|
Paris: Rakan sepasukan Lionel Messi di Paris Saint-Germain terkejut dengan sikapnya yang pendiam di bilik persalinan, menurut Achraf Hakimi.
Pemenang enam kali Ballon d'Or itu menyertai PSG dari Barcelona selepas 21 tahun bersama gergasi Catalan.
Dia tampil tiga perlawanan Ligue 1 setakat ini dan Hakimi yang turut berpindah dari Inter Milan pada musim panas memperkatakan mengenai Messi.
Menurutnya kepada L'Equipe: "Seperti orang lain apabila Messi tinggalkan Barca, memang saya tak jangka. Dan apabila saya dengar dia datang ke sini, apa lagi boleh saya katakan. Mimpi jadi nyata kepada saya.
''Saya beraksi dengan ramai pemain hebat dan satu-satunya yang saya terlepas ialah Messi. Saya bangga dapat beraksi bersama pemain terbaik.
"Untuk maju, saya tumpu cara dia berlatih, cara dia bermain. Ia akan membantu pasukan dan pemain lain.
"Kami bercakap bahasa yang sama, sedikit demi sedikit kami saling mengenali. Membina hubungan teknikal dengan dia memang mudah. Saya berikan dia bola, saya lari dan dia akan letakkan bola ke tempat sepatutnya.
''Namun saya terkejut dengan sikapnya yang pendiam dan sederhana.'' - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
MESSI ceria ketika sesi latihan PSG di Paris. |
|
|
|
|
|
|
| |
|