CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3813|Reply: 7

Risiko remaja hamil

[Copy link]
Post time 10-12-2006 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Risiko remaja hamil
Oleh Tajaiyah Ihsan

DALAM usia 16 tahun, anak remaja Normah, Sarah sudah menjadi isteri orang. Normah dan suaminya merestui perkahwinan Sarah dengan Azman, 25, kerana menyedari mereka tidak mampu menolak desakan Sarah dan Azman.

Apalagi Sarah begitu tegar dengan pendiriannya dan langsung tidak menunjukkan minat untuk belajar, biarpun sudah berada di tingkatan empat perdagangan.

Bagi Sarah, dia sudah nekad dan berkali-kali mengatakan sudah bersedia menjadi isteri dan ibu.

Peringkat awal semuanya nampak bahagia, Azman yang mempunyai pekerjaan tetap begitu gembira apabila mengetahui Sarah hamil. Namun bagi Sarah dia semakin ?erseksa? apalagi berdepan dengan keadaan dirinya yang muntah-muntah dan loya.

Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Pada akhir kehamilan, Sarah menghadapi komplikasi dan dirinya berada dalam keadaan yang cukup ?enderita?.

Masalah kehamilan di peringkat remaja ini kemudiannya dirujuk kepada Timbalan Pengarah (iktisas) yang juga Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Menurut Dr. Jamiyah, kehamilan di peringkat remaja mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding mereka yang sudah dewasa.

Apa yang berlaku di atas, jelasnya, hanyalah sebahagian kesan yang menimpa ibu remaja. Apa yang penting remaja itu perlu bersedia dari segi fizikal, jiwa raga (emosi) dan kewangan.

?ukan sahaja remaja belum bersedia kerana kurang matang dan pengetahuan, malah keadaan fizikal juga belum bersedia untuk menerima proses kehamilan.

?ni kerana ada yang masih melalui proses tumbesaran, khususnya di bahagian pinggul yang begitu penting semasa proses kelahiran.?

Menyentuh masalah tadi, beliau menegaskan, Sarah beruntung kerana kedua ibu bapanya ada bersama manakala suami pula mempunyai pekerjaan tetap dan menyayanginya.

?pa yang penting remaja itu perlu didedahkan dengan pengetahuan dan bersedia sepenuhnya menjadi seorang ibu muda,? kata Dr. Jamiyah lagi.

Mereka yang dikategorikan remaja dari 13 hingga 19 tahun. Awal remaja bermula daripada umur 9 tahun. Wanita digalakkan melahirkan anak dari usia 21 hingga 35 tahun.

Bersalin remaja dan sewaktu dalam lingkungan usia 36 hingga 45 tahun dianggap berisiko tinggi. Apabila mencapai 45 tahun, mereka dinasihatkan untuk tidak bersalin lagi kerana risikonya begitu tinggi.

Pemakanan sihat

Dr. Jamiyah menambah, apabila remaja itu mengandung, dia perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, menjaga kebersihan dan bersenam.

Kesedaran ini perlu diamalkan kerana remaja selalunya mengamalkan diet yang drastik, mengambil makanan segera atau kosong. Mereka juga perlu mengurangkan minum minuman karbonat serta kurangkan makanan yang manis-manis.

Selain itu, keadaan fizikal seperti tulang pinggulnya yang belum bersedia itu boleh mendatangkan risiko semasa proses kelahiran.

?pabila hal ini terjadi, pembedahan caesarean terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayi dan ibu,? ujar Dr. Jamiyah lagi.

Memburukkan keadaan, andai perkahwinan yang dilalui remaja itu tidak mendapat restu keluarga dan suami remaja itu seorang remaja atau sebaya dengannya dan tidak bekerja. Ini membuat pasangan ini akan menghadapi tekanan.

Beliau juga menjelaskan, keadaan bertambah berat sekiranya remaja itu mengandung bayi luar nikah.

Sesungguhnya keadaan seperti ini memerlukan lebih lagi perhatian dan kasih sayang ibu bapa agar anak itu tidak terasa dirinya tersingkir mahupun terpinggir.

Tanpa sokongan ibu bapa mereka akan melalui saat kehamilan yang penuh stres dan pada waktu yang sama berdepan dengan trauma apalagi sekiranya kehamilan itu terjadi akibat menjadi mangsa rogol atau seks bebas.

Bagaimanapun kata Dr. Jamiyah lagi, di negara ini kes-kes seperti ini amat berkurangan. Misalnya dari data PPUM, kes-kes kehamilan di luar nikah merupakan kes-kes terpencil dan merupakan antara kes-kes kecil berbanding dengan kehamilan di kalangan remaja yang berkahwin.

Keadaan di sebaliknya berlaku di luar negara khususnya di negara maju seperti di Amerika Syarikat (AS) di mana kadar kehamilan luar nikah di kalangan remajanya semakin meningkat.

Dari data-data yang diperoleh, terdapat hampir 1 juta remaja Amerika melahirkan anak pada setiap tahun.

Risiko
* Keadaan sakit mahu bersalin pramatang atau proses kelahiran yang lebih cepat daripada waktu yang sepatutnya

* Anemia (kekurangan zat besi di dalam darah)

* Praeklamsia adalah bila terdapatnya tekanan darah yang tinggi, air yang berlebihan di dalam tisu-tisu serta bengkak pergelangan kaki dan kehadiran protein di dalam air kencing.


Dr. Jamiyah menambah, bagi mengelak masalah-masalah ini, pastikan makan makanan yang betul, kalori yang mencukupi di dalam diet, mendapatkan berat badan yang unggul bertepatan seperti yang dinasihatkan doktor.

Katanya, elak alkohol, dadah mahupun ubat-ubatan tanpa preskripsi yang betul selain berjumpa doktor seperti yang ditetapkan.

Tambah beliau, adalah penting bagi bakal ibu itu mengetahui bahawa bayinya membesar dengan sihat.

Sakit bersalin sebelum waktunya
* Berjumpalah doktor sekiranya, kontraksi atau resa berlaku empat atau lebih kali dalam tempoh satu jam, sama ada terasa sakit atau sebaliknya

* Terasa tekanan atau kesakitan

* Tekanan di dalam pelvis yang membuat anda berasa bayi itu menolak ke bawah

* Cirit-birit boleh menyebabkan rahim mengecut

* Lelehan dari vagina, ia itu apa jua lelehan yang luar biasa apalagi sekiranya ia pekat atau berdarah

* Kekurangan pergerakan bayi, sekiranya bayi kelihatan kurang bergerak dan anda bagaikan berasa pergerakan itu kurang daripada 10 kali dalam tempoh 12 jam.

Praeklampsia

Remaja kemungkinan besar menghidap praeklampsia semasa mengandung berbanding wanita dewasa dan tanda-tandanya ialah:

* Muka dan tangan yang membengkak, semasa bangun tidur

* Berat badan yang cepat naik

* Sakit kepala

* Kekurangan air kencing

* Tekanan darah tinggi

* Perubahan pada pada penglihatan seperti cahaya kilat pada mata

* Kesakitan di bawah perut.


Biarpun terdapat bengkak kepada kaki dan pergelangan adalah biasa kalangan wanita hamil, namun jumpa doktor sekiranya muka dan tangan juga membengkak.

Dr. Jamiyah menambah, ibu muda belasan tahun ini, lazimnya melahirkan bayi yang kurang berat badan dan ini mengundang masalah perubatan yang lebih serius.

Ia termasuk organ-organ tidak berkembang dengan sempurna yang membawa kepada masalah paru-paru, penglihatan, usus dan lain-lain lagi.

Hatta, merokok semasa mengandung merupakan salah satu daripada punca bayi yang mengalami kurang berat badan. Ia juga merupakan satu amalan buruk yang perlu dielakkan.

Beliau menambah, kurang mengambil vitamin, tidak mengamalkan makanan sihat juga menyumbang kepada masalah bayi kurang berat badan.

Pesanan untuk ibu bapa
Apakah perasaan anda andai anak remaja hamil. Rasa bersalah, kecewa kerana merasakan kurang memberi asuhan yang secukupnya, sehingga anak remaja ingin menjadi ibu pada usia muda.

Menurut Dr. Jamiyah, apa yang penting, ibu perlu memberi perhatian terhadap anaknya kerana mereka masih memerlukan bimbingan, nasihat serta pengetahuan mengenai kehamilan dan rumah tangga.

?angan pinggirkan mereka, saat ini ibu muda memerlukan sokongan, agar mereka berasa stabil dan berada dalam keadaan tenang,? ujarnya lagi.

Katanya, remaja hamil ini andai menjaga kesihatan dan pemakanannya dengan baik serta menerima rawatan secara berkala lazimnya mendapat bayi yang sihat.

Mereka juga mampu menjadi ibu yang bertanggungjawab dan boleh menyusukan bayi dengan baik seperti orang lain.

* PROF. Madya Dr. Jamiyah Hassan, mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai penerima Anugerah Persekutuan Antarabangsa Perbidanan & Sakit Puan, pada Persidangan Sedunia Perbidanan dan Sakit Puan FIGO XV111 yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada 5-10 November lalu.

FIGO adalah sebuah persatuan obstetrik dan ginekologi di peringkat dunia dan dianggotai oleh lebih 100 negara.

Anugerah ini adalah sebagai menghargai sumbangan beliau di dalam bidang perbidanan di dalam dan di luar negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2006 11:10 PM | Show all posts
orang dulu umur 12 tahun udah kahwin. bersalin kat rumah aje....
takde masalah pun..... anak pun ramai boleh buat 1 team bola lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 12:30 PM | Show all posts
Mak Atok alys kawin umur 15 tahun... alhamdullilah dapat anak 17 org... bsalin kat umah jgak... orang dulu lain org skang lain...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 11:40 PM | Show all posts
mmgla...dulu cara pemakanan dorg lain..skang terlebih ajinomoto..tu yg lembik..org dulu mmg tough!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 03:24 PM | Show all posts

Reply #4 beanbai's post

hehehe...betul...skang jerbanyak sangat perisa tambahan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 03:40 PM | Show all posts
aku kawen umo 18 thn, beranak umo 19 thn... tapi disbbkan pintu aku taknak bukak, maka kena belah la perut aku... setahun kemudian, aku ngandung lagi, pun ada masalah yg sama, kena belah lagi.... paling besar pintu aku bukak dalam tempoh yg panjang cuma 1 cm jee... tapi, yg penting, anak2 selamat, sihat.. aku pun sama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2008 01:12 PM | Show all posts
dia bedah tpt yang sama kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 24-4-2008 01:12 PM
dia bedah tpt yang sama kan?


arrr, dia belah balik tempat yg sama.... masa yg 1st tu, sakit... tapi kali kedua, tak berapa sakit...boleh jalan dgn elok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057054 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list