CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sedondon

Fatwa mengenai bermain alat muzik bertali - Tidak Haram?

[Copy link]
Post time 15-2-2007 01:50 PM | Show all posts
First sekali, aku bukanlah orang yang layak utk putuskan keharaman atau keharusan alat muzik bertali ni dalam islam..so aku pun bertanya pada ustaz, dgn bersemuka, menulis soalan ke ruangan agama di majalah dan s.kabar... dan juga internet... yang aku dapat ialah, para ustaz ni ratanya menyatakan kaharusan gitar ni dgn syarat -syarat tertentu*... dan banyak yang akhirnya kembali merujuk kpd ulama yang berkredibiliti..salah satunya Yusuf Al-Qardhawi....

Yusuf Al-Qardhawi, ada cerita pasal ni dalam Malamih Al-Mujtama Al-Muslim...Begitu juga dgn ulama lain macam Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam Al-Marah wa Baitil Muslim juzuk 4 bab 8 iaitu Babul Lahwi wal Laab.Dr. Mohammad Imarah di dalam bukunya Al-Islam wal Funun Al-Jamilah. Dr. Kaukab amir dalam bukunya As-Simaa nda As-Sufiyyah. Aku tak bacalah semua...Cuma bahagian muzik aje...tu pun harap orang tunjuk kat aku...kan terjemahan dia ada..cait..!

Aku tahu ada yang tak sabar nak bashing aku kot... senang gini aje le...kan ke fatwa Qardhawi yg senang dapat ni dah dibukukan? Dah diterjemahkan? Bahasa Indon ada, bahasa Melayu pun ada...beli/pinjam/curi ajelah...baca... jangan sibuk nak ambush aku pulak...sambil megulas "ustaz aku cakap gini, tok guru aku cakap gini..tok mudim aku cakap gini..." apa da... aku ni taqlid aje..tapi bukan taqlid buta lah ye... aku baca tulisan Qardhawi tu...aku faham macam mana beliau keluarkan pendapat tu.., of course le..pasal ceritanya detail...seriously korang kena baca sebab janganlah taqlid buta. Tak pun bacalah kitab terkenal Al-Ghazali Ihya Ulumiddin... satu bab aje..bab 8 kot... Al-Ghazali cerita fasal muzik dan keharusannya,..meliputilah juga alat2 muzik ni... kalau Al-Ghazali Hujjatul Islam pun tak nak percaya juga ..okey...raikan perbezaann.....

Tapi bila aku tulis macam ni..janganlah sengal gi ambik gitar terus main kat awek sambil menggigit bunga ros bagaikan seorang hero yang romantik pulak....ni dah tak betul...tak pun jammin tepi jalan kaco orang lalu lalang...bila orang sound...sound balik...gitar ni boleh main bang..halal bang... macam mana la sesetengah ulama tak hukum alat muzik bertali ni haram....? tengok pembawaannya pun orang tak berkenan...

Cerita bab keharaman alat muzik bertali ni..teringat aku Yusuf Islam...yang mula-mula juga berpegang pada pendapat pengharaman ini...tahu berapa lama dia tak main gitar..? yang aku faham.....lebih kurang 30 tahun beb**.....lagi lama dia tak main gitar dari jangkahayat sesetengah kita.. komited habis bagi seorang artist yg terer main gitar...kalau aku ..tak kisah la..bukan reti main gitar pun....fuu... tapi dia belajar..belajar...berbincang..tukar pendapat... akhirnya beliau main gitar semula...siapa tengok dokumentari pasal ni hari tu? Bila ditanya pasal ni.. aku ingat dia cakap "sbgai seorang muslim ... saya belajar dan improve setiap hari....." lebih kurang gitu la... tapi apa pun Yusuf main gitar semula.... hari tu utk Album Dolly Parton..kemudian utk konsert meraikan Noble Prize winner..of course le award keamanan......rilek aje...

* = syarat2 tertentu di common sense..tapi selalu org buat tak reti..iaitu tak melalaikan, bukan majlis maksiat, bukan utk merangsang sexual..pendeknya yang menjurus kpd dosa lah...
** = yang aku faham gitulah.... korang faham macam mana? ....sampailah dia tahu ada pendapat mengatakan guitar adalah hasil ciptaan muslim dari Andalusia.


[ Last edited by  kawankau at 15-2-2007 02:03 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2007 12:05 PM | Show all posts
kna tanya yg lebih tahu bab hukum hakam ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 03:30 AM | Show all posts
Bagi aku, common sense lar... kalau main muzik pakai gendang pun, tapi kita main sampai lupa solat, lupa azan sedang berkumandang, sama gak dgn main gitar pun kan? Yg penting niat kita nak main muzik tu. Tapi so far, aku tak tau main apa2 alat muzik. Cuma waktu sekolah rendah jer ada main rekoder yg main tiup tu.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.034850 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list