View: 1340|Reply: 1
|
Bukan aksi terbaik KL City
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pengendali Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak mengakui kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang FC semalam sangat penting untuk mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan A.
Pujian harus diberikan kepada ayam tambatan skuad The City Boy, Romel Morales apabila berjaya menyumbat dua gol masing-masing pada minit 47 dan 73 dalam aksi di laman sendiri. Satu lagi gol pula disumbangkan pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC, Daniel Ting manakala jaringan gol sagu hati skuad Tok Gajah pula disumbangkan menerusi gol sendiri pemain import tuan rumah, Giancarlo Gallifuorco.
Walaupun mencatatkan kemenangan, Bojan berkata, barisan pemain sebenarnya tidak mempamerkan aksi terbaik mereka.
"Kuala Lumpur juga tidak dapat menurunkan kesebelasan pemain terkuat memandangkan ada beberapa tonggak masih lagi tidak cergas atau mengalami kecederaan," katanya.
Sementara itu, pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh ternyata kecewa dengan barisan pemain yang cepat putus asa dan enggan perbetulkan kesilapan menyebabkan skuad Tok Gajah terlepas tiga mata penting.
"Serba tak menjadi kerana dalam latihan nampak berbeza tapi ketika perlawanan tak dapat bermain seperti yang diharapkan. Saya sendiri cakap kepada (staf kejurulatihan) kalau setakat serang sahaja tapi tidak mencipta peluang menjaringkan gol tiada maknanya. Bermain cantik macam mana pun kalau kita tidak mencipta peluang dan menjaringkan gol tiada maknanya," katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Kuala Lumpur City FC,Kenny Pallraj Devaragi (kiri) diasak pemain Sri Pahang FC, Fazly Mazlan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. FOTO Hazreen Mohamad |
|
|
|
|
|
|
| |
|