View: 1746|Reply: 1
|
Harap pemain segera sesuai diri aksi petang - Kim Swee
[Copy link]
|
|
Kota Kinabalu: Ketua Jurulatih Sabah Football Club (FC), Datuk Ong Kim Swee berharap, pasukan itu dapat segera menyesuaikan diri dengan aksi perlawanan pada waktu petang apabila berdepan Kelantan FC dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia, di Stadium Muhammad ke IV, esok.
Katanya, perubahan waktu perlawanan di sebelah petang kemungkinan besar akan memberi impak yang berlainan kepada skuad kendaliannya itu.
"Pemain perlu cepat menyesuaikan diri (beraksi pada waktu petang) selain tidak memandang mudah cabaran Kelantan FC.
"Mereka (Kelantan FC) hanya tewas tipis 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali gus membuktikan pasukan itu mempunyai kekuatan yang tersendiri," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kim Swee berkata, beberapa kelemahan pasukan telah dikenal pasti dan berharap ia akan diperbaiki dalam aksi petang esok.
"Perlawanan menentang Kelantan FC sangat penting. Kita perlu memastikan supaya Sabah FC tidak kehilangan mata apabila.
"Ini penting untuk memastikan peluang kita untuk ke mara ke peringkat seterusnya masih lagi terbuka," katanya.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu berkata, kegagalan Sabah FC mengutip sebarang mata dalam perlawanan esok hanya akan menyukarkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi mereka bakal berdepan JDT, selepas ini.
"Kita lihat pada perlawanan pertama menentang PJ City FC, (permainan) kita agak baik terutama pada separuh masa pertama tetapi banyak kelemahan berlaku di separuh masa kedua.
"Kita sudah mengenalpasti kelemahan ini berharap semua pemain dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan esok petang," katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain PJ City FC, Prabakaran Kanadasan (kanan) mengasak pemain Sabah FC, Thababalan Nadarajah pada aksi TM Piala Malaysia. FOTO Aswadi Alias |
|
|
|
|
|
|
| |
|