CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3172|Reply: 3

[Sarawak] Kanak-kanak 5 tahun korban termuda COVID-19 di Sarawak

[Copy link]
Post time 10-10-2021 01:00 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kanak-kanak berusia lima tahun di Miri antara 14 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 yang direkodkan di Sarawak dari tarikh 30 September hingga 8 Oktober 2021.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi laporan hari ini berkata, kanak-kanak lelaki berkenaan disahkan meninggal di Hospital Miri pada 6 Oktober dan kes adalah obesiti dan merupakan termuda setakat ini.

"Kes kematian lain melibatkan mereka berusia antara 41 hingga 89 tahun dengan kesemuanya mempunyai komorbid.

"Kematian melibatkan sembilan lelaki dan lima wanita," katanya.

Sementara itu mengenai kes baharu direkodkan di negeri ini sebanyak 1,126 kes jangkitan baharu COVID-19 dengan 1,116 atau 99.11 peratus daripadannya kategori satu dan dua.

Menurut JPBNS, sementara 10 kes atau 0.89 peratus daripada kes baharu adalah kategori tiga, empat dan lima.

Dari segi peratusan kes katanya, 18.38 peratus atau 207 kes adalah kategori satu iaitu tiada gejala manakala 80.73 peratus atau 909 kes adalah kategori dua (gejala ringan).

Manakala 0.27 peratus atau tiga kes adalah kategori tiga (jangkitan paru-paru), 0.36 peratus atau empat kes adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan 0.27 peratus atau tiga kes merupakan kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

"Daripada jumlah kes baharu itu, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 315 kes, diikuti Miri (195), Sibu (117), Bintulu (56), Bau (54), Mukah (38), Sarikei (37), Limbang (36), Serian (35), Samarahan (30), Bukit Mabong (28), Betong (26), Sri Aman (25), Saratok (19), Kapit dan Asajaya (15) dan Beluru (11).

"Turut merekodkan kes, Marudi dan Subis (8), Tanjung Manis dan Lubok Antu (7), Lundu dan Pusa (6), Selangau (5), Pakan dan Dalat (4), Meradong dan Matu (3), Kanowit, Belaga, Tebedu, Julau dan Telang Usan (2) dan Kabong, Tatau serta Sebauh (1)," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/09

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 05:27 PM | Show all posts

Budak 5 tahun, korban Covid-19, di Miri

KUCHING: Kanak-kanak berusia lima tahun di Miri antara 14 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 yang direkodkan di Sarawak dari tarikh 30 September hingga 8 Oktober tahun ini.

Kanak-kanak lelaki berkenaan disahkan meninggal di Hospital Miri pada 6 Oktober dan kes adalah obesiti dan merupakan termuda setakat ini.

Sebanyak 1,126 kes jangkitan baharu COVID-19 dengan 1,116 atau 99.11 peratus daripadannya kategori satu dan dua dilaporkan semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, kes kematian lain melibatkan mereka berusia antara 41 hingga 89 tahun dengan kesemuanya mempunyai komorbid.

"Kematian melibatkan sembilan lelaki dan lima wanita," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 5 tahun obesiti?? Ker aku salah baca??
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 07:37 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 10-10-2021 05:53 PM
Umur 5 tahun obesiti?? Ker aku salah baca??
ikut pada apa yang d baca ... betul...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065984 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list