CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1836|Reply: 1

Perak FC, Kuching City sama liat

[Copy link]
Post time 30-9-2021 06:32 AM | Show all posts |Read mode
Pasir Gudang: Perak FC bangkit untuk mengikat Kuching City FC dengan kedudukan 2-2 pada pertembungan Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini, malam ini.

Beraksi dalam keadaan padang licin akibat hujan sejam sebelum perlawanan tidak menjejaskan rentak permainan diperagakan kedua-dua pasukan apabila masing-masing beraksi dengan corak permainan berintensiti tinggi untuk memburu kemenangan.

Seawal minit ke-10 skuad The Cats melakar kejutan ke atas skuad The Bos Gaurus berpunca daripada bola sepakan percuma kapten, Adam Shreen Tambi yang menyaksikan berlaku kekalutan di dalam kotak penalti dan Hudson Dias yang tidak dikawal merembat bola kencang ke penjuru kiri gol menewaskan penjaga gol, Azri Ab Ghani.

Namun kelibat Hudson dalam perlawanan itu tidak bertahan lama selepas dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-21 dan diganti oleh Zainuddin Bohri untuk menguatkan posisi tengah pasukan tuan rumah.

Tersentak dengan jaringan itu, anak didik Shahril Nizam Khalik mula menggandakan asakan bagi memburu gol penyamaan dan hampir meraih gol pada minit ke-32 selepas bola sepakan lintang Firdaus Sawad terbias di kaki Alyton Alemao yang hanya melewati palang gol tuan rumah ketika penjaga gol, Mohd Iqbal Suhimi tergaman di gawang sendiri.

Mohd Iqbal bertindak pantas untuk menyelamat gawang daripada dibolosi pada minit ke-35 selepas sekali lagi bola sepakan lintang Firdaus menyaksikan Nana Poku menanduk bola namun penjaga gol tuan rumah itu berada di posisi yang baik untuk menghalang.

Ketika aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan pada babak pertama, Kuching City FC terlepas peluang menambah jaringan berpunca gerakan menarik Jimmy Raymond yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti bertindak mengumpan bola kepada Michael Ijiezie namun pemain import dari Nigeria itu gagal melakukan penyudah walaupun hanya berdepan Azri.

Bersambung babak kedua, tindakan Alemoa yang menjatuhkan Poku di dalam kotak penalti membawa padah apabila pengadil perlawanan, Usaid Jamal tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-48 dan pemain gantian, Adib Abdul Ra'op mudah menyepak bola masuk tepat ke penjuru kanan menewaskan Mohd Iqbal untuk mengikat kedudukan 1-1.

Bagaimanapun jaringan penyamaan itu tidak bertahan lama apabila tuan rumah kembali mendahului 2-1 ke atas skuad The Bos Gaurus pada minit ke-67 selepas bola sepakan percuma Alif Hassan dari jarak 25 meter tepat ke penjuru kiri gawang sekali gus menewaskan Azri.

Pasukan pelawat yang tersentak dengan jaringan itu bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-69 selepas bola umpanan Adib di psisi sayap kanan tepat kepada Aizat Safuan Razali yang pantas merembat bola tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Mohd Iqbal dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2021 06:33 AM | Show all posts

Pemain Kuching City FC, Hudson Dias (kiri) menghalang gerakan pemain Perak FC, Izzuddin Mohd Roslan pada aksi Piala Malaysi di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang. FOTO Ihsan Kuching City FC.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.204943 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list