CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3646|Reply: 16

[Sarawak] Tiket belon RM1600 sehala

[Copy link]
Post time 11-10-2021 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Harga tiket penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah dan Sarawak akan kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong.

Justeru, beliau berkata kerajaan melalui Suruhajaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik termasuk laluan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

Beliau berkata harga tiket penerbangan yang tinggi itu adalah kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh kerajaan Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri itu menangani penularan wabak COVID-19.

“Pada ketika itu, kekerapan penerbangan ke Sarawak berkurangan sebanyak 94 peratus berbanding semasa tempoh sebelum COVID-19 manakala bagi penerbangan antara Semenanjung dan Sabah, kekerapan penerbangan berkurangan sebanyak 89 peratus berbanding semasa tempoh sebelum COVID-19,”  katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan harga tiket penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung dan Sabah yang sangat mahal ketika pandemik COVID-19 dan mengenai langkah pemulihan bagi perkara itu.

Henry berkata harga tiket penerbangan ditentukan menggunakan kaedah dinamik dan mempraktikkan konsep ‘cross-subsidisation’ iaitu laluan penerbangan yang mencatatkan keuntungan akan menampung kos operasi laluan yang tidak mencatat keuntungan.

Beliau berkata pemantauan MAVCOM antara 26 Sept hingga 2 Okt untuk perjalanan selepas 8 Okt mendapati penerbangan Kuala Lumpur ke Kuching merekodkan harga tiket yang lebih rendah iaitu antara 29 peratus sehingga 74 peratus berbanding harga tiket pada 2019.

Laluan lain seperti Kuala Lumpur ke Miri dan Kuala Lumpur ke Sibu masih merekodkan harga yang tinggi iaitu antara RM530 hingga RM1600 untuk sehala manakala bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, harga tiket lebih tinggi antara lapan peratus hingga 163 peratus direkodkan berbanding harga tiket pada 2019.

Dalam perkembangan lain, Henry berkata kelulusan akhir bagi cadangan pembinaan projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) hanya akan dipertimbangkan apabila Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) disiapkan.

“Sehubungan itu, sebarang perancangan projek komersial yang berkaitan lapangan terbang akan dilakukan sempena pembukaan KXP hanya akan dapat ditentukan setelah cadangan pembinaan KXP ini dimuktamadkan oleh kerajaan,” katanya

Beliau menjawab soalan Karupaiya Mutusami (PH-Padang Serai) mengenai perancangan dan projek komersial yang akan dilakukan sempena pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2021 05:05 PM | Show all posts
yelaa nak cover balik kerugian sebelum ni...memang mencanak2 la naik harga

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 11-10-2021 05:05 PM
yelaa nak cover balik kerugian sebelum ni...memang mencanak2 la naik harga

tak adil la...kena bayar 'yg tak naik tu'@ kerugian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Laluan udara singapore ke yg makin mahal?

Kalau tgk air tix yg lain promo mmg rendah je dkt semenanjung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2021 08:18 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 11-10-2021 05:38 PM
Laluan udara singapore ke yg makin mahal?

Kalau tgk air tix yg lain promo mmg rendah je dkt seme ...
rasa nya sebab macam yang @merrissa  komen ...
cover dulu memana kerugian sblom2 ni ...


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 07:18 AM | Show all posts
Skuau replied at 11-10-2021 05:22 PM
tak adil la...kena bayar 'yg tak naik tu'@ kerugian.

tapi mmg begitu la bisnes kan...high demand, harga pon naik, lagi2 untuk benda yang takde harga siling ni...betoi ke aku ckp ni hehehehe

teringat kelas ekonomi time uni, x suke kelas ni...x suke bukan sebab subjek, sb lecturer.. tula penting peranan lecturer dalam pengajaran sesuatu subjek #offtopic pula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2021 08:07 AM | Show all posts
bukan tix flight je. mcm2 benda dah naik harga skrg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2021 01:11 PM | Show all posts
makton replied at 12-10-2021 08:07 AM
bukan tix flight je. mcm2 benda dah naik harga skrg ni
kan makton kan ...

tapi kena hadap juga lah ... bila kita memerlukan ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2021 02:27 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-10-2021 01:11 PM
kan makton kan ...

tapi kena hadap juga lah ... bila kita memerlukan ...

itu la, tak tahu nak salahkan sape.. kadang2 mmg ada yg amik kesempatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2021 04:46 PM | Show all posts
makton replied at 12-10-2021 02:27 PM
itu la, tak tahu nak salahkan sape.. kadang2 mmg ada yg amik kesempatan
makton tak balik kampung makton...?

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 07:27 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-10-2021 04:46 PM
makton tak balik kampung makton...?

kg i kat gombak je. tiap2 mggu balik

cuma kg my husb kat alor setar. belum bincang2 lagi bila nak merentas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 02:26 PM | Show all posts
makton replied at 13-10-2021 07:27 AM
kg i kat gombak je. tiap2 mggu balik

cuma kg my husb kat alor setar. belum bincang2 lagi bil ...
ces ces ces ... nyosal nanyer

kampung FC nak kena 12jam drive baru sampai

tunggu cuti sekolah la makton baru balik aloq star... kalo bebudak masih sekolah



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 03:01 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 02:26 PM
ces ces ces ... nyosal nanyer  

kampung FC nak kena 12jam drive baru sampai

my husband diam takde ckp apa2, so i malas nak beriya bertanya.
klu dia ajak balik, i on je. tp i nak ajak cuti lama sikit. boleh menyinggah tempat lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 03:05 PM | Show all posts
makton replied at 13-10-2021 03:01 PM
my husband diam takde ckp apa2, so i malas nak beriya bertanya.
klu dia ajak balik, i on je. tp i ...
hamboi makton ... nak menyinggah mana tu ...?

pernah kenal ngan sorang dari Sik ... jauh ka dari Aloq Star ...?
dia siap pos kan asam jawa fresh
sodap ...



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 03:07 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 03:05 PM
hamboi makton ... nak menyinggah mana tu ...?

pernah kenal ngan sorang dari Sik ... jauh ka dari ...

i pun tak tahu geografi sik-alorsetar mcmana

i plan nak buat north tour. start from perak-cameron-penang-kedah-perlis.

last i buat north tour masa bulan 6 thn lepas sblm pkp 2.0. kali ni nak buat lagi tapi nak pi tempat2 lain pulak.
cumanya belum ada list lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 03:12 PM | Show all posts
makton replied at 13-10-2021 03:07 PM
i pun tak tahu geografi sik-alorsetar mcmana

i plan nak buat north tour. start from perak-ca ...
salah tanya orang

best nyer kalo sama2 minat ... jager diri bebaik tau ...


eh ... sblom lupa ...beli RTK test tu yer makton ...simpan untuk kegunaan ... kak @sarah85  boleh rekomenkan kat ne boleh beli murah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 03:29 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 03:12 PM
salah tanya orang  

best nyer kalo sama2 minat ... jager diri bebaik tau ...

okay. i standby rtk test tu. kawan i jual rm13/pc so boleh la beli a few..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047719 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list