CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2798|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hadkan pergerakan, kurangkan aktiviti 36 jam sebelum rentas negeri

[Copy link]
Post time 13-10-2021 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Hadkan pergerakan, kurangkan aktiviti 36 jam sebelum rentas negeri[size=0.8][size=0.9]Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


Mohammad Fadly sekeluarga hanya berhubung secara dalam talian dengan ahli keluarganya di kampung sepanjang tempoh PKP. Foto Ihsan Mohammad Fadly Mohd Zain




Kuala Lumpur: Pelbagai persiapan dibuat bagi orang ramai yang merancang untuk pulang ke kampung pada hujung minggu ini.

Bagi seorang aktivis masyarakat, persediaan dilakukannya mungkin sedikit berbeza, namun ia adalah demi keselamatan bersama.

Pengerusi Intelek Muda Nasional (Intelek) Mohammad Fadly Mohd Zain berkata, dia mengambil inisiatif untuk mengehadkan pergerakan dan mengurangkan aktiviti di luar rumah dalam tempoh 36 jam sebelum pulang ke kampung pada Jumaat ini.

Menurutnya, dia mengambil pendekatan itu bagi memastikan dirinya dan keluarga tidak terdedah kepada jangkitan sebelum pulang ke kampung.

"Dalam tempoh seminggu ini, saya hadkan pergerakan dan hanya menghantar wakil untuk program bantuan yang sudah dijadualkan.

"Saya tidak mahu mengambil risiko dan memberi masalah kepada keluarga di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang bila balik nanti.

"Jadi prosedur operasi standard (SOP) itu saya pastikan dipatuhi sebelum bertolak pulang ke kampung sebagai disiplin untuk memastikan semuanya selamat," katanya.

Menurutnya, dia memaklumkan perkara itu kepada isterinya dan menjadikannya sebagai persiapan sebelum balik kampung.

Mohammad Fadly berkata, perkara itu juga dimaklumkan kepada keluarganya di kampung agar mereka tidak berkecil hati sekiranya dia mengehadkan pergaulan bersama sanak saudara.

"Saya tidak mahu merosakkan saat manis dapat merentas negeri dengan membawa pulang jangkitan.

"Sudah lebih setahun saya tidak bersua muka dengan ibu bapa dan saudara, jadi biarlah ia berbaloi.

"Walaupun sudah ada program yang dijadualkan lebih awal, saya minta wakil atau sukarelawan Intelek gantikan tempat saya.

Dengan cara itu saya dapat mengelak daripada berjumpa dengan ramai orang, dalam masa sama, tanggungjawab dapat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia hanya berhubung secara 'online' dengan keluarga termasuk ketika hari raya.

Katanya, sebagai pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dia perlu memastikan SOP dipatuhi tanpa kompromi bagi mengelakkan dijangkiti wabak selepas pulang ke kampung.

"Sebelum ini, ketika dalam program pun, saya pastikan SOP dipatuhi. Kali ini, saya akan lakukan perkara sama, apatah lagi ketika bersua dengan insan tersayang," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 13, 2021 @ 5:48pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.118450 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list