CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1957|Reply: 3

Isu Kamara akan dibawa ke peringkat atasan

[Copy link]
Post time 2-10-2021 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Glasgow: Pengurus Rangers, Steven Gerrard berkata juara Liga Perdana Scotland itu menghubungi UEFA selepas pemain tengah Glen Kamara diejek penyokong Sparta Prague dalam saingan Liga Europa dengan insiden itu mengancam pertikaian diplomatik.

Kamara diarah keluar padang selepas melakukan dua kesalahan ketika Rangers tewas 0-1 di ibu negara Republik Czech itu.

Menteri Luar Czech, Jakub Kulhanek berkata dia akan memanggil duta besar Britain ke Prague.

Perlawanan pada mulanya tidak membenarkan kehadiran penonton berikutan insiden perkauman yang sebelum ini membabitkan pemain Monaco, Aurelien Tchouameni yang menjadi sasaran serangan ketika aksi kelayakan Liga Juara-Juara pada Ogos lalu.

Bagaimanapun UEFA membenarkan 10,000 penonton hadir, membabitkan pelajar sekolah yang ditemani orang dewasa untuk mengiringi mereka.

Insiden itu berlaku selepas Kamara dihina pemain pertahanan Slavia Prague, Ondrej Kudela dalam perlawanan Liga Juara-Juara sebelum ini.

Bintang antarabangsa Czech itu digantung 10 perlawanan.

Selepas perlawanan pada Khamis lalu, Gerrard berkata beliau tidak menyedari bahawa Kamara diejek setiap kali dia menyentuh bola.

Namun pada Jumaat lalu, bekas kapten Liverpool itu menyedarinya selepas melihat rakam televisyen.

"Saya sedar sekarang selepas menonton perlawanan dan mendengar audio. Saya terkejut kerana saya tidak menyedarinya semasa perlawanan." kata Gerrard.

"Ya, saya sudah bercakap dengan Glen Kamara dan perbualan itu akan menjadi rahsia. Glen sekarang OK." - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2021 08:37 PM | Show all posts

KAMARA diejek setiap kali menyentuh bola. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pprt gak diorang kan.aku dulu ada jiran nigeria ok je.diorang pun baik2 siap tlg jaga anak aku lps blk skolah.yg aku jumpa la,yg kat luar x tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2021 08:46 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 2-10-2021 08:44 PM
Pprt gak diorang kan.aku dulu ada jiran nigeria ok je.diorang pun baik2 siap tlg jaga anak aku lps b ...

mat salleh kan perangai boleh tahan pprt jua pastu perasan depa la raja demokrasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.432276 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list