|
apa-apa lah.. jika rasa dah menguasai seluruh ilmu tuhan, jika telah mengetahui seluruh ilmu yang di ajar rasul kepada sahabat, teruskan lah.
aku tidak ada ilmu, aku tak tau apa-apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kelat at 10-4-2006 06:01 PM
jangan terus kata ini tak betul, itu tak betul. orang bagi ilmu selidik la. kalau tak tau kat mana, tanya ulamak. jangan tanya ular dalam semak.
sila rujuk kitab lama bertajuk miftahul jannah.
...
aku setuju dengan kelat.. |
|
|
|
|
|
|
abs2302 This user has been deleted
|
salam.
saya pernah menerima e-mail mengenai perkara ini dalam 3 tahun lepas. saya pernah bertanya pada seorang ustaz,
kelulusan universiti di Jordan, iaitu guru saya mengaji pada masa itu tentang perkara ini. beliau tidak pernah tahu akan wujudnya perkara ini dan apa yang penting bagi kita adalah membaca fatihah dengan betul dan mengikut tajwid.
sekian, wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
itu la kita yang telah terikut-ikut cara pemikiran yang di canai oleh barat. menilai ilmu dengan sijil kelulusan seseorang. menilai sijil sebagai kelayakan seorang ulamak.
tidak semestinya orang yang berijazah itu tau segala nya dan tidak semestinya yang belajar takat darjah enam, sekolah pondok tak tau apa-apa. |
|
|
|
|
|
|
Bee_Doc This user has been deleted
|
Bila dapat e-mail cam ni, mula-mula sekali sebelum nak tanya kat guru/ustaz, cuba kita asah akal kita dulu samada
berita ini boleh diterima ke tak menurut kemampuan kita ;
- Kebanyakan kita tak menguasai pembacaan bahasa arab dengan baik selain belajar ngaji masa kecik dulu.
- Bila menghadap Allah (solat) ataupun berdoa, perkara paling penting ialah kita kena paham apa apa yang dituturkan.
Kalau tak paham maknanya kita ni merapu. Cuba kita dpt peluang jumpa Pm nak mintak sesuatu, dah tentu kita susun ayat dan proposal yang cantik dan tak mungkin kita tulis/cakap apa yamg kita tak paham.
- Bila dah tau makna fatihah, bila dibaca sekalipun tajwid tak berapa betul, Allah tahu apa yang kita maksudkan.
Tak guna juga kalau tajwid cantik tapi penghayatan pemahaman kurang.. samalah juga seperti merapu.
- Bukan dalam Fatihah je, dalam surah lain pun kita banyak silap bacaan arabnya. Jika kiat pernah merantau ke China
ataupun India, kita boleh dengar bacaan surah yang janggal cam takde noktah, laju semacam je.. Yang penting
paham apa maksud ayat.
- Takde pulak ada hadis yang cerita pasal nama-nama syaitan ni, kalau ada dah tentu para sahabatlah akan menjadi
orang pertama yang tanya pasal ni.
- Lidah/ pertuturan orang Melayu, Cina ataupun India tak sama.. Kumpulkan semua ni dan suruh baca fatihah,
agak-agak sama tak?
- PALING PENTING PAHAM AYAT-AYAT AL-QURAN DALAM BAHASA YANG PALING SESUAI DENGAN KITA. Itulah
maksud menghayati Kitab Allah.
- Jika nak juga terima khabar email tu, maka anggaplah ianya sekadar galakan nak memperbetulkan tajwid.. Selain itu,
tidak perlu merisaukan diri sehingga boleh kurang khusyuk masa bersolat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat dua-dua kan lagi cantik. betul sebutan dan paham makna. paham kena diusahakan, betul sebutan pun kena diusahakan.
kalau dah lidah keras tak boleh nak sebut tu lain cerita, tapi dah usaha. |
|
|
|
|
|
|
|
(Petikan asal teks jawi lama Kitab Miftah-ul-Jannah, 'Anak Kunci Syurga')
...(soal) jika tanyai orang kita dalam Fatihah itu berapa tempat nama syaitan padanya (jawab) tujuh tempat
- pertama 'dulillah' diperhubungkan 'dal' dengan 'lam' pada 'AlhamduLillah' dan
- kedua 'hirab' diperhubungkan 'ha' dengan 'rab' dan
- ketiga 'kiyaum' diperhubungkan 'kaf' dengan 'ya' pada 'yaumiddin' dan
- keempat 'kanak'' diperhubungkan 'kaf' dengan 'nun' pada 'na'budu' dan
- kelima 'kanas' diperhubungkan 'kaf' dengan 'nas' pada 'nasta'in' dan
- keenam 'taa'lai' diperhubungkan 'ta' dengan 'ain' pada 'ana'mta a'laihim' dan
- tujuh 'bia'lai' diperhubungkan 'ba' dengan 'ain' pada 'ghairilmagdhubi a'laihim'
inilah dimulanya maka wajib membaik bacaannya akan Fatihah ia sampai jangan jadi tersebut akan nama syaitan itu supaya sah bacaannya
(soal) betapa maka ditentukan pada tujuh tempat jika tersalah bacaannya jadi tersebutlah nama syaitan dan jika tersalah pada huruf yang lain itu tiada jadi nama syaitan
(jawab) sebab tertentu pada tempat yang tujuh itu nama syaitan kerana bahawasanya syurga itu tujuh dan neraka pun tujuh juga dan barang siapa membaca Fatihah dengan sebaik2 bacaannya nescaya masuklah ia di dalam syurga yang tujuh dan barang siapa ghalid bacaannya pada Fatihah lagi dibacanya akan nama syaitan yang tujuh itu nescaya masuklah ia ke dalam neraka yang tujuh itu dan dari kerana inilah wajib atas orang yang membaca Fatihah itu bahawa hendaklah ia membaik akan bacaannya
(soal) berapa huruf yang tiada dalam Fatihah itu
(jawab) iaitu tujuh huruf yang tiada masuk dalam Fatihah itu pertama 'sa' kedua 'jim' ketiga 'kha' keempat 'zai' kelima 'shin' keenam 'dhod' ketujuh 'fa' itulah segala huruf yang tiada dalam Fatihah
(soal) kerana apa tiada masuk huruf tujuh ini dalam Fatihah
(jawab) kerana neraka itu tujuh namanya
- pertama 'sa' itu neraka 'thabur' dan
- kedua 'jim' nama neraka 'jahannam' dan
- ketiga 'kha' nama neraka 'khalidin' dan
- keempat 'zai' nama neraka 'zamharir' dan
- kelima 'shin' nama neraka 'syakluh; dan
- keenam 'dhod' nama neraka 'dholmah' dan
- ketujuh 'fa' nama neraka 'faraghah'
kerana inilah tiada di dalam Fatihah itu segala huruf yang tersebut (WallahuA'lam..)
(utk cara bacaan sebenar perlulah berguru supaya jelas cara sebutan apabila kita membaca Fatihah. Petikan di atas sekadar berkongsi maklumat supaya kita menyedari betapa sedikitnya ilmu yg kita ada. Oleh itu berusahalah utk memantapkan bacaan Fatihah kerana ia adalah Ummul Kitab)
[ Last edited by kurik at 17-4-2006 11:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Namun begitu, saya secara peribadi tidak berapa suka kalau ada orang letakkan benda ni dalam dalam bentuk penulisan (tanpa sumber atau siapa yg sampaikan) sebabnya, anda hanya beritahu tempat2 yg ade nama syaitan ni...tetapi tidak beritahu cara membaca yg betul. Cara yang betul di sini ialah tunjukkan secara berlisan.
sekiranya orang yg tak tahu, baca apa yg dia belajar dr dulu hingga sekarang...then dia tahu mengenai hal ini, bagaimana dia nak ubah cara bacaan? Andai kata kita letakkan hal ini tanpa beritahu cara pembacaan yg betul, orang lain akan ubah cara bacaan ikut faham sendiri dan akhirnya akan salah dari hukum tajwid dan juga maksud Surah al-Fatihah ni.
lihat saja contoh pertama daripada pembuka thread ini:-
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
Jika ikut cth yg saya beri, DULILLAH itulah nama syaitan & cara bacaan sebenar adalah DU LILLAH kalau ikut kepada petikan asal teks jawi lama Kitab Miftah-ul-Jannah. Jelaslah di sini terdapat kekeliruan yang nyata..
kalau ingin tahu mengenai surah Al-Fatihah ini, saya syorkan anda baca Rahsia Al-Fatihah, Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus, terbitan Darul Nu'man. Kemudian eloklah dibawa berbincang dengan orang yg lebih "tahu". Susah-susah, jumpa saja Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus untuk penerangan selanjutnya..
[ Last edited by kurik at 18-4-2006 03:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
BANYAKNYA Nama setan ....Setan Covid19 xda ??? |
|
|
|
|
|
|
|
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..
Alhamdulillah.. Tiada satu cara pun melainkan berlandaskan Sunnah Baginda SAW selaku role model yang diredhai oleh Allah SWT bagi umat terbaik dimana AlQuran diturunkan perantaraan malaikat Jibrail as dan nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan cara BERTALAQI..
Pada zaman pemerintahan Saidina Uthman r.an telah membakar kesemua AlQuran pada ketika itu agar tidak ada sebutan ALQURAN selain daripada sebutan atau bacaannya dalam dialect Quraisy.
The best and better way is carilah Ustaz atau Ustazah yang bertauliah sanadnya. Jika tidak nanti jadi macam cite "bonggo"..ehh salah tu ..bunyinya dari dalam "bongg..ngokk" pendekar Mustar..
Monday joke.. Chill fellas..
Have a pleasant day. May Allah SWT bless us always..
Wallahu'alammm |
|
|
|
|
|
|
|
kurik replied at 17-4-2006 11:37 PM
(Petikan asal teks jawi lama Kitab Miftah-ul-Jannah, 'Anak Kunci Syurga')
...(soal) jika tanyai ...
Laa haula wala quwata illa billah..
Dimana kategory neraka "saqar".. "hawiyah".. "hutamah"..
Sekodar bermuzakaroh deh..
Ilmu Allah SWT meliputi arasyNya..
note kecik: tiada nama laknatullah bersama didalam ummul Quran.
Wallahu'alammm
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum.
Menariknya tajuk ini. Cumanya, saya berpendapat, ianya lebih kearah pra-sangka sedangkan Allah s.w.t jua yg Maha Mengetahui akannya.
Berbalik kepada isu kesilapan/kesalahan merangkumi apa yg dimaksudkan, kita sedia maklum, Allah s.w.t itu Maha Pengampun dan kita pula senantiasa mengharapkan pengampunan dari-Nya. Justeru itu, sesuatu yg berlaku tidak boleh disandarkan pada sangkaan semata-mata. Itu hakikatnya. Celah lagi, menjadi suatu dosa akan perkara yg diada-adakan tanpa merujuk kpd petunjuk-Nya.
Apabila seseorg itu melakukan kesalahan dalam membaca Alquran (menggunakan bahasa Arab), perlu melihat beberapa adab sebelum, sewaktu dan sesudah membacanya. Antara adab-adab yg perlu dijaga sewaktu membaca Alquran adalah :
1) ilmu
2) niat
3) suci
1) ilmu itu ada tingkatannya. Ilmu Allah s.w.t itu, meliputi segala sesuatu. Ilmu makhluk itu, meliputi segala yg diciptakan-Nya.
2) niat itu ada 2. Yang pertamanya lafaz dan yg keduanya pilihan hati.
3) bersuci itu ada 2. Yang pertamanya zahir dan yg keduanya Batin
Jika ada mahu dibahaskan 3 perkara diatas, sampai kiamat datang sekalipun tidak akan habis dibicarakan. Masing-masing hanya perlu cari-tahu apa yg dimaksudkan.
Menurut pandangan saya, Allah s.w.t senantiasa menguji sekelian makhluk ciptaan-Nya. Yang DIA ingin lihat adalah amal yg terbaik utk dipersembahkan kerana-Nya, sekalipun Allah s.w.t mahu melihat urusan hati manusia, ianya kembali kpd diri sendiri.
Kesilapan dalam membaca Alquran, tidak boleh dijadikan hujjah utk menyatakan berdasarkan pengalaman semata-mata. Yang kita sedia tahu, Allah s.w.t memberikan perlindungan-Nya dari gangguan syaitan menurut ketetapan-Nya. Perbaikilah amalan yg ingin dipersembahkan kerana-Nya, bukan pula selain-Nya. Nescaya, diri kita akan tahu, Allah s.w.t itu amatlah dekat tidak seperti yg disangka-sangkakan.
Masya'allah, moga-moga bermanfaat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|