CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2768|Reply: 0

[Sarawak] Kekerapan penerbangan di Sarawak ditambah

[Copy link]
Post time 14-10-2021 12:06 AM | Show all posts |Read mode


Jadual kekerapan penerbangan ke Kuching yang diluluskan.



Jadual kekerapan penerbangan ke Miri yang diluluskan.

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak memutuskan untuk menambah kekerapan penerbangan di Sarawak, selari dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada 24 September lalu.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, ia membabitkan semua syarikat penerbangan yang masuk dan keluar dari Sarawak serta penerbangan dalam negeri.

Jelas Lee, kekerapan dan jadual penerbangan baharu untuk lapangan terbang utama di Sarawak yang dicadangkan dan diluluskan oleh syarikat penerbangan oleh MAVCOM setakat ini melalui aerofile, telah berkuat kuasa pada 8 Oktober 2021.

Tambahnya juga, kementeriannya percaya bahawa dengan kekerapan penerbangan baharu dan lebih banyak yang diluluskan oleh JPBNS, syarikat penerbangan akan menawarkan tambang udara berpatutan kepada orang ramai dan pelancong.

“Diharapkan penambahan kekerapan penerbangan ini akan dapat memudahkan pergerakan penumpang dan pelancong ke Sarawak kerana kita sudah berada di Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.

“Bagaimanapun, kami ingin mengingatkan semua penumpang dan pelancong yang datang ke Sarawak bahawa mereka mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JPBNS untuk mengekang penyebaran COVID-19 di Sarawak terutamanya pada masa-masa genting ini, iaitu ketika perjalanan antara negeri telah dibenarkan tanpa sekatan,” tegasnya.

Di samping itu katanya, Sekretariat JPBNS juga melibatkan diri dengan syarikat penerbangan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), dan pihak berkepentingan lain berkaitan, berhubung proses masuk baru ke Sarawak.

“Ia untuk memperkukuhkan proses ini supaya dapat menggunakan lebih banyak aplikasi IT yang mesra pengguna kepada penumpang dan pelancong serta pada masa yang sama, memberikan kecekapan kepada pihak berkuasa memproses data dan memantau penumpang masuk,” ujar Lee lagi.

Melaluinya, ia akan memberi arahan jelas kepada penumpang yang datang ke Sarawak serta menghilangkan kesesakan dan proses yang memakan masa di lapangan terbang di Sarawak, ujarnya.

“Proses ini perlu terutama hubungan antara pihak berkepentingan berkaitan seperti kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan, MAVCOM, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAHB, APM, Pejabat Residen dan syarikat penerbangan untuk memastikan jadual baharu berjalan lancar seperti yang dirancang,” katanya.

Antara jadual penerbangan dan kekerapan yang diluluskan ke Bintulu adalah penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Kuala Lumpur, masing-masing dengan kekerapan dua kali seminggu.

Manakala bagi Sibu, ia membabitkan penerbangan AirAsia dari Johor Bahru dengan kekerapan dua kali seminggu, begitu juga dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu, membabitkan MAS dan AirAsia (dua kali seminggu).

Bagi penerbangan Maswings dari Kota Kinabalu ke Limbang/Lawas, kekerapan penerbangan adalah sebanyak dua kali seminggu, manakala untuk penerbangan Maswings dari Kota Kinabalu ke Mulu, tiga kali seminggu.


utusanborneo.com.my/2021/10/13

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.111696 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list