atiqullah posted on 13-4-2013 06:55 PM
kitab allah, sunnah2 rasul.
maaf.. pd saya bila melibatkan susur galur biarlah terang.. x perlu sembunyi mcm tu..
awak yg sebut.. pasti la pada awak saya minta sumber rujukan..
sbb kefahaman saya selama ini.. ikut pembacaan hasil tulisan org..
yg dterima umum Sunan Gunung JAti cucunda kpd Sayyid Nurul 'Alam..
anakanda kpd Sayyid Jamadil al-Qubra.. yg merupakan saudara kpd Sheikh Thanauddin..
jd bila mana dsebut cucucicit kita merujuk kpd direct lineage.. bkn saudaranya..
bkn niat nak tunjuk pandai ke apa.. setidaknya boleh dguna utk rujukan nanti...
kalau ada sumbernya yg dsertakan...
halimi78 posted on 13-4-2013 08:46 PM
maaf.. pd saya bila melibatkan susur galur biarlah terang.. x perlu sembunyi mcm tu..
awak yg seb ...
ha tu dh tahu dh? la,kan mudah tu, ayah sayyid hussein jamadil kubra rasanya sama dgn ayah syeikh thanauddin, ada pertalian darah jgk wlau saudara. yg dijuangkan islam. benar kn? salasilah betemu pada ayah diorng, kan? btul atau x?
Dah beli 4 novel RAM ni dan menarik pengkisahan Laksamana Sunan yg bercampur antara sejarah, realiti dan fantasi.
Sekadar bahan bacaan ringan oklah...kalau nk mendalam tentulah kitab lama, akademia yg lg tak lalu nk baca buat rujukan.
Bg aku watak Laksamana Sunan dlm novel RAM menjadi hidup krn ia memang berasal dr kisah sebenar tentang sejarah pembukaan Kota Padang di Johor sepertimana yg terdpt didlm novel Nostalgia Padang karya Dzul Karnain Ithnain yg diterbitkn pd thn 1995..
Sbgai permulaan, didalam Nostalgia Padang, heronya Muhammad Mukti dikenali dgn pggilan Suman manakala RAM pula menggelarkan Saifudin Jalis sebagai Sunan yg lebih sesuai dgn watak alim.
Sipnosis kedua2 crita hmpir sama dimana hero didlm kdua2 novel mengalami penderitaan jiwa dan keluar dr kg halaman sbgai org biasa, mghadapi rintangan yg hebat, kemudian berguru dgn alim ulamak di tanah jawa, menjadi insan yg taat pd perintah Allah dan kembali semula ke kg halaman sbg pendekar yg terbilang.
Bezanya Suman di dlm Nostalgia Padang berusaha mghancurkan syaitan2 dr alam manusia iaitu bangsa penjajah manakala Sunan (RAM) pula menentang syaitan2 dr alam kejahatan iaitu iblis.
Cuma RAM berjaya mengembangkn lg kisah Sunan menjadi 6 novel yg amat menarik.
Even didalm novel Sunan Musafir RAM ade mengisahkn tentang Maryam mengatakn kemungkinan abdol rahman & panglima hitam yg siggah di Afrika Selatan mgkin akn menyebabkn bangsa melayu berkembang disana-Di dlm novel Nostalgia Padang itu sendiri ade menceritakn tentang kisah perkembangan org melayu di Afrika Selatan-Cape Town.
Aku sebagai peminat RAM mencadangkan korang cba carik dan baca buku Nostalgia Padang if nak taw tentang Laksamana Sunan iatu Suman yg berganding bahu dgn Pengeran Deponegoro menentang penjajah yg sejarahnya tertinggal di Cape Town Afrika Selatan hasil catatan Hamza Moustafa Djauzi sepertimana Catatan Maryam di dalam novel RAM.
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS: Al Isra’: 36).
“...dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan (0rang kafir) mereka setelah datang ilmu (petunjuk) kepadamu, sesungguhnya kamu kalau demikian termasuk golongan orang-orang dholim.” (QS: Al Baqarah: 145).
dari Ibnu Umar,: “Siapa saja yang menyerupai suatu kaum (gaya hidup dan adat istiadatnya), maka mereka termasuk golongan tersebut.” (HR. Abu Daud dan Imam Ahmad).
dari Abu Hurairah “Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.” Di antara saha-bat ada yang bertanya: “(Ya Rasulullah) apakah yang dimaksud (di sini) seperti bangsa Persia dan Romawi?” Rasulullah saw menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)” (HR. Bukhori, ).
Siapa saja yang menyerupai suatu kaum, ia termasuk golongan mereka. (HR Abu Daud dan Ahmad).
Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golonganku. (HR at- Tirmidzi).
dari Abu Sa’id Al-Khudriy "Kalian akan benar-benar mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga andai mereka memasuki lubang biawak, maka kalian pun mengikuti mereka". Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah mereka adalah orang-orang Yahudi, dan Nashrani". Beliau menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (HR. Al-Bukhoriy).
'Laksamana Sunan' bakal ke layar perak Shafizan Johari, Astro Awani
Diterbitkan pada Oktober 22, 2017 17:38 MYT
Novel 'Bagaikan Puteri' mengisahkan Haryani yang berasal dari kurun-21 tercampak ke kurun ke-15 dan bertemu Laksamana Kesultanan Acheh, Saifuddin Jalis atau juga dikenali sebagai Laksamana Sunan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Filem adaptasi “Bagaikan Puteri” tulisan Ramlee Awang Murshid akan diadaptasi ke layar perak tidak lama lagi.
Malah, penulis novel thriller terkemuka negara itu mendedahkan pihaknya sudah meneliti skrip filem itu dan sudah masuk draf ketiga.
Menurut Ramlee, pihaknya sedang mencari pelakon yang sesuai untuk memegang watak Laksamana Sunan dan pemilihan bakal melibatkan beberapa pelakon tempatan dan luar negara.
“Paling memeningkan saya sekarang ialah skrip dan individu yang paling layak untuk membawa watak Laksamana Sunan,” jelas Ramlee ketika ditemui di Astro AWANI baru-baru ini.
Bakal menyaksikan kerjasama antara syarikat milik Ramlee dan Astro Shaw, Ideate Media serta Grup Buku Karangkraf, ini merupakan kerjasama kedua dengan keempat-empat syarikat itu selepas kerjasama terjalin untuk filem “Tombiruo: Penunggu Rimba”.
Setakat ini, 'Tombiruo: Penunggu Rimba' berjaya mengutip RM4 juta selepas seminggu ia ditayangkan di pawagam
Novel “Bagaikan Puteri” mengisahkan Haryani yang berasal dari kurun-21 tercampak ke kurun ke-15 dan bertemu Laksamana Kesultanan Acheh, Saifuddin Jalis atau juga dikenali sebagai Laksamana Sunan.
novel dijadikan kepercayaan ..?
salah rasanya ayat tu ..
bukan sebagai kepercayaan .. cter novel ni ada memaparkan tempat-tempat yg sememangnya wujud .. jd, x salah rasanya untuk mencari "kebenaran" disebalik cter novel ni ..