CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 5

Dayang, Ruffedge hibur anak Pernim

[Copy link]
Post time 28-9-2006 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Ramlah Zainal

TANGAN yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima. Apatah lagi, jika bantuan yang kita hulurkan itu membabitkan golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim dan golongan miskin yang serba kekurangan terutama pada Ramadan yang mulia ini.
Sebagai pihak yang prihatin, Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur tidak lupa menjalankan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Justeru, sempena Ramadan ini, mereka meraikan 40 kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV Aids Nurul Iman, Malaysia (Pernim) dalam majlis berbuka puasa bersama pengurusan hotel, malam semalam.

Yang Dipertua Pernim, Norlina Alawi berkata, dia terharu dengan keprihatinan pihak hotel yang sudi meraikan kanak-kanak di bawah jagaannya dalam majlis berbuka puasa yang cukup bermakna itu.

?ekalipun pelbagai umpatan dan tohmahan saya terima, namun masih ada pihak yang menyokong perjuangan saya membela nasib kanak-kanak Pernim ini.

?aya terharu dengan sokongan masyarakat yang prihatin dengan apa yang saya lakukan ini dan saya percaya masih ada insan berhati mulia di luar sana,? katanya.

Secara peribadi, Norlina berkata, dia berasa sedih kerana masih ramai pihak yang mempertikaikan perjuangannya selama ini.

?papun, jiwa saya cukup tenteram kerana dapat berkongsi kasih sayang dengan bayi dan kanak-kanak yang tidak bernasib baik ini. Apa salah dan dosa saya berkongsi kasih sayang dengan mereka?

?amun, saya reda dengan ujian Allah ini dan itulah yang menjadi kekuatan saya. Alhamdulillah, Allah bersama saya sekalipun dugaan yang datang cukup banyak buat saya,? katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar Hotel Dorsett Regency, Christina Toh.

Acara petang itu disemarakkan lagi dengan artis popular Dayang Nurfaizah dan kumpulan Ruffedge. Dayang turut menyampaikan dua lagu, Erti Hidup dan Dayang Sayang Kamu.

Sementara itu, bagi kumpulan Ruffedge, peluang bersama kanak-kanak Pernim itu memberi pengalaman cukup berbeza buat mereka.

Seperti ditegaskan salah seorang anggotanya, Amer, ini kali pertama mereka memenuhi undangan berbuka puasa dengan kanak-kanak yang menghidap HIV/Aids.

?ada mulanya kami terkejut apabila menerima undangan berbuka puasa bersama Pernim kerana sebelum ini kami belum pernah menjayakan majlis bersama mereka.

?ati kami cukup tersentuh melihat kanak-kanak ini begitu ceria seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa mengenai penyakit berbahaya yang mereka hidapi itu sekali gus memberi keinsafan kepada kita,? katanya.

?ami memang menantikan peluang untuk jayakan majlis seperti ini sekali gus berkongsi kegembiraan dengan mereka. Sekalipun kami tidak membuat persembahan tetapi kehadiran kami di sini sekurang-kurangnya menceriakan hari mereka,? katanya.

Dayang Nurfaizah pula berkata, setiap kali menerima undangan majlis berbuka puasa, dia akan pastikan dapat menghiburkan anak yatim di majlis berkenaan.

?aya gembira dapat menyanyi bersama mereka. Ini caranya saya menghiburkan hati mereka yang sedih dan rindukan belaian kasih sayang ibu dan bapa kandung,? katanya.

?aya juga inginkan kehadiran saya di majlis seperti ini dapat membantu mereka melupakan seketika penderitaan atau kesedihan mereka menumpang kasih di rumah anak yatim,? katanya.

?aya sedar, saya mungkin tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit kerana saya bukan golongan berada tetapi sekurang-kurangnya saya mampu untuk menghiburkan hati mereka,? katanya.


SUMBER : HARIAN METRO ONLINE 28/10/2006
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 12:17 AM | Show all posts
bagus2
ehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 12:43 AM | Show all posts
korang aku nak tanye..biase nyer lah kan artis kalau buat show macam kat malam amal ke..show utk kebajikan ada terima pa pe duit show tak?bukan ape..certain org ada nak duit jer baru jer nak keje...ape pndapt korang ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by eldorado at 29-9-2006 12:43 AM
korang aku nak tanye..biase nyer lah kan artis kalau buat show macam kat malam amal ke..show utk kebajikan ada terima pa pe duit show tak?bukan ape..certain org ada nak duit jer baru jer nak keje.. ...



ada sesetengah tu, ada dapat duit. ada sesetengah tu, buat dengan ikhlas tanpa menerima sebarang bayaran. bergantung pada artis tu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 10:16 AM | Show all posts
bagus2....menambahkan pahala dibulan  mulia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 29-9-2006 10:47 AM



ada sesetengah tu, ada dapat duit. ada sesetengah tu, buat dengan ikhlas tanpa menerima sebarang bayaran. bergantung pada artis tu sendiri.


:setuju: :setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056716 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list