CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3210|Reply: 5

[Sarawak] Kantoi curi henpon bila ambik gaji

[Copy link]
Post time 10-10-2021 06:18 PM | Show all posts |Read mode



Miri : Polis menahan seorang lelaki tempatan pada Jumaat kerana disyaki mencuri sebuah telefon bimbit milik bekas rakan sekerjanya di sebuah ladang sawit di sini.

Suspek berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa setelah menyedari telefon bimbit miliknya hilang di dalam bilik pada pagi 30 September.

Difahamkan bahawa mangsa berusia 53 tahun, yang merupakan pengawal keselamatan di ladang kelapa sawit berkenaan mendapati telefonnya yang baru dibelinya telah hilang.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata, suspek segera dikenal pasti kerana dilihat menggunakan telefon bimbit yang sama seperti yang dilaporkan hilang pada awalnya apabila datang untuk mengambil gaji terakhirnya.

Siasatan awal mendedahkan suspek telah berhenti kerja dari ladang kepala sawit berkenaan dan datang untuk mengambil gaji.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ambik gaji tu,beli jee laaa..tak pasal2 dah kena cekup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2021 07:48 PM | Show all posts
Belibis replied at 10-10-2021 07:46 PM
Dah ambik gaji tu,beli jee laaa..tak pasal2 dah kena cekup.
dah berenti kerja ...
tu jer lah duit yang ada sblom dapat kerja baru... tak kan nak guna untuk beli henpon ... kot ...


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-10-2021 07:48 PM
dah berenti kerja ...
tu jer lah duit yang ada sblom dapat kerja baru... tak kan nak guna untuk be ...

Tu ambik kesempatan..sebab dah last day kat situ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2021 08:00 PM | Show all posts
Belibis replied at 10-10-2021 07:56 PM
Tu ambik kesempatan..sebab dah last day kat situ..
yerp... memang niat jahat dari awal...

memang jenis bermasalah ...


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah payah orang beli.. Senang2 dia curi.. Padan muka kantoi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042473 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list