CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2956|Reply: 4

[Sabah] Sabah Benarkan Rentas Negeri Mulai 1 November 2021, Rentas Daerah Mulai 14 Oktob

[Copy link]
Post time 13-10-2021 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Sabah Benarkan Rentas Negeri Mulai 1 November 2021, Rentas Daerah Mulai 14 Oktober 2021. Dilaporkan bahawa rentas daerah di Sabah akan dibenarkan mulai 14 Oktober ini manakala rentas negeri akan dibenarkan mulai 1 November.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyatakan bahawa kerajaan negeri memutuskan keputusan ini setelah berpuas hati dengan laporan oleh Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (PICK) di mana lebih daripada 70% orang dewasa di Sabah telah diberi vaksin sepenuhnya.

Menurut laporan, perjalanan ke Sabah untuk lawatan sosial dan pelancongan akan dibenarkan untuk individu yang diberi vaksin sepenuhnya serta telah menjalani saringan Covid-19 RT-PCR atau RTK-Ag (swab / saliva) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ketibaan.

Bagi remaja pula (usia 12 – 18 tahun), mereka mesti menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun mesti ditemani oleh ibu bapa yang telah diberi vaksin sepenuhnya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
"serta telah menjalani saringan Covid-19 RT-PCR atau RTK-Ag (swab / saliva) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ketibaan."

RTK-Ag saliva tu buat sendiri kt rumah ke? Atau mmg ada klinik yang buat... Sbb artikel takde mention pulak kit kendiri pastu kalau buat sendiri nanti nak tunjuk bukti camne takde black and white
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 09:47 PM | Show all posts
miszclassique replied at 13-10-2021 09:31 PM
"serta telah menjalani saringan Covid-19 RT-PCR atau RTK-Ag (swab / saliva) sekurang-kurangnya 3 har ...
Sabah FC tak pasti ...

Tapi kalau kat Sarawak kena buat kat Klinik


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 09:47 PM
Sabah FC tak pasti ...

Tapi kalau kat Sarawak kena buat kat Klinik

Okok tenkiu FC...
Rasa macam nak booking bercuti tapi sebenarnya masih takut cobid ni... Macam 50-50 takut atau nak redah je... You only live once gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 10:45 PM | Show all posts
miszclassique replied at 13-10-2021 10:41 PM
Okok tenkiu FC...
Rasa macam nak booking bercuti tapi sebenarnya masih takut cobid ni... Macam 50 ...
yang penting kena jaga diri sendiri dan keluarga ... tu keutamaan ...

kalo ikut logik FC la ...
kita2 yang dah vaksin ni... kalau ... kalau la terkena Covid ni... kita tak la takut sangat kan ... asalkan kita takde 3 serangkai ...
yang patut takut tu ... yang blom vaksin ... sebab ... kalau mereka terkena ... mereka yang teruk...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.040346 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list