|
Pembangunan Material VS. Pengekalan Alam Sekitar
[Copy link]
|
|
Originally posted by crayzee at 3-4-2006 06:52 PM
emm bercakap pasal keseimbangan ni...perlu ada idea ataupun solution untuk kita capai tahap "keseimbangan" itu sendiri...salah satu jalan yg saya nampak di Malaysia ialah penggunaan palm ...
setahu saya biodiesel yang diwar-warkan ni cuma setakat campuran 5% minyak bukan petroleum dengan 95% petroleum. yang dirisaukan, benda ni buat orang rasa 'tidak bersalah' untuk menggunakan bahanapi sebab kononnya menggunakan biodiesel.
cam orang yang order mc value meal large dengan diet coke. 'feel good' feeling tu menyebabkan kita sebenarnya menggunakan lebih dari sebelumnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 foundation's post
saya ada baca di suratkhabar tentang peratusan kandungan minyak seperti yg foundation sebut...
jadi apa yang saya harapkan ialah penggunaan POME untuk ditukar kepada biodiesel dilakukan secara besar-besaran dan ada kajian yang lebih meluas berkenaan waste ini.kerana setiap tahun Malaysia dianggarkan mengeluarkan lebih 90 juta tan biomass dari palm oil ni...biasanya waste yg ada ni are left in the plantation sebagai bekalan organic nutrients atau dibakar je illegally...kan bagus kalau guna 100% biodiesel dalam enjin kereta..
tapi tak tahu lah kalau gomen nak support this kind of project,sebab pembangunan Bio-Valley di putrajaya pun macam dah senyap je...hingga ada yang gelar GhostValley... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 crayzee's post
surat khabar hari ni ada cerita pasal bahanapi dari tebu (gula - peram - jadi methanol kut) 100%; yang ini memang menarik dan kat tempat macam brazil memang dah established. cuma masalahnya nak dapatkan bekalan tebu dan mengadakan rangkaian stesen dan sebagainya sebab kalau bercampur aduk dengan petrol mungkin boleh bawak masalah pada enjin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Manusia punca utama bencana alam
ISU pencemaran alam sekitar rancak diperkatakan sejak sebulan dua ini. Air busuk di Lembah Klang. Pembuangan sampah sarap di dalam sungai. Malahan tempat buangan sampah yang sarat dan menghasilkan toksik. Ini tidak termasuk tebangan pokok dan gondolan bukit untuk projek perumahan.
Ramai yang mengakui pencemaran dan bencana alam ini isu serius. Bukan setakat menimbulkan ketidakselesaan kepada rakyat. Paling teruk ia melibatkan kesihatan rakyat dan kemalangan jiwa. Tidak dapat bayangkan kalau terpaksa minum dan mandi air busuk.
Perkara ini tidak pernah terjadi dulu. Malangnya terjadi di abad ke-21 di kala Malaysia muncul sebagai sebuah negara membangun yang paling maju. Cukup menyedihkan pencemaran ini terjadi di Lembah Klang dan Shah Alam ibu negeri Selangor yang telah diisytihar sebagai negeri termaju di Malaysia.
Perkara ini juga terjadi ketika Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan Datin Seri Rafidah Aziz tidak henti-henti mengetuai rombongan galakan perdagangan dan pelaburan di Malaysia ke beberapa buah negara luar khususnya Amerika Syarikat dan Eropah.
Isu ini serius sungguh hinggakan Perdana Menteri akhir April mengingatkan pemaju-pemaju perumahan supaya mengambil kira isu pencemaran alam ketika menyediakan pelan tersusun projek-projek perumahan mereka.
Sebenarnya Perdana Menteri tidak perlu lagi membangkitkan isu ini. Negara gempar bila pangsapuri di Highland Tower runtuh kira-kira sepuluh tahun lalu. Ia merupakan bencana yang terburuk di Malaysia dan patut menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Dalam lain perkataan setiap undang-
undang yang telah pun ada hendaklah dikuatkuasakan. Ini termasuklah projek perumahan, pembuangan sampah dan sebagainya.
Sayang sekali masalah alam sekitar bukan sahaja masih wujud, malahan semakin teruk. Orang Malaysia nampaknya terlalu cepat lupa. Umpama kata pepatah Melayu bila terhantuk baru mengaduh.
Sebenarnya isu gondol bukit dan tebang pokok bukanlah perkara baru. Isu ini pernah dibangkitkan lebih 20 tahun lalu. Malah saya sendiri ketika bertugas dengan Utusan pernah mengikuti kursus/seminar anjuran United Nations Environment Programme (UNEP) khusus untuk akhbar dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Singapura tahun 1980.
Namun hingga beberapa tahun perkataan alam sekitar merupakan satu tabo. Ramai yang menganggap perkataan alam sekitar sebagai antipembangunan. Lantaran itu, NGO sering dikeritik bila isu alam sekitar dibangkitkan. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
Kebimbangan yang pernah disuarakan oleh berbagai pihak 20 tahun lalu kini menjadi kenyataan. Banjir kilat, air busuk dan sebagainya berpunca dari ketidakpekaan pihak tertentu terhadap pencemaran alam sekitar. Yang menjadi masalah ialah perlaksanaan undang-undang.
Perlaksanaan undang-undang ini juga terbantut kerana ada pihak-pihak berkepentingan menentangnya. Lalu digunakan berbagai cara untuk mengelat. Ada antara projek-projek tersebut mempunyai pelan yang cukup baik dalam menangani isu pencemaran alam sekitar. Tetapi produknya lain pula. Pihak bertanggungjawab sering membuat potongan pendek short cut untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Sebab
Dalam membina projek perumahan atau kompleks pejabat-pejabat yang baru tidak ada sebab kenapa pokok-pokok yang telah dewasa mesti ditebang. Sepatutnya pokok-pokok besar ini dibiarkan bertujuan untuk mempertahankan tanah dari hakisan. Kalau perlu pokok- pokok ini boleh 慸itrimkan |
|
|
|
|
|
|
|
Belum terlambat baiki alam sekitar
Pendapat
HUBUNGAN antara manusia dengan alam tidak boleh sekali-kali dipandang ringan. Mungkin benar, alam tidak boleh menyuarakan rasa hati, kesengsaraan, kepedihan akibat diperlakukan sewenang-wenang oleh manusia.
Namun, apabila kesengsaraan tidak tertanggung lagi, maka bersuaralah alam dalam bentuk yang menyedihkan seperti bencana.
Maka pada waktu itulah, kita akan merasai kesan kesengsaraan alam seperti tanah runtuh, banjir kilat, sungai yang kotor, gempa bumi dan cuaca yang tidak menentu.
Dalam kerakusan manusia melupai kecintaan dan pemeliharaan terhadap alam sekitar, kesannya akan melimpah balik kepada diri manusia sendiri.
Apabila manusia tidak lagi beringat tentang pentingnya alam sekitar dijaga, padah buruknya adalah pada kehidupan sendiri.
Dan apabila ini berlaku, ada kalanya ia sudah terlambat. Bencana alam akibat tanah runtuh sering kali juga mengorbankan nyawa. Banjir-banjir besar membawa bersama-sama ribuan korban. Tsunami pula menelan nyawa yang bukan kecil bilangannya.
Tapi, masih belum terlambat bagi manusia untuk memperbaiki hubungannya dengan alam.
Hubungan manusia dengan alam adalah sesuatau hubungan yang istimewa dan amat perlu dijaga. Bayangkan kehidupan manusia tanpa pokok-pokok yang menghijau, udara yang segar, sungai yang jernih dan cuaca yang nyaman.
Kerakusan manusia telah banyak memberi kesan kepada kualiti alam sekitar yang baik.
Air adalah sumber alam yang sangat penting. Tanpa air, amat sukar untuk manusia meneruskan kehidupan. Memandangkan air amat penting kepada kelangsungan hidup, akal rasional manusia tentu sekali dapat melihat keperluan menjaga kualiti air agar ia akan sentiasa selamat untuk digunakan.
Melihat akan kepentingan air kepada kehidupan sama ada kepada manusia atau makhluk-makhluk lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan, tentunya logik akal akan meminta kita untuk sentiasa memelihara kualiti air.
Namun, tidak semua manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah s.w.t dapat menghargai air sebagaimana mereka menghargai kehidupan.
Jika manusia dapat menggunakan akal fikirannya, tentu sekali sungai-sungai tidak akan tercemar akibat dari kegagalan menjaga kebersihan sungai. Longkang dan sungai tidak akan dipenuhi dengan sampah sarap.
Kegagalan manusia untuk menghargai alam sekitar akan memudaratkan kehidupan manusia dan makhluk lainnya. Jika manusia gagal untuk menjalankan amanat menjaga alam, tidak siapa yang akan rugi kecuali manusia sendiri.
Hubungan antara manusia dengan alam amat perlu dijaga dalam memastikan kesucian alam akan tetap terpelihara. Dan manusia akan dapat terus merasai kenikmatan kehidupan ini.
- SAPORA SIPON
Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) |
|
|
|
|
|
|
|
nature versus nurture (human intervention)
abundance vs scarcity
environment vs modernisation
oang kata mati semut kerana gula. so i think dunia 'mati' kerana too materialistic. saya lebih beratkan pembangunan non material yang jua mengalami 'kematian'. tu kat bandar, jiran sebelah pun kita tak kenal. tenguk muka oang2 bandar during peak hours esp waktu petang..monyokkk jek...tak kenal sesapa duk sebelah dalam LRT..senyum pun susah hihihihi
stress, depress, suicidal, boredom to name a few.
modernisation doest necessarily bring happiness but will bring more chaos because of 'the concentration of power'
any society must have 'a socialist' mentality to ensure power is checked and healthily distributed amongs citizens.
kita tak deny kepentingan SAINS dalam modernisation misalnya, menolong banyak malah terlalu banyak dilemma society contoh macam penyakit wabak etc. tapi manusia mempunyai kecenderungan mendominasi manusia lain dan sains akhirnya di jadikan ALAT mendominasi , contoh dunia peperangan.
sangat jelas bahwa cara yang paling selamat mempastikan tiada keserongan matlamat dalam modernisasi adalah persoalan didikan attitude manusia itu sendiri...kalau misal dalam dunia sains kita sebut 'etika or moral stand' , contoh macam persoalan klon manusia dari stem cells.
so tak berbeza jua pada topik ini, persoalan etika modernisasi terhadap alam sekitar. maybe misal dalam education disekolah kanak2 sejak tadika lagik di galakkan ada subjek kenal alam sekitar, di bawa mereka ke belukar or hutan simpanan, kenal kayu belukar pokok air terjun, asuh mereka sayangi alam sekitar etc. Pekara ni wajib di buat sejak zaman kanak2 ribena lagi.
Boleh jua any projek di lakukan, kerajaan wajibkan di beri feasibility kesan projek pada alam sekitar pada jabatan alam sekitar dan jabatan perdana menteri sama. Macam saya kata masalah utama adalah 'attitude manusia'. Maybe sebab tuan projek duduk di negeri lain dan projek di negeri lain jadi dia tak amik kisah pencemaran ke apa ke bila projek di laksanakan, or kalo di buat pun langkah2 berjaga2 tu macam lepas batuk di tangga, contoh baik JEREBU di Sumatra tu dari kompeni di Malaysia. Denda keras wajar di perkenal kan, bukan setakat berpoloh ribu malah berjuta juta RM sepatutnya, kalo bungkus kompeni tu lagi baik so selamat sekitar alam. Kita masih dalam phasa very UNCARING SOCIETY kerna mostly kita di Malaysia mempunyai attitude TIDAK PEDULI ..tenguk contoh di jalan raya sudah. Actually seme ni berkait. Susah kita nak pebetui misal bab caring alam sekitar but di masa sama di jalanraya kita uncaring, TO ME THIS IS ABSURD sangat ler.
apa perlu di lakukan ialah soal fokus di mana punca semua uncaringness ini dalam aspek hidup di malaysia. ini paling utamanya. Tak guna kita ada aktivist alam sekitar tapi kesian mati eksiden pasal ada budak rempit mencilok depan die hihihihi kan rugi? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|