CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2673|Reply: 5

Tanpa Penghujung 1

 Close [Copy link]
Post time 26-11-2006 02:17 AM | Show all posts |Read mode
Hati Yana semakin berdebar2, telah lebih 5 bulan selepas pernikahannya semula ini lah kali pertama anak dan bekas suaminya datang melawat kembali. Kalau dulu, ketika sebelum bernikah dengan Mazlan boleh dikatakan paling kurang sebulan sekali dia dapat melepaskan rindu kepada anaknya dan juga mungkin kepada bekas suaminya. Memang tidak dapat tidak dia mengakui bagaimana kebaikan bekas suaminya Yusuf menjaga dirinya lebih2 lagi ketika dia berbadan dua seperti ini, jauh sekali bila di bandingkan dengan Mazlan.

Pagi tadi anaknya Hafiz ada menalipon akan datang melawat selepas zohor katanya, anaknya rindu dan ingin memberikan hadiah sempena hari jadinya yang ke 29 hari ni. Kalau dulu ada sahaja hadiah dari Yusuf pada hari jadinya ni walaupun semurah2 sepasang kain untuk membuat baju, sekarang ni kemana perginya Mazlan pun malas untuk di ambil tahu.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 suku petang hatinya semakin rindu dan sayu, rindu dan sayu kepada orang yang tidak sepatutnya, bekas suaminya Yusuf.

Tiba-tiba.

揂ssalamualaikum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2006 02:34 AM | Show all posts
Tanpa Penghujung 2

sambungan................


Teringat kembali dalam fikirannya kalau bukan kerana dia yang mula berkenalan dan jatuh hati dengan kata manis Mazlan mungkin mereka masih bersama mengecap erti kasih sayang. Kemanisan Mazlan hanya ketika bercinta dan 2/3 bulan di awal perkahwinan sahaja. Selepas itu dia telah menunjukkan dirinya yang sebenar. Mazlan lebih suka menghabiskan masa dengan kawan-kawannya mengubahsuai kereta untuk berlumba. Duit hasil perniagaan hanya cukup makan lebih banyak dihabiskan dengan mengubahsuai kereta. Kalau dulu dia amat tertarik dengan tutur kata Mazlan yang lembut dan begitu pandai mengambil hati perempuan, kini tiada lagi sudah kata-kata manis dan indah dari Mazlan.

Pak Mail pun dah tidak boleh berbuat apa kepada Mazlan. Pernah sekali Pak Mail menegur Mazlan, tetapi dijerkah kembali oleh Mazlan, membuatkan Pak Mail x mampu untuk berkata-kata lagi.

Selang 5 minit selepas Fiz dan Yusuf berangkat tiba-tiba lamunan Yana terhenti oleh deringan handpone, dilihatnya nombor dari bekas bapa mertuanya di Kluang. Apa pulak halnya ni getus hati Yana, takkan risau anak dengan cucunya x balik lagi.

揂ssalamualaikum Yana
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 01:34 PM | Show all posts
adeh.. sedih gk cite nih... huhuhuh.. dlm masa yang sama.. hilang dua2 org tersayang..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 08:08 PM | Show all posts
oooooo...
so sweet....
kretif...
nanti baca cerpen pendek ku pula yer...
rahsia sekeping hati...creted by azhar.cy..
jgn lupa..
tq
Reply

Use magic Report

jajadanial02 This user has been deleted
Post time 30-11-2006 02:25 PM | Show all posts
Aduh sedih nyer.....jaja menangis bile baca part ucapan Fiz dlm kad birthday mama die....:cry:

Terus teringat anak kat umah...:ah:

Ya Allah! Jauhkan & hindarkan anak-anak ku drpd segala bencana, bahaya & mala petaka yg tdk diingini..:pray:

Idham, Adriana, Alisyah, mama sayangkan kamu!!!!:love::love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2006 05:33 PM | Show all posts
sorry la ayat tunggang-langgang sbb first time menulis, dah keras dah pun idea ni sebenarnya.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.047321 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list