|
ina pon berminat psl inai ni..kat manala nak carik org pandai melukis kat klate ni..nak buat sndiri nanti comot... |
|
|
|
|
|
|
|
masa kawin dulu tehingin gak nak wat lukis inai cam citer bollywood tu tapi tak kesampaian...cuma pakai kat kuku aje...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
akak pun baru buat 2-3 lepas utk anak2 sbb cuti sekolah nihh...ada lagi hutang kena buat utk anak2...tak ler pandai sgt tapi boleh ler utk anak2 n diri sendiri...check this link...www.hennapage.com...cantik2 gak pattern dia... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
agaknya kalo guys buat henna kat tangan diorang..ok ke? sbb pernah nmpk ramai laki ada design2 henna ni kat kampus dulu..mcm trend la plak....ape pendapat korang? |
|
|
|
|
|
|
|
GENK
Sentuhan inai Shima
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
[email protected]
Shima mengambil contoh rekaan batik sebagai lukisan inainya.
SAPUAN minyak pada tangan menjadikan warna inai lebih merah.
BERMULA sebagai hobi, Nazhatul Shima Abd Ghani, 25, akhirnya jatuh cinta dengan seni lukisan inai yang kini menjadi trend di kalangan bakal pengantin.
Malah keunikan serta keindahan seni lukisan inai mendorong anak bongsu daripada empat beradik itu menjadikannya kerjaya sampingan bagi menjana pendapatan.
Anak jati Baling, Kedah itu memberitahu dia mula mempelajari teknik melukis inai apabila terjumpa dengan pelukis inai di tepi jalan.
SHIMA mengambil masa sehingga sejam untuk melukis inai yang sukar.
Tidak cukup dengan itu, Shima mula melayari internet dan membeli buku-buku yang memaparkan pelbagai teknik dan corak lukisan inai.
"Saya memang minat berinai di tangan sejak di bangku sekolah lagi. Jika inai di jari sudah pudar, saya akan memakai semula untuk kembalikan kemerahannya.
"Dari zaman sekolah, kuku saya tak pernah lekang dengan inai. Nasib baik cikgu tidak larang saya pakai inai ke sekolah," katanya yang mengikut hobi ibunya meminati inai.
Dia juga selalu membuat inainya sendiri. Walaupun terpaksa melalui proses agak rumit untuk membuatnya kerana daun inai perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum ditumbuk sehingga halus, namun Shima tidak kisah asalkan dia dapat meneruskan hobinya itu.
Kini, dengan adanya inai lukis, minat Shima terhadap inai semakin bercambah. Apatah lagi terdapat pelbagai teknik dan corak inai di pasaran.
"Saya mula belajar teknik-teknik melukis inai. Kebiasaannya corak bunga dan daun dilukiskan pada tangan.
"Sebelum hari pertunangan, saya pergi ke beberapa kedai untuk melihat corak-corak inai yang ingin dilukis. Malangnya hasil lukisan inai yang saya peroleh tidak sama dengan apa yang dipaparkan pada gambar.
"Sejak itu, saya mula nekad untuk melukis sendiri inai pada tangan di hari pernikahan. Saya beli beberapa jenis inai iaitu inai hitam dan inai merah, kemudian cuba untuk mencampurkannya.
"Saya juga mula mencipta corak sendiri di kertas dan tangan. Akhirnya, semasa hari pernikahan saya pada tahun 2007, ramai yang memuji hasil lukisan inai pada tangan saya," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Kuala Lumpur.
WARNA inai yang dihasilkan Shima mampu bertahan selama beberapa minggu.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu kini melakukan pekerjaan melukis inai untuk bakal pengantin.
"Lukisan inai memang cantik dan boleh dilakukan pada atas tangan, tapak tangan dan kaki. Terdapat pelbagai corak pilihan. Sama ada berbentuk bunga, daun dan sebagainya," katanya yang turut mengambil contoh motif batik sebagai lukisan inainya.
Ditanya sama ada teknik membuat corak inai itu sukar, Shima memberitahu, ia bergantung kepada corak yang mahu dihasilkan.
Bagi corak yang mudah, masa yang diambil tidak sampai setengah jam. Namun jika coraknya sukar dan halus ia memakan masa hampir satu jam untuk menyiapkannya.
Menariknya, Shima bukan sahaja melukis inai tetapi turut menghasilkan inainya sendiri menggunakan inai merah dan inai hitam. Selain itu, bahan-bahan seperti limau nipis, air gula dan minyak panas juga digunakan.
Hasilnya, inai tersebut lebih pekat, berwarna merah serta lebih tahan lama. Si pemakai inai perlu menunggu selama tujuh jam sebelum inai dibersihkan supaya inai berwarna lebih merah dan tahan sehingga beberapa minggu.
Dalam masa hanya setahun setengah Shima telah menerima banyak tempahan daripada pelanggan. Kebanyakannya berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukannya.
Nshima Collection
31, Jln PUJ 9/13,
Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
p/s: petikan dari kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat area2 ampang nie sapa yg ada buat inaii? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lakaran dari kawan opismate dilla. Dia gunakan Henna yang muncung tajam tu. Dalam 2 hari dah hilang dah warnanya
|
|
|
|
|
|
|
|
meh kita kumpul template design mahendi kat sini nak? bleh buat ref. kot2 nak try buat sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
inai ni kalau buat cntik... lepas 2 3 hari dia ilang skit nmpk kulit kita x cantikk.
nmpk cm kurap..... |
|
|
|
|
|
|
|
12# usagiKecik
kat masjid india yee |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by jayshri at 18-8-2010 02:35
Reply 31# baby77
I just look at your henna designs... very impressive... how much do you charge?
I have found a site about henna mehndi, wondering if this helps or not. Henna design books
If any of you wondering why henna tattos doesn't last long, this is a good read up. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|