View: 3007|Reply: 0
|
[Sarawak]
Sembilan Gereja, Kuil Di Bintangor Terima Geran UNIFOR
[Copy link]
|
|
MERADONG: Sembilan lagi gereja dan kuil di Bintangor menerima bantuan dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
Menurut ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan sebanyak RM820,000 untuk digunakan menaik taraf rumah ibadat terbabit.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Sarawak di bawah pucuk pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg kerana telah meluluskan peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Bintangor.
“Penghargaan juga kepada UNIFOR yang diterajui oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kerana sentiasa membantu menyalurkan dana untuk menaiktaraf gereja-gereja dan kuil di Bintangor,” katanya kepada UKAS selepas menyerahkan peruntukan UNIFOR pada Sabtu,
Tambahnya, Sarawak sangat unik kerana turut membantu rumah-rumah ibadat di sini dengan menggunakan dana sendiri berbanding dengan negeri-negeri yang lain.
Justeru, beliau menyeru kepada masyarakat khususnya di Bintangor untuk terus memberikan sokongan terhadap Kerajaan Negeri agar peruntukan dari UNIFOR dapat terus disalurkan setiap tahun kepada rumah-rumah ibadat.
Senarai penerima geran adalah Persatuan Buddha Bintangor, Gereja Methodist Chin Nguong Tong, Gereja Methodist Preaching Centre, Gereja Methodist Tien Nguon, Gereja Methodist Tee Ong, Gereja Methodist Preaching Sg Labas, Gereja Methodist Ming Kwong, Gereja Methodist Lai Ang dan Gereja Methodist Zhen Guang. – EDISI UKAS
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|