View: 1993|Reply: 2
|
Rossi bakal kendali empat pasukan
[Copy link]
|
|
TURIN – Meskipun Valentino Rossi tiada dalam grid perlumbaan selepas mengumumkan persaraannya musim depan, namun juara dunia sembilan kali itu meninggalkan legasi tersendiri dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Berbaki empat pusingan sebelum saingan MotoGP menutup tirai secara rasmi, Rossi yang terkenal dengan julukan The Doctor bakal mengendalikan empat pa-sukan dengan menyertai ke-semua kelas perlumbaan pada musim 2022 nanti.
Sudah tentu, perlumbaan MotoGP 2022 akan menyaksikan juara dunia dari Tavullia, Itali itu membawa masuk jenamanya ke kelas perdana buat julung kalinya apabila VR46 Racing akan menggantikan Avintia Racing.
Ketika ini, pasukan VR46 telah menandatangani kontrak perjanjian bersama Ducati bagi menjadi pembekal enjin pasukan untuk tempoh tiga tahun.
Adik Rossi, Luca Marini menjadi pelumba rasmi pasukan itu dan turut membawa masuk anak didiknya dari Akademi VR46 iaitu Marco Bezzecchi.
Lebih menarik, dalam sai-ngan kelas Moto2 nanti, Rossi juga telah mendaftarkan dua pasukan iaitu Yamaha VR46 Master Camp Team serta satu lagi pasukan dengan nama -Aramco VR46 Team.
Selain itu, dalam kelas Moto3, pasukan kendalian Rossi akan dikenali sebagai Avintia VR46 Riders Academy yang akan membariskan pelumba-pelumba berbakat dari akademinya untuk bersaing di pentas lebih tinggi. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
ROSSI bakal mengharungi musim yang sibuk tahun hadapan apabila perlu mengendalikan empat pasukan bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia bagi semua kelas. – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
ini la baru betul naikkan nama negara dan pelumba sendiri bukan mcm satu team tu,bertanding dalam 3 kelas perlumbaan tapi sorang local rider pun xde |
|
|
|
|
|
|
| |
|