CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2952|Reply: 0

[Pulau Pinang] Aliran trafik di Pulau Pinang dijangka meningkat mulai esok

[Copy link]
Post time 14-10-2021 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Aliran trafik di Pulau Pinang dijangka meningkat mulai esok[size=0.8]Nur Izzati Mohamad - Oktober 14, 2021 @ 2:29pmbhnews@bh.com.my


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh (dua kanan) mencuba Proton X70 pada Majlis Penyerahan Kereta Peronda Pelbagai Guna Proton X70 kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang di Inari Amerton (P34) Batu Kawan, Pulau Pinang. - Foto NSTP/Mikail Ong





BATU KAWAN: Polis menjangkakan peningkatan aliran trafik di Pulau Pinang mulai esok susulan kemasukan perantau dan pelancong sempena cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh, berkata polis mengalu-alukan kedatangan semua yang lengkap divaksinasi mengunjungi Pulau Pinang selepas rentas negeri dibenarkan bermula Isnin lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Polis telah membuat persiapan awal apabila membuat lawatan ke hotel, tempat perkelahan yang menjadi tumpuan selain menggembleng anggota trafik bagi memastikan aliran trafik terkawal.

"Kira-kira 2,000 anggota polis akan berada di lapangan bagi memantau SOP selain menambah pasukan 'snapchat' daripada 60 pasukan kepada 90 pasukan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Penyerahan Kereta Polis Proton X70 yang disumbangkan Inari Technology Sdn Bhd kepada Polis Pulau Pinang.

Fisol berkata, polis juga menambah pasukan pematuhan SOP daripada 114 kepada 150 yang akan ditempatkan di kawasan tumpuan.

"Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan patuh kepada SOP dan kepada mereka yang belum divaksinasi juga harus mengikuti peraturan jika tidak tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil," katanya.

Sebelum ini kerajaan Pulau Pinang menjangkakan sekitar 50,000 pelancong akan mengunjungi negeri itu hujung minggu ini susulan kebenaran rentas negeri.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053971 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list