangat dengan pelbagai kemudahan lengkap.
Pembangunan di kawasan itu juga dibuat dengan menggunakan kaedah meminimumkan penebangan pokok bagi memastikannya tidak menjejaskan alam sekitar dan nilai keasliannya yang menjadi lokasi berharga kepada pencintanya.
SUASANA damai di Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang.
Malah, bilangan pengunjung ke kawasan itu juga dihadkan bagi memastikannya tidak terlalu terdedah dengan kehadiran orang ramai yang boleh menyumbang kepada kemusnahan kawasan hutan, sekali gus menjejaskan anugerah alam yang bernilai ribuan tahun.
Penguatkuasaan yang ketat dengan mengenakan beberapa peraturan kepada pengunjungnya berjaya mengekalkan keaslian taman hutan itu, sekali gus menjadikannya lokasi menarik.
Perbadanan Taman Negara Johor mengambil langkah berhati-hati dan merancang setiap kegiatan di kawasan itu dengan mengambil kira pengekalan ciri hutan rimba.
Pada masa ini, kawasan itu mempunyai kompleks pelawat yang berfungsi sebagai pusat latihan dan maklumat, dewan, asrama, chalet, tapak perkhemahan, pondok dan kafetaria.
Seorang peserta kem bina semangat di taman itu, Mohd Hardi Abdullah, berkata selain mendaki gunung, pelbagai kegiatan boleh dijalankan di kawasan terbabit termasuk program motivasi dan kegiatan lasak.
Katanya, beliau terpesona dengan keindahan alam sekitar yang tidak tercemar terutama kejernihan dan kesejukan air sungai yang sukar didapati di kawasan lain.
"Sungai yang mempunyai kumpulan ikan kecil juga memberikan rawatan spa percuma kerana apabila merendamkan kaki, ia akan menggigit sisa sel kulit mati, sekali gus memberikan rasa nyaman," katanya.
Sehubungan itu beliau berharap pihak berkuasa terus menjalankan peraturan dan penguatkuasaan ketat bagi mengekalkan keaslian hutan itu serta pada masa yang sama membolehkan pelbagai kegiatan kem bina semangat dan pendakian dapat dijalankan.
Bagi urus setia yang mengendalikan kursus kepada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mohd Nordhamin Mohd Amran, kehijauan alam sekitar kawasan itu yang masih terpelihara memberi peluang kepada peserta menghayati keaslian alam sekitar serta pada masa sama menjalani program membentuk jati diri.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak untuk mengadakan lebih banyak program di taman hutan itu bagi memberi peluang kepada peserta menikmati keistimewaannya yang sukar ditemui di kawasan lain.
"Sudah banyak tempat yang saya pergi tetapi Taman Hutan Gunung Ledang ini paling istimewa kerana ia masih terjaga dengan penguatkuasaan bagi memastikannya tidak tercemar dengan kegiatan manusia," katanya.
FAKTA: Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang
# Nama gunung itu dikatakan berasal daripada bahasa Jawa ketika zaman empayar Majapahit yang bermaksud Gunung Dari Kejauhan atau Gunung Yang Tinggi. Malah, dalam kamus Dewan dan Pustaka menyatakan Ledang bermaksud `menunjukkan diri' atau tinggi.
# Negara Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas.
# Bagi pedagang Cina pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.
# Terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang dan kepercayaan mistik lain yang sehingga kini masih belum terungkai.
# Memiliki sungai dan air terjun yang bersih dan jernih selain kehadiran anak ikan yang turut menjadi ikan spa kepada pengunjung yang merendamkan kaki mereka.
# Gunung itu juga mempunyai trek pendakian yang mencabar sehingga menjadi antara gunung yang sukar didaki di negara ini.
# Memiliki pelbagai spesis flora dan fauna, termasuk orkid, periuk kera, tumbuhan herba, burung dan serangga. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang lalu.....kite nak tanye, kalau nak stay kat Gunung Ledang resort, ok tak? sape penah stay sane...sbb kite ingat nak stay kat sane bulan mei nnt. tolong ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
tolongggggggg.....
tlg lah.... ade sape2 tak penah stay kat gng ledang resort ni... kite nak tau luas ke tidak bilik2 dia utk standard room besar mane, utk deluxe nyer besar mane...sbb kiye tgk kat laman web dier, dier x tunjuk keluasan bilik tu. :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #26 adeek30\ catat
Keluasan lebih kurang Sri Malaysia kat mana-mana ..... aku dah tiga kali tido kat resort ni, tapi idak ler pulak ambil tahu tentang keluasannya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 harmerz01's post
kau rase la....agak muat tak utk 3 org dewasa ngan 3 kanak2 dlm bilik tu...standard room tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku yg duduk berdekatan gunung ledang ni pon tak sampai puncak lagi .. plan nak panjat sampai puncak dalam cuti sekolah mendatang ni.. sapa2 yg ada plan tu boleh la kita set time.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 kutil..'s post
Sekarang dah buleh panjat ke?
Kawan memang menyimpan hasrat nak panjat gunung ledang ni |
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa sekolah dulu..panjat gunung ledang & berkhemah disana...macam x caya jer..aku dah sampai puncak..
tp kalau sekrg suruh panjat..ya..ampun..sekejap dah pancit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 jamalnsx's post
aku baru call tuari.. boleh panjat.. tapi balik hari, sehingga siasatan menentukan tahap keselamatan siap, pasal kes singaporian mati kena hempap pokok tu la. Bila ko nak panjat? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 kutil..'s post
Agak2 dalam bulan 6. Bulan 5 ni gi melencong, aje so takde masa nak panjat.
Ko dok kampung apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Akju tinggal kat Kulai. Sesiapa yg perlukana ahli tuk buat team pnjt Gunung Ledang, do contact me ok... -ARMAN 0167141347. |
|
|
|
|
|
|
|
Akju tinggal kat Kulai. Sesiapa yg perlukana ahli tuk buat team pnjt Gunung Ledang, do contact me ok... -ARMAN 0167141347. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sure org dah jawab ke soalan asal...aku tak pernah naik ikut jalan tar, tapi pernah turun ikut jalan tar...laluan dia ialah pemancar, ikut ldg kelapa sawit, tp rasanya kawasan larangan sebab ada pemancar, jln masuk anta sagil dan simpang ledang,ada satu simpang ke kiri....ramai pakcik makcik yg nak dtg berubat kat puncak gunung ledang ni mmg ikut jln ni sbb dekat...aku tak pk bleh...antara sebab tak dibenarkan tido kat puncak ialah pemancar tu di jaga oleh army.....last ikut jln tu 14 tahun dulu...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah naik berbelass kali tp utk yg terkahir 2006 dah tak dibenarkan tido di puncak, kena tido kat pasir panjang....sebelah kolam gajah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|