CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3327|Reply: 11

[Borneo] Penjara tiga tahun jika jual RTK Antigen mahal

[Copy link]
Post time 12-10-2021 11:44 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Semua farmasi mematuhi harga siling Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 yang ditetapkan kerajaan pada harga RM19.90 selepas pemeriksaan dilakukan semalam.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Miri, Joe Azmi Jamil berkata berdasarkan pemeriksaan dilakukan semua farmasi mematuhi harga siling yang ditetapkan sejak 5 September lalu.



"Pihak kementerian menasihatkan kepada mana-mana peniaga yang menjual RTK Covid-19 supaya tidak menjual melebihi harga siling yang ditetapkan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua farmasi yang diperiksa menjual mengikut harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu tidak melebihi RM19.90," katanya dalam satu kenyataan.

Joe berkata, sekiranya didapati ada peniaga yang menjual melebihi harga siling yang telah ditetapkan, maka pihak kementerian akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, tindakan akan diambil mengikut AKHAP 2011 yang mana seseorang individu boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM100,000 atau kompaun sehingga RM50,000.

"Denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000 bagi syarikat yang didapati gagal mematuhi peraturan berkenaan," katanya.

Disamping itu, pihak kementerian juga memohon kerjasama daripada orang ramai supaya melapor sekiranya ada peniaga yang menjual melebihi harga siling yang ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, KPDNHEP Miri setakat ini masih tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai penjualan.

credit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2021 12:25 PM | Show all posts
Tu la.. aku jual RM17 pun orang kata mahal.. mesti tak penah tengok harga kat farmasi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2021 12:29 PM | Show all posts
najib888 replied at 12-10-2021 12:25 PM
Tu la.. aku jual RM17 pun orang kata mahal.. mesti tak penah tengok harga kat farmasi..
selalu nya ...
menda2 camni ... orang akan kata mahal...

cuba semangkuk mee ke apa fav memasing ... sekali makan masuk perut rega rm20++ ... pun murah lagi

apa-apa2pun ... moga sentiasa d murahkan rezeki ...


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 12-10-2021 12:25 PM
Tu la.. aku jual RM17 pun orang kata mahal.. mesti tak penah tengok harga kat farmasi..

Georgetown rm19.90 tapi kekadang dia join Grab mart promo jual rm10.90 dan ada 13.90

Ang join la panda dan grab mart.. Aku ada sembang dgn grab drebar kelmarin. Dia bagitau aku dpt byk order grab dari Georgetown.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2021 01:09 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-10-2021 12:44 PM
Georgetown rm19.90 tapi kekadang dia join Grab mart promo jual rm10.90 dan ada 13.90

Ang join l ...
camne dier rang boleh jual semurah tu ...?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-10-2021 01:09 PM
camne dier rang boleh jual semurah tu ...?

Sebab dia farmasi besar byk cwgn..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2021 04:45 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-10-2021 01:27 PM
Sebab dia farmasi besar byk cwgn..
patut la ...

kalo dapat jual Rm10.90 ... berapa lah harga asal sebenar nyer


membuak-buak rasa nak tau


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-10-2021 04:45 PM
patut la ...

kalo dapat jual Rm10.90 ... berapa lah harga asal sebenar nyer  

Kak sarah rasa harga sebenarnya kalau beli byk dalam rm5 mcm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2021 05:10 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-10-2021 05:04 PM
Kak sarah rasa harga sebenarnya kalau beli byk dalam rm5 mcm tu...
hahaha kan kak kan ...
sebab selalu nya jarang la orang nak jual jika rega tak setengah dari harga asal...

sihat tak..?




Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-10-2021 05:10 PM
hahaha kan kak kan ...
sebab selalu nya jarang la orang nak jual jika rega tak setengah dari harga ...

Alhamdulillah. Sihat.. Tu la.. Takkan dia nak jual rm10.90 dan x untung langsung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2021 05:55 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-10-2021 05:47 PM
Alhamdulillah. Sihat.. Tu la.. Takkan dia nak jual rm10.90 dan x untung langsung.
alhamdulillah ... jager diri k ...

tapi kan ... kita nak beli borong banyak2 pun tak guna gak ...
tup tup nanti rega jatuh menjunam macam mask tu ... awal2 dulu kemain rega ...
harap turun la rega

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-10-2021 05:55 PM
alhamdulillah ... jager diri k ...

tapi kan ... kita nak beli borong banyak2 pun tak guna gak .. ...

Tu la.. Kak sarah baru dok plan nak beli utk buat stok....guna time kecemasan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.100105 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list