CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: myskimi

Benarkah Yakjuj & Makjuj sudah ditemui?

[Copy link]
Post time 25-3-2010 09:34 PM | Show all posts
dah beli buka pertama tu,tapi belum katam...pening2 baca dia...


Buku tu byk bahasa ilmiah, so kalau tak biasa, mmg kena ulang baca 2-3 kali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 11:42 PM | Show all posts
dan tembok ini turut dijaga oleh seorang nabi semenjak dulu...
myskimi Post at 11-9-2006 00:50
huh?!

kan nabi muhammad nabi yg terakhir? {:1_126:}

cam ngarut je ada nabi yg jadi jaga.............
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 12:38 PM | Show all posts
62# Acong

pening kepala baca perkara2 ilmiah diatas. pd pandangan sy, bangsa yakjuj makjuj ini ialah bangsa org cina dan india sekarang ini yg menyembah bahala. yg islam tak masuk lah.
2 bangsa ini adalah bangsa yg kuat sekarang ini. mereka mengkagumi bangsa kristian yg maju dlm segala segi. bila masa selepas nabi isa diturunkan utk membetulkan agama kristian yg menyimpang dari ajaran sebenarnya, maka org kristian telah bersatu dgn org islam. org yahudi pula akan dihapuskan kerana mka bangsa yg dimurkai dan menentang nabi isa .

tah macam mana kenapa bangsa yakjuj makjuj bangkit, pd pandangan saya, mereka mungkin terasa terancam jika agama islam akan mejatuhkan agama mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 02:58 PM | Show all posts
sapa pernah tengok video age of dajjal? interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 11:48 PM | Show all posts
tadi rancgn halaqah Muhammad Alexander ni salah seorg jemputan bersama Ust dr Zainal . mula Susah gak nk faham apa dia ckp terms x pernah dgr. tp kedua2 panel saling mengiyakan hujah antara satu sama lain. Alex ni byk utarakn kitab2 lama milik yahudi etc
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 07:45 AM | Show all posts
yakjuj dan makjuj ini hanya simbolik bagi suatu kaum yg ganas dan membawa kerosakkan dibumi............dan ianya keluar dari era dunia yg berbeza
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2010 03:21 PM | Show all posts
yang keluar akan tetap keluar.
yang kita ni, apakah persediaan... untuk menghadapinyer.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 09:19 PM | Show all posts
aku nk bace buku ni.... tp kt cni susah nk dpt.... ktne aku leh dptkan buku ni ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2010 10:28 AM | Show all posts
aku nk bace buku ni.... tp kt cni susah nk dpt.... ktne aku leh dptkan buku ni ?


Blh dapatkan secara online di:

-Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain?
http://www.pts.com.my/index.php/buku/benarkah/

-Yakjuj & Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung  
http://www.pts.com.my/index.php/ ... ari_sebalik_gunung/
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 12:15 PM | Show all posts
Korang boleh try download video dari sini. Ada kisah tentang Gog and Magog, tentang hadis nabi dan kisah khalifah umar yg berkaitan...
http://www.islamictorrents.net/details.php?id=19397

Age of Dajjal Vol 1

English Description: This series will Insha'Allah aim to explore the greatest trial mankind faces, The Age of Dajjal, Are You ready?

Language: English
Genre: Da'wah
First Shown on: YouTube
Duration: 5 hours
Year: 2009
Video Quality: HD
Sound Quality: HD
Format: WMV
Bitrate: 192 kbps
Size:        7.30 GB (7,835,428,052 bytes)
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 10:54 AM | Show all posts
Tambahan drp post sy di bod Lagenda & Sejarah:

Maksud saya Dzulkarnain di dalam AlQuran itu bukanlah Alexander The Great dari Macedonia,juga bukan Cyrus dari Persian.Kedua-dua mereka tak menepati ciri-ciri Dzulkarnain.


Jd siapakah dia? Dlm hikayat Melayu, Iskandar Zulkarnain yg disebut2 raja dunia adalah satu penciplakan drp karya hikayat Parsi yg menjadikan Iskandar Agung sbg Dhul-Qarnayn. Tp salah seorg pengasas dinasti Parsi purba iaitu Empayar Parsi Achaemenid, Kurush yg Agung juga disebut2 sbg calon Dhul-Qarnayn.

Secara umumnya, antara ciri2 Dhul-Qarnayn adalah:

1. Bertanduk dua.


- Iskandar Agung mempunyai lakaran pd wang syiling zamannya digambarkan bertanduk dua.


Di makam Kurush ada satu binaan menunjukkan Kurush bertanduk dua. Ini hanya gambaran lakaran, bukan bermaksud mrk bertanduk.

2. Perjalanan drp Barat ke Timur.
- Penaklukan Iskandar Agung bermula di Greece menyatukan semua negara kota Yunani, hingga merentas Mediterranean ke Asia Tengah hingga ke benua India. Begitu juga dgn sejarah penaklukan Kurush drp Turki di Barat hingga ke India di timur.

3. Perjalanan ke Utara & Yakjuj wal Makjuj
- Perjalanan ke utara merujuk ekspedisi ketenteraan oleh Dhul Qarnayn sehingga ketemu suatu bangsa yg merayu pembelaan drp kekejaman Yakjuj wal Makjuj.



Menurut pengkaji sejarah purba & sejarawan kini, Gog Magog dlm kitab samawi merujuk kpd kaum Saka / Sace / Sacae / Scythians, iaitu persekutuan kaum2 gasar yg menetap di utara kawasan pergunungan Kaukasus. Dlm sejarah, Iskandar Agung tiada ketemu bangsa ini. Sebaliknya golongan kaum gasar yg menetap di dataran & banjaran Hindu Kush antara Parsi & India, tp utk menjustifikasi Iskandar adalah Dhul-Qarnayn, sesetgh sejarawan mengaitkan sebhg tentera Parsi sbg Yakjuj wal Makjuj.

Manakala Cyrus pula dlm kempen militerinya telah bbrp kali telibat pertempuran dgn suku kaum Saka di di Kaspia & pesisiran Laut Hitam. Yakjuj yg menguasai wilayah Utara & Timur Laut Hitam, & Makjuj di kawasan Utara Caucasia berhampiran Laut Kaspia.

4. Air berlumpur
- Ini merujuk kepada Black Sea (Laut Hitam) atau pun Laut Kaspia (Caspian Sea). Kempen militeri Iskandar ada menghampiri Laut Hitam menerusi kempennya berhampiran Laut Aegean. Manakala manakala Cyrus pernah sampai ke Laut Kaspia & pesisiran Laut Hitam dlm perluasan wilayahnya.

5. Dinding penghalang
- Dinding Dhul-Qarnayn telah dibina bagi menghalang Yakjuj wal Makjuj. Menurut sejarawan Barat & Islam, ada salah 1 drp 3 tembok pertahanan purba yg berkemungkinan dibina Dhul-Qarnayn. Ia adalah Tembok besar Gorgan, Tembok Derbent / Kaspia & Laluan Daryal.

  


Tembok besar Gorgan dibina di zaman dinasti Parsi bermula di Kaspia hingga ke pergunungan Pishkamar di utara Iran. Ia turut dikenali sbg Tembok Pertahanan Gorgan / Tembok Penghalang Anushirwan / Tembok Penghalang Firuz / Qazal Al'an malah turut dikenali sbg Sadd-i-Iskandar (tembok Iskandar).

Tak pasti bila ia dibina, tp dipercayai tika zmn Parsi purba, & dibaik pulih oleh Empayar Parsi Sassanid.



Tembok Derbend bermula drp laut Kaspia hingga pergunungan Kaukasus terletak di Republik Dagestan berhampiran Azerbaijan. Dipercayai dibina waktu zaman Parsi Sassanid, namun teks Parsi ada menyatakan bahawa bhw ia adalah binaan lama yg ditambah & dibaikpulih di zmn empayar Parsi Sassanid.

  
Laluan / Lorong Daryal terletak di pergunungan Kaukasus. Ia satu2nya laluan melepasi pergunungan Kaukasus & dipercayai jd laluan utama kaum gasar Scythians yg turun drp pergunungan melakukan serangan demi serangan pd ketamadunan purba. Ada dikesan bekas kota pertahanan purba yg dipercayai bermula drp zmn Parsi purba. Nama Laluan Daryal berasal drp perkataan Parsi iaitu Dar-e-Alan.

Dlm kempen militeri Iskandar Agung (Alexander the Great), tiada disebut ttg pembinaan dinding atau tembok pertahanan menghalang Yakjuj wal Makjuj, tp dlm catitan Parsi kuno, sekurg2nya ada 3 tembok yg dibina bg menghalang kaum gasar mengancam peradaban tamadun manusia di utara Parsi & kawasan Levant umumnya. Tembok Besar Derbend & Tembok Besar Gorgan adalah berkemungkinan pembaikpulihan tembok purba pertahanan Parsi di zaman Parsi Sassanid, sekurang2nya beratus tahun setelah Empayar Parsi Parthia & Empayar Parsi Achaemenid.

Tp kini, ramai sejarawan mula menuding jari pd laluan Dar-e-Alan, yg mempunyai kesan2 kemusnahan tembok serta kota pertahanan purba yg berkemungkinan berlanjutan drp zmn Parsi Achaemenid, Kurush yg Agung (Cyrus the Great). Kaum gasar Scythia seringkali menjdkan laluan Daryal utk menghenyak peradaban lama manusia di wilayah Parsi hingga ke Levant drp masa ke semasa sebelum berundur ke wilayah mrk di utara pergunungan Kaukasus.

Berdasarkan kenyataan itu, perjalanan militeri Iskandar Agung tiada melibatkan mana2 pembinaan dinding / tembok pertahanan, yg hanya ditokok tambah dlm hikayat Iskandar Zulkarnain oleh para sasterawan Parsi pd abad pertengahan & diwarisi org Melayu. Tp, berdasar susur galur arkeologi & catitan purba, kita mengenali siapa itu Yakjuj wal Makjuj & tembok2 yg mana salah satunya mungkin dibina Dhul-Qarnayn utk menghalang Yakjuj wal Makjuj.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 11:14 AM | Show all posts
Tambahan drp post sy di bod Lagenda & Sejarah:

Kisah Dhul-Qarnayn & Yakjuj wal Makjuj disebut dlm Al-Quran, surah Al-Kahfi ayat 83-99:

[83] Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":

[84] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

[85] Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

[86] Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".

[87] Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

[88] Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".

[89] Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[90] Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

[91] Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

[92] kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[93] Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

[94] Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

[95] Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

[96] Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".

[97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

[98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

[99] Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 09:13 PM | Show all posts
ape2 pon  ikot AL-QURAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 07:53 PM | Show all posts
Acong posted on 26-3-2010 11:42 PM
huh?!

kan nabi muhammad nabi yg terakhir? {:1_126:}

uhuhuhu...

tu la pasal..
manja musykil...sbb ape tau...psl buku ni...
kan umat Islam..kalau ade ape2 masalah..
rujuk al-Quran & sunnah...

tp buku ni siap rujuk bible bagai..
what for man???..
setahu manja isi dlm kitab2 lain ni..
isi die dh x betul..cause..isinye dh diubah..
utk kepentingan..penganutnya...



Last edited by manjalara_01 on 27-2-2014 07:57 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 1.710240 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list