CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kumpulan cerita rakyat Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 8-6-2006 03:51 PM | Show all posts
SEMUT DAN CENGKERIK

       

      Ada seekor cengkerik yang pandai bernyanyi. Ia akan bernyanyi dari matahari terbenam hinggalah terbit matahari esoknya. Apabila matahari terbit, cengkerik akan tidur sepanjang hari. Apabila lapar, barulah dia keluar mencari makan. Selepas itu, ia akan menyambung tidurnya.

      Pada suatu hari, cengkerik terbangun daripada tidur. Ia terlihat sekumpulan semut sedang sibuk mengheret makanan ke tempat tinggal mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2006 03:52 PM | Show all posts
SANG KANCIL MENIPU HARIMAU



Harimau ternampak Sang Kancil duduk di bawah sepohon pokok. Pada ranting pokok itu ada sarang tebuan.

   揌ah, Sang Kancil ! Puas aku cari kamu, sekarang baru bertemu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2006 01:31 PM | Show all posts
Kisah Dua Ekor Keldai

Sebuah kisah ibarat/kiasan yang menarik yang disampaikan oleh Allahyarham Pendita Zaaba.  

Dalam satu peristiwa dua ekor keldai telah dibawa oleh tuannya mengangkat barang: seekor membawa garam di dalam beberapa karung diikatkan di atas belakangnya, dan seekor lagi membawa bunga karang (iaitu span) diikatkan kepada belakangnya juga.

Tatkala mengharung melalui sebuah anak sungai keldai yang membawa garam itu telah tergelincir beberapa kali dan jatuh tergolek ke dalam air. Maka garam itu pun beransur-ansur larut; tiap-tiap kali ia bangkit air garam itu pun berlelehan turun dari kiri kanan rusuknya. Akhirnya ia pun merasa ringan. Setelah sampai ke tebing sebelah, melompat-lompatlah ia oleh kerana kesukaan.

Apabila dilihat oleh keldai yang membawa span itu ia pun hairan lalu ia bertanya kepada taulannya itu dengan bahasa keldai: "Hai! Apa sebabnya awak telah menjadi terlampau suka ini? Tadi kawan tengok awak terkial-kial di bawah beban awak itu; sekarang nampaknya awak sudah ringan dan boleh berlari melompat-lompat dengan riang pula!"

Jawab taulannya itu: "Masa kawan mula-mula tergelecek dan jatuh dalam sungai itu tadi rasa beban di atas belakang kawan hancur menjadi air serta ringan rasanya. Sebab itu kawan pun sengaja membuat-buat jatuh lagi beberapa kali, supaya banyak lagi beban kawan itu hancur. Sekarang sudah ringan betul!"

Maka keldai yang membawa span itu pun menetapkan dalam hatinya hendak membuat-buat jatuh pula dalam air bila menyeberang anak sungai yang lain kelak, supaya bebannya pun menjadi ringan juga. Oleh itu apabila terjumpa sebuah anak sungai lagi dan ia turun mengharungi bersama taulannya itu hendak menyeberang, ia pun pura-pura tergelincir lalu rebah ke dalam air hingga bergolek-golek.

Maka sengaja ia lambat bangun, kerana menantikan biar banyak bebannya itu hancur pula! Tetapi kasihan! Apabila ia bangun dirasanya jangankan bebannya itu bertambah ringan, malahan telah bertambah berat pula berganda-ganda daripada dahulu, sebab span itu semuanya telah penuh dimasuki air. Dalam hal yang demikian, mahu tak mahu berjalanlah juga ia naik ke tebing sambil mengerang dan mengeluh oleh terlalu beratnya, sepertikan hendak patah rasa belakangnya!

Ketika itu tuannya, yang dari tadinya telah memerhatikan sahaja akan kelakuan keldai itu dengan perasaan lucu, datang hampir kepadanya lalu berkata: "Hai Si Dungu yang bebal! Sungguhlah engkau ini bodoh dan tongong! Tiada engkau mengerti bahawa beban engkau dengan beban taulan engkau itu tidak sama jenisnya! Engkau hanya meniru dan mengikut-ngikut dengan buta tuli, tidak dengan fikiran dan faham yang terang! Padanlah balasan yang engkau terima ini dengan bodoh engkau itu!!

Bangsaku manusia pun banyak yang berbuat seperti engkau ini, mengikut-ngikut perkara yang mereka tiada tahu dan tiada mengerti!"

Cerita ini adalah sebahagian dari catatan (Allahyarham)Pendita Za'aba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2009 11:43 AM | Show all posts
Riwayat hidup Raja Bersiong

TABIAT buruk dan kekejaman Raja Bersiong bermula selepas memakan sayur bayam bercampur darah manusia, milik tukang masak istana yang tidak sengaja terhiris jarinya ketika sedang memasak. Apabila makanan itu dihidangkan dan disantap Raja Bersiong, berasa kelainan ketara.

Hal ini diajukan kepada tukang masak dengan bertanya resipi yang digunakan dan terpaksa tukang masak itu menceritakan hal sebenar yang berlaku. Sejak itulah baginda mengarahkan masakannya dicampur dengan darah manusia.

Pengawal istana diarah membunuh musuh baginda dipenjara dan dipancung untuk diambil darahnya. Apabila semua tawanan sudah habis, kanak-kanak pula menjadi mangsa. Rakyat ketakutan dan selepas sekian lama, mula timbul api pemberontakan menentang kezaliman raja.

Raja Bersiong yang semakin ghairah dengan darah mengalami masalah sakit gigi yang disebabkan siung mula timbul di mulutnya. Ketika ini pula gerakan memberontak bermula dan menyerang istana menyebabkan raja melarikan diri.

Ada yang mengatakan pemberontakan itu diketuai seorang menteri dan ada pula mendakwa ia dipimpin raja negeri Kampar yang berjiran dengannya.

Ketika dalam perjalanan di hutan, giginya semakin sakit dan selepas berhempas pulas mencabut siung, akhir berjaya dan mencampakkan taringnya jauh ke hutan sebagai tanda marah, lalu dinamakan Baling. Ada yang mengatakan baginda melarikan diri bersama sekumpulan pengikut dan berkubu di Kota Air, Gubir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 03:37 PM | Show all posts
Sang Kelembai

Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai.

Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu.

Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah yang banyak di situ telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.

Namun demikian sehingga kini , tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar batu yang menyerupai gajah di Bukit Tunggal itu.

Dalam masyarakat orang Asli Semai di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2010 12:50 PM | Show all posts
Masyarakat Kejaman kaya kisah legenda, dongeng

SEMUA kaum mempunyai cerita dan hikayat tersendiri. Di Semenanjung cukup terkenal dengan kepahlawanan legenda, Hang Tuah lima bersaudara dan turut berbangga memperkatakan mengenai kemasyhuran kisah Mahsuri.

Jika hikayat dongeng penglipur lara pula, cerita seperti Pak Pandir, Luncai, Badang, Pak Kaduk, Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup cukup sinonim terutama di kalangan orang Melayu. Tak kurang juga, semua kaum mempunyai idola yang sentiasa dikagumi termasuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Begitu juga halnya dengan masyarakat Kejaman. Mereka juga mempunyai perwira, legenda dan kisah dongeng tersendiri. Malah, apabila dikaitkan dengan kepercayaan lama mereka terhadap makhluk halus ketika menganut fahaman Saviek, banyak cerita legenda dikatakan mempunyai kuasa aneh dan misteri.

Ketika bercerita mengenai hikayat dan legenda masyarakat Kejaman, wakil Tuai Rumah, Jackson Kubang Luring yang ditemani beberapa warga tua Kejaman begitu bersemangat dan sentiasa sampuk menyampuk menambah isi cerita.

Menurut Jackson, kebanyakan cerita legenda itu dikarang dan diceritakan kembali oleh orang tua Kejaman melalui 'Mua' (sejenis syair masyarakat Kejaman) menggunakan bahasa yang tidak ramai memahaminya.

Wira misteri Kejaman: Levou Puau

Levou Puau dipercayai masih wujud serta hidup dalam keadaan ghaib sehingga kini dan dikatakan mempunyai perkampungan di kawasan hutan seberang sungai pekan Belaga. Dia dikatakan separuh manusia dan separuhnya makhluk lain, namun satu ketika dulu pernah menampakkan diri dan bergaul dengan orang ramai.

Lelaki misteri ini gemar berjalan merentas seluruh Sarawak dan pada satu ketika melalui hulu Sungai Balui iaitu di hulu Belaga. Dia berperahu merentas sungai tanpa mempedulikan jeram yang bahaya. Perjalanannya terganggu apabila ada sebuah batu besar dikenali sebagai batu angin melintang menyekat perjalanan di tengah sungai.

Cubaan Levou Puau untuk memotong batu angin menggunakan pelbagai alat tidak berjaya, namun dengan kesaktian yang ada padanya, seekor burung kujit memberi petunjuk dengan berbunyi: 'Kujit kuco kujit kuco, gelak gelak.'

Sebenarnya, isyarat yang diberi ialah menyuruh mereka mengambil satu kayu lembut yang bernama gelak dan menggunakannya untuk menolak batu itu. Nyata, kaedah itu berjaya menumbangkan batu itu sehingga pecah berderai serta hanyut ke hilir Sungai Balui dan membentuk lebih banyak jeram. Kerana itulah dikatakan punca banyak jeram di sepanjang Sungai Rajang.

Perjalanan diteruskan ke Lubuk Mejawah yang ketika itu menjadi sarang sekumpulan tebuan yang saiznya sebesar ayam jantan. Tebuan ganas itu sentiasa menyerang dan menyengat sesiapa yang melalui laluan itu sehingga mangsanya mati.

Bagi menghapuskan tebuan itu, Levou Puau membuat satu jala yang menggunakan dawai tembaga. Keberaniannya berdepan tebuan itu dan mengepungnya dengan jala khas itu berjaya menamatkan keganasan haiwan itu. Sekali lagi, Levou Puau berjaya membantu untuk keselesaan kaum di situ.

Levou Puau bukanlah pahlawan menentang musuh tetapi cukup terkenal di kalangan masyarakat Kejaman kerana jasanya membantu menyelesaikan banyak masalah di sekitar kawasan perkampungan etnik itu.

Pahlawan Kejaman: Aman Gon

Satu ketika dulu, Kejaman pernah bermusuh dengan masyarakat Kenyah Badeng di Usun Apau. Mereka dikatakan selalu mengganggu penduduk Kejaman menyebabkan Aman Goh mengambil tindakan menyerang kaum itu untuk membalas dendam. Ia berlaku ketika zaman kepemimpinan Tuai Rumah Sebuang Kebiang.

Pertempuran ketika itu berlaku dengan sengit sehingga mengorbankan banyak nyawa. Kekuatan dan jumlah pejuang Kenyah Badeng yang mahir menggunakan sumpit dan parang ilang memberi kesukaran besar kepada pejuang Kejaman untuk menghampiri perkampungan mereka.

Menyedari kekalahan pada pihak Kejaman, Sebuang membawa lari pejuang yang masih hidup, tetapi Aman Gon tidak mahu menyerah dan terus menyerang seorang diri menggunakan sumpit dan parang yang menggunakan hulu tanduk badak. Mengikut kefahaman masyarakat Kejaman, sesiapa yang memiliki parang berhulu tanduk badak, pemiliknya tidak akan lari daripada pertempuran.

Kehebatannya menggunakan sumpit berjaya membunuh ramai pejuang Kenyah Badeng sehinggakan akhirnya dia tumpas akibat seorang wanita. Ketika itu, dalam sejarah perang 'Ngayau' (penggal kepala), wanita berupaya melemahkan lelaki. Wanita jugalah yang dihantar untuk membunuh Aman Gon.

Legenda wanita misteri: Buriang Inan Saran

Buriang bukanlah pahlawan tetapi terkenal dengan misteri yang sehingga hari ini masih kuat dipercayai masyarakat Kejaman. Dia dipercayai mempunyai perkampungan kecil di Letang Ugan, berhampiran kampung asal masyarakat Sihan di seberang pekan Belaga.

Dia dikatakan ada memelihara buaya putih yang sudah berubah menjadi batu dan batu berbentuk buaya itu masih boleh ditemui di kawasan berkenaan. Di situ juga ada pokok yang tidak pernah membesar dan saiznya tetap begitu sejak sekian lama. Kolam tempat Buriang mandi juga tidak pernah kering walau ketika musim kemarau sedangkan tiada sebarang punca air di kawasan itu.

Tidak dapat dipastikan siapa Buriang tetapi tinggalan misterinya masih menghantui kebanyakan penduduk di situ sehinggakan tidak ada sesiapa berani mendirikan sebarang binaan atau menggerakkan projek di Letang Ugan.

Buriang dipercayai lebih rapat dengan masyarakat Kejaman di Long Litten dan pernah berkahwin dengan lelaki sakti, Lagiang yang dikatakan berketurunan naga menyebabkan Buriang perlu mendirikan rumah di dalam air.

Kisah dongeng popular: Akek Utun

Akek Utun, seorang yang cacat. Kudung kaki dan tangan. Dia suka berpakaian pelik dan parangnya juga utun (setengah). Topinya pun sengaja dipotong supaya tinggal setengah saja. Begitu juga pancing dan hampir semua barang peribadinya, semuanya utun.

Kegemarannya ialah memancing ikan. Tidak jauh dari tempat dia memancing, ada sekumpulan monyet yang memerhatikannya. Kecekapan Akek Utun memancing sehinggakan mendapat banyak ikan menarik perhatian ketua monyet yang terus mengarahkan anaknya bertanya pada Akek Utun apa umpan yang digunakannya.

Maka pergilah anak bongsu monyet dan bertanya tetapi tidak dilayan oleh Akek Utun. Berkali-kali ditanya anak monyet itu sehingga Akek Utun berasa marah dan menjawab: "Umpan saya, hati mak bapak kamu, jantung mak bapa kamu."

Menangislah anak monyet itu dan mengadu kepada bapanya. Tak berpuas hati, bapa monyet menghantar anaknya yang lain. Sekali lagi Akek Utun memberi jawapan sama dan menyebabkan anak monyet menangis.

Kerana marah, ketua monyet menangkap Akek Utun dan menawannya di rumah mereka. Dia diikat di kaki tangga dan dibiarkan bermalam di situ. Ketika pagi, ketua monyet bertanya apakah mimpi Akek Utun pada malam sebelum itu. Akek Utun hanya berkata tidak ada mimpi kerana kesejukan dan tidak dapat tidur.

Selepas setiap pagi soalan sama diajukan dan jawapan sama diberi, ketua monyet memindahkan Akek Utun tidur di tempat lebih selesa dan diberi makan seenaknya. Kali ini apabila ketua monyet bertanya mengenai mimpinya, Akek Utun menceritakan dia nampak banyak buah sedang masak di hulu sungai.

Senanglah hati monyet dan beramai-ramai keluar mencari lokasi itu dengan hanya meninggalkan dua anak monyet yang masih kecil untuk menemani Akek Utun. Namun, selepas seharian mencari, tiada langsung buah masak yang ditemui.

Akek Utun menggunakan peluang itu dengan merebus anak monyet dalam air panas. Apabila anak monyet kepanasan, mereka meronta dan mati kekerasan dengan mulut ternganga seakan riak muka orang sedang ketawa. Akek Utun mengikat dua anak monyet itu di kepala tangga sebelum melarikan diri dan menyorok di atas pokok ketapang.

Apabila kumpulan monyet itu pulang, mereka melihat anak monyet seakan sedang ketawa di kepala tangga menyebabkan mereka pelik. Selepas mengetahui rupa-rupanya anak monyet itu sudah mati, mereka segera mencari Akek Utun dan menjumpainya di atas pokok itu.

Menjerit mereka menyuruh Akek Utun turun sehingga akhirnya dia mengalah dan menghulurkan tali yang dibawa bersama. Dengan pantas semua monyet beratur memanjat tali ke atas pokok ketapang yang tinggi itu. Belum sempat sampai ke atas, Akek Utun memotong tali menyebabkan semua jatuh dan mati. Hanya dua monyet yang selamat. Kononnya, monyet yang selamat itulah menjadi nenek moyang monyet sehingga sekarang.

Itu hanya satu daripada beberapa lagi kisah dongeng popular dalam masyarakat Kejaman. Antara cerita lain ialah Batu Adut, sebuah batu besar di tengah Sungai Batang Balui, Belaga yang mempunyai bentuk seperti belakang kura-kura. Batu itu masih ada dan mempunyai ceritanya sendiri.

Ada juga cerita Kejaman yang seakan sama dengan dongeng atau cerita rakyat di Semenanjung tetapi mempunyai versi sedikit berbeza. Mereka juga menggunakan cerita seperti Tanggang untuk menghiburkan anak di samping memberikan pengajaran tersirat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058992 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list