View: 2769|Reply: 15
|
[Sarawak]
Sebuah lagi bot pemancing hilang. 5 mangsa blom ditemui
[Copy link]
|
|
KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) telah diaktifkan bagi mencari sebuah bot berwarna putih biru dipercayai tidak pulang bersama lima pemancing di sekitar perairan karam berumput sehingga tukun bass iaitu 9.3 batu nautika dari Santubong.
Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata pihaknya menerima maklumat daripada pemilik bot mengenai insiden kira-kira jam 7 pagi.
Katanya, bot berkenaan keluar dari Jeti 98 Fishing Village Santubong.
“Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching telah mengaktifkan Op Carilamat pada jam 7 pagi tadi sejurus menerima laporan dan aset telah diatur gerak ke lokasi kejadian.
“Maklumat juga disalurkan kepada komuniti sekitar mengenai kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, keadaan cuaca pada hari ini agak baik dengan angin bertiup dari arah Tenggara, angin berkelajuan 10 hingga 20 km/jam dan ombak setinggi 0.5 hingga 1 meter.
Dalam pada itu, Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar batalkan niat ke laut buat masa sekarang sekiranya cuaca buruk memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik terutamanya musim Monsun Timur Laut bermula dari bulan Oktober hingga Mac 2022.
Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING: Sebuah lagi bot pancing dilaporkan hilang selepas keluar memancing semalam.
Pengusaha sukan memancing, Addin Chee Bin Kifli melaporkan sebuah bot tidak pulang bersama lima pemancing.
Bot Fiber bernombor pendaftaran QKH9826 SZ itu diklasifikasi sebagai tidak pulang di papan kenyataan pusat operasi menyelamat di jeti Telaga Air.
Difahamkan pemancing dikatakan pergi ke suatu tempat dikenali umum sebagai Karang Berumput atau Tukun Bass.
Bagaimanapun, setakat ini nama mangsa belum diperolehi.
Sementara itu, Addin Chee, pemilik 98 Fishing Village, sebuah perkhidmatan sukan memancing terkenal Sarawak dikatakan membuat hantaran di media sosial cuba menghubungi tekong bot itu tapi gagal dan mencari sesiapa yang ada menyimpan nombor pemancing lain yang ada keluar bersama.
Bagaimanapun hantaran tersebut dipadamkan tidak lama kemudian.
Sepanjang hari ini, Media Sosial dipenuhi hantaran mendoakan keselamatan Ejan dan rakan rakan.
Ejan (gambar), seorang tekong berpengalaman, sangat popular di kalangan komuniti memancing di Sarawak dengan kehandalan mendarat bermacam jenis ikan dan udang galah.
Pagi ini individu yang menggunakan nama Piratez Tabuan membuat hantaran tentang usaha mereka mencari bot yang membawa lima pemancing yang dilaporkan hilang.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 4-10-2021 04:35 PM
KUCHING: Sebuah lagi bot pancing dilaporkan hilang selepas keluar memancing semalam.
Pengusah ...
Cer tengok mata ikan tu.. Macam mata manusia eh.. Kalau dengan mother nature nih.. Cemana pengalaman pun tetap akan tewas.. Tetap kena berjaga dan berhati2.. Pakai life jacket all.. Moga dorang semua ditemukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
baca baca dan tengok balik mata tu pukul 2am ni ...
haha nasib baik la bukak lampu bilik
Moga dorang semua ditemukan..
aamiin
|
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak belum menemui sebarang petunjuk baharu bagi Operasi CARILAMAT hari kedua pencarian lima pemancing dilaporkan hilang.
Kesemua mangsa lelaki tersebut adalah Khamizan Saidi, 40 (tekong); Ng Ching Hui, 36; Christoper Teo, 32; Yap Tze Kang, 41 dan Leo Dy Lee Jiann Tarn, 35.
Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, lima individu tersebut dilaporkan gagal untuk pulang ke jeti setelah menaiki bot menuju ke perairan Karam Berumput sehingga ke Tukun Bass, 9.3 batu nautika dari Santubong, dekat sini.
Menurutnya, kesemua mangsa merupakan lelaki dan warganegara Malaysia berusia antara 32 hingga 40 tahun.
“Kami hanya menemukan boya berwarna oren ditemukan semalam (3 Oktober) pada jarak 34.5 batu nautika dari Muara Sungai Santubong dan disahkan oleh pemilik bot,” katanya dalam kenyataan.
Zin Azman berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan Operasi CARILAMAT selepas menerima laporan kejadian pada jam 7 pagi, 3 Oktober lalu.
"Berdasarkan laporan polis, bot dinaiki kesemua mangsa telah keluar dari Jeti 98 Fishing Village di sini pada jam 5 petang, 1 Oktober 2021 sebelum gagal dihubungi,” katanya.
Beliau berkata, keluasan pencarian pada hari ini merangkumi seluas 101 batu nautika persegi.
“Operasi melibatkan aset Maritim Malaysia KM Cekal bagi pencarian di laut dan tiga buah aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Beachcraft King Air B300, Helicopter Ecureuil AS355N serta Pesawat Cessna Caravan C208 bagi pencarian melalui udara.
“Beberapa bot pancing komuniti maritim sekitar turut melakukan pencarian dan jumlah keseluruhan pegawai serta anggota petugas pasukan penyelamat adalah seramai 90 orang,” jelasnya.
Keadaan cuaca pada hari ini juga menurutnya, sedikit berangin dengan kelajuan 20 hingga 30 km/jam, dengan laut berombak 1.0 hingga 1.5 meter.
MRSC Kuching telah mengkoordinasikan operasi CARILAMAT bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) beserta enam buah bot pancing.
|
|
|
|
|
|
|
|
ease replied at 4-10-2021 06:35 PM
Cer tengok mata ikan tu.. Macam mata manusia eh.. Kalau dengan mother nature nih.. Cemana pengala ...
Kann...macam berkening je...pastu macam buat duckface jerrr
Harap baik2 ajer dan ditemukan semuanya...mungkin minyak habis then hanyut kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Mini.Me replied at 5-10-2021 01:31 PM
Kann...macam berkening je...pastu macam buat duckface jerrr
Harap baik2 ajer dan ditemukan se ...
Kan... Tengah sesedih baca berita ni sekali terpandang lak mata tu.. Terus teralih focus sat.. Hehe..
Semoga cepat jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 5-10-2021 02:29 AM
baca baca dan tengok balik mata tu pukul 2am ni ...
haha nasib baik la bukak lampu bilik
Akak nak tengok muka Ejan tu.. Then macam terperasan "ada" yang memandang.. Terus ternampak mata ikan tu.. Hehe.. . |
|
|
|
|
|
|
|
FC lak nengok bz nengok cara dia pegang ikan tu ...
macam ringan ja untuk ikan sebesar tu
Pasukan elite Sarawak Coast Guard akhirnya turun padang menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Telaga Air pagi tadi.
Sarawak Coast Guard berpengkalan di jeti Polis Marin Sarawak turun pada hari ke-mpat misi SAR.
Usaha diteruskan pagi ini bagi mencari enam pemancing yang hilang.
Lima dari pemancing yang hilang dalam sebuah bot milik 98 Fishing Village
(i) Khamizan bin Saidi, Tekong (40)
(ii) Ng Ching Hui (36)
(iii) Christoper Teo (32)
(iv) Yap Tze Kang (41)
(v) Leo Dy Lee Jiann Tarn (35)
keluar pada jam 5 petang 1 Oktober, 2021.
Manakala, sebuah lagi bot keluar pagi 2 Oktober bersama 10 pemancing, sembilan sudah diselamatkan tetapi pembantu tekong, Awang Omar Awang Hamsawi masih hilang.
Semoga dipermudahkan segala kesulitan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah apa la nasib 5 orang ni ...dah masuk pencarian hari ke 6 ... moga2 masih bertahan ... aamiin ...
OPS SAR HARI ke 6 mencari 5 pemancing yg hilang di Terumbu Bass
semoga d permudah kan unrusan mencari ... aamiin
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Olumis at 8-10-2021 01:34 PM
FanTasyCreaTioN replied at 7-10-2021 05:03 PM
ntah apa la nasib 5 orang ni ...dah masuk pencarian hari ke 6 ... moga2 masih bertahan ... aamiin .. ...
Dah jumpa mayat pembantu tekong tu (Bot yg satu lagi). Btw, mangsa (Awg Omar) merupakan bapa kepada ex schoolmate iols dulu. Takziah kpd family mangsa. Sedih |
|
|
|
|
|
|
|
Bot Pancing 10 Penumpang ditemukan pasukan SAR
Edited by Olumis at 8-10-2021 01:30 PM
TELAGA AIR, 6 Oktober : Bangkai kapal Okinawa yang membawa 10 penumpang yang karam berdekatan Pulau Satang Besar pada Jumaat telah ditemukan Pasukan Mencari Dan Menyelamat.
Bot tersebut telah ditunda penyelam semalam menggunakan boya untuk ditunda bermula pukul 9.00 pagi tadi
Bangkai kapal telah berjaya ditunda masuk ke kawasan jeti Telaga Air sekitar pukul 2.00 petang sebentar tadi dengan bantuan kapal nelayan.
Bot ditemukan lebih kurang 14 meter di lokasi terakhir bot tersebut dilaporkan karam.
Walau bagaimanapun, sembilan orang dilaporkan selamat manakala pembantu tekong, Awang Omar Awang Hamsawi yang berusia 59 tahun ditemukan meninggal dunia.
Mayatnya ditemukan terapung pada kira-kira jam 5 petang.
Kredit: tvstv.my |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun tak kenal ...
sedih nya baca ... 5 orang lak tu ...
moga ada berlaku keajaiban ...
Mayat mungkin akan timbul, Kehilangan mangsa lima hari, Bot karam
KUCHING: Kemungkinan mayat akan timbul, kerana kehilangan mangsa sudah mencapai masa lima hari.
Demikian kata Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot bersama lima pemancing yang dilaporkan tidak pulang selepas menuju ke kawasan perairan Karang Berumput dan Tukun Bass dari Santubong sejak 1 Okt lepas diperluas hingga 526.74 batu nautika persegi.
Menurutnya, operasi yang memasuki hari kelima tertumpu di sekitar perairan Tanjung Datu, 15 batu nautika dari pesisir pantai dan ke atas.
"Pasukan SAR masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu, petunjuk yang ada buat masa ini adalah penemuan boya berwarna oren yang dijumpai pada hari pertama SAR 3 Okt lepas,” katanya semalam.
Lima mangsa yang hilang itu ialah Khamizan Saidi, 40; Ng Ching Hui, 36; Christopher Teo, 32; Yap Tze Kang, 41; dan Leo Dy Lee Jiann Tarn, 35.
Sementara itu, Zin Azman menasihatkan komuniti maritim agar membatalkan niat mereka ke laut buat masa ini sekiranya cuaca tidak baik.
“Keadaan di laut pada masa ini kurang baik terutamanya keadaan Monsun Timur Laut yang bermula bulan ini hingga Mac tahun hadapan,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
hari ke 7 ...
Kuching, 9 Oktober – Operasi CARILAMAT ke atas lima pemancing yang dilaporkan tidak pulang pada 3 oktober lepas, ditangguhkan pada jam 5.00 petang tadi, selepas tujuh hari operasi pencarian yang dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama lain-lain agensi dilaksanakan.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata secara keseluruhannya, pasukan penyelamat telah membuat pencarian dengan keluasan pencarian keseluruhan dari hari pertama sehingga hari ketujuh merangkumi seluas 3144.04 batu nautika persegi yang melibatkan pelbagai aset melakukan pencarian di laut serta melalui udara.
Sepanjang tujuh hari operasi CARILAMAT dilaksanakan, pasukan penyelamat tidak menemui sebarang petunjuk baharu, hanya penemuan boya berwarna oren yang ditemui berapung dan telah disahkan oleh pemilik bot pada 3 Oktober lepas, pada jarak lebih kurang 34.5 batu nautika Barat Laut Muara Sungai Santubong.
Kebarangkalian mangsa masih hidup, kita tidak dapat pastikan pada hari ketujuh operasi carilamat ini. Tiada konsep SOP CARILAMAT ditamatkan hari ketujuh, namun memandangkan tiada sebarang petunjuk baharu yang ditemui kebarangkalian mangsa yang dicari masih hidup mungkin tipis.
Pencarian mangsa dan bot masih dilakukan selepas ini, dimana akan dimasukkan dalam sektor rondaan operasi harian untuk aset-aset kapal dan bot yang beroperasi di laut kelak.
Maritim Malaysia memohon jasa baik serta kerjasama komuniti nelayan sekitar serta kapal-kapal dagang untuk melaporkan sebarang penemuan berkaitan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya.
Maritim malaysia merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua agensi sahabat yang terlibat iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin (PPM), Unit Udara Bomba, Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Coast Guard (SCG) serta JKK Telaga Air dan Komuniti Maritim sekitar yang telah bersama-sama selama tujuh hari dalam operasi CARILAMAT dilaksanakan.
Komuniti maritim, terutamanya pengusaha bot-bot kecil dinasihatkan agar tidak turun ke laut buat masa sekarang memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik terutamanya dalam tempoh peralihan Monsun Timur Laut yang bermula dari bulan Oktober 2021 hingga Mac 2022.
Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.
Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus
Pengarah Maritim Negeri Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Operasi mencari 5 pemancing yg hilang di sekitar Tukun Bass : Tiada penemuan setakat ini
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|