|
Just want to share cerpen pendek yg aku dapat through my e-mail...very nice story!!
Andai ia tahu...RF318 (17185) - 7/27/2004 3:30:18 PM/170.38.99.95
Hari ini, cinta datang mengetuk... tapi pergi sebelum pintu dibuka.....
jom layan blues hari nih.....
Suatu Petang, tepi sebuah tasik,
Cinta : abang.. cinta ada satu pemberian untuk abang
Abang : yakah? Abang pun ada sesuatu untuk Cinta..erm tapi Cinta dulu aah
Cinta : Hanya sebentuk cincin yg ada tertera huruf A. Tidak mahal Cuma ada kenangan cinta kita disini
Abang : Sayang tidak boleh diukur dengan wang Cinta.. Cinta, Nah untuk mu juga sebentuk cincin perak tertera CINTA.
Cinta : Wah adakah ini kebetulan? Kata hati kita sama abang... Cinta akan pakai cincin ini sampai bila2 abg, abang pun Sama juga, janji ya!
Abang : Ok!
Cinta : Abg, siapa orang yang paling abang sayang dalam dunia ni?
Abang : Tentulah insan itu ada lah Cinta..
Cinta : Emm di hati Abang, Abang anggap Cinta ni macam mana?
Tunduk berfikir sebentar,lalu aku memandang terus ke-matanya
"Cinta, Cinta adalah rusuk kiri abang.." semasa di syurga Tuhan telah melihat Adam sunyi dan keseorangan lalu di-ambil satu dari rusuk kiri untuk diciptakan Hawa
Semua lelaki di dunia ini ingin mencari tulang rusuk kirinya yang hilang, bila telah menjumpai perempuan yang boleh menjadi teman hidupnya dan jiwanya, maka pencarian itu telah selasai dan lengkaplah kehidupan seorang lelaki..
Cinta.., abang sudah pun menjumpai tulang rusuk abang yang hilang itu, sebagai pelengkap diri abang yang abang akan lindungi dan curahkan kasih seluruhnya.
"Dan Orang itu adalah CINTA"
Tamat pengajian, aku menjadi penunggu setia Cinta. Beberapa bulan selepas Cinta tamat kami mengikat tali percintaan dengan ikatan perkahwinan.
Tahun pertama perkahwinan, aku dan Cinta melalaui saat-saat manis penuh kebahagiaan. Tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata. Segala janji kasih sudah ditunai, rindu dendam sudah terbela.
Hari dan musim berganti, tahun-tahun selepas itu, kasih sayang aku dan Cinta telah mula diuji dengan realiti kehidupan. Masalah harian yang seperti tiada penghujung dan sesuatu yang tidak pernah kufikir akan memberi impak besar pada hubungan ini, ya itulah 'kuasa membeli' atau 'wang'.
Aku pula semakin sibuk dan selalu keluar dari kawasan. Cinta juga tidak kurang sibuknya, pulang lewat, tidak melayan aku sepertinya. Entah apa yang cuba dibuktikan oleh Cinta aku pun tak tahu. Sehingga aku sudah mula mencurigainya.
Satu hari yang pernah aku menidakkan akan berlaku akhirnya terjadi juga.
Suatu noktah dalam lipatan kisah aku dan Cinta
Aku bergaduh besar dengan Cinta pada hari itu, Cinta dengan esak tangisnya yang menggila lari keluar dari rumah kami dan dari sebarang sana Cinta menjerit kepadaku semahunya..
"Abang dan tak Sayangkan Cinta lagi!"
"Abang bohong Cinta!!"
Aku yang sememangnya panas hati dan malu dengan sikap kebudak-budakkanya tanpa sedar dan berfikir panjang mencabut cincin pemberian Cinta ketika dulu dan melempar ke arahnya sambil membalas :
"Ya! Memang buta mata hati abang memilih Cinta. Cinta Nampaknya bukan rusuk kiri abang yang abang cari selama ini!!"
Tiba-tiba, Cinta berdiri sepi sambil matanya terarah kepada sebentuk cincin separuh karat & lusuh tertera tulisan 'A'. Aku terkedu.Menyesal apa yang telah kuhamburkan, tapi kata-kata yang telah diucap adalah seperti melempar air ke tanah, tak mungkin dapat ditarik semula.
Dengan linangan air mata Cinta tunduk memungut Cincin itu lalu terus lari ke dalam rumah,mengemas barang-barang peribadinya dan berkeras mahukan perpisahan.
Sebelum Cinta meninggalkan rumah dan Aku, dalam keadaan mata yang berkaca-kaca tapi tenang dia berkata
"En. A, jika benar Cinta bukan lah rusuk kiri yang melengkapkan awak, Maka tolonglah lepaskan Cinta, Cinta tak sanggup untuk teruskannya lagi, biarlah kita menentukan haluan hidup kita sendiri.. dan mencari pasangan yang sesuai"
Lima tahun telah berlalu, aku telah tewas dengan kedegilannya. Selama lima tahun perpisahan itu, aku tidak pernah mencari pengganti Cinta. Tapi aku masih lagi secara tidak lansung menjejaki Cinta dan kehidupannya. Ada juga sekali dua dalam 5 tahun itu akan dapat berbual dengan Cinta, tapi Cinta tidak memanggil aku abang lagi Cuma En.A...
Berita terbaru yang aku dengar ialah dia telah berkahwin dan meninggalkan negara ini mengikut suaminya.Tetapi perkahwinan mereka tidak lama dan mereka telah bercerai. Hatiku berasa amat sengsara seperti ada batu-batu menghunjam dada kerana kelakuan Cinta yang tidak pernah memberi kan peluang kepada aku yang menunggunya selama ini.
Suatu malam, seperti malam-malam yang lain. Sepi..aku menyendiri
Menyalakan api rokok, tapi hanya membiarkannya saja ia membakar di tangan. Hati ku ini tiba-tiba menjadi kosong, aku rasa benar-benar kosong. Pilu, sayu. Aku memang tak dapat membohongi dunia bahawa aku terasa begitu kehilangan Cinta!!
Takdirnya, suatu hari kami dengan tidak sengaja akhirnya telah tersua. Di sebuah lapangan terbang negara asing - tempat dimana ada banyak perjumpaan - juga perpisahan berlaku. Aku dalam perjalanan atas urusan kerja, aku lihat Cinta berdiri di situ ke seorangan, dengan hanya pintu keselamatan memisahkan kami. Cinta terlebih dahulu senyum dan aku menegurnya :
Aku : "Hi Cinta, Bagaimana? Sihat?"
Cinta : "Cinta biasa sahaja Abang, bagaimana dengan abang? Sudah menemui rusuk kiri pelengkap diri abang?"
Aku : " tidak "
Cinta : " Cinta akan berlepas pulang untuk kembali dengan flight selepas ini"
Aku :" Oh, Abang pula akan pulang dalam masa 2 minggu lagi. "
Cinta : " Abang, nanti pulang tolong hubungi Cinta ya!, abang tau nombor telp Cintakan? Tiada apa yang berubah. "
Dengan senyuman dia meneruskan perjalanannya dan melambaikan tangan ke arahku, ketika itu aku terlihat pada jarinya tiada lagi cincin emas perkahwinan kami tapi hanya ada cincin perak yg aku begitu kenal. Cincin yang tertera nama
C-I-N-T-A
Aku terkesima. Perasaanku juga rasa begitu anih sekali. Ya! Dalam beberapa tahun perpisahan ini, Cinta telah memanggil aku ABANG!
Seminggu selepas itu,melalui panggilan rakan rapatku di tanahair aku menerima berita, berita kematian Cinta. Sakit yang disembunyikan selama ini, Adakah dia sengaja menguji ku?
Dan Malam itu di negara asing, seperti malam-malam yang lain. Sepi..aku menyendiri. Menyalakan api rokok, tapi hanya membiarkannya saja ia membakar di tangan. Hati ku ini tiba-tiba menjadi kosong, aku rasa benar-benar kosong.
Pilu, sayu. Dan akhirnya aku tahu dia adalah sebenar-benarnya rusuk kiri pelengkapku yang aku sendiri telah patahkan...
shitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshit**
Sometimes people say things out of moments of fury. Most often than not, the outcome could be disastrous and detrimental. We vent our frustrations 99% at our loved ones. And even though we know that we ought to "think twice and act wisely," it's often easier said than done.
Things happen each day, many of which are beyond our control. Let us treasure every moment and everyone in our lives. Tomorrow may never come. Give and accept what you have today.
shitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshit***
Utk xxxx dimana saja kau berada
I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|