View: 1252|Reply: 1
|
Selangor FC banyak bazir peluang
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel mengakui tuah membantu pasukannya memperoleh tiga mata penting pada perlawanan pertama saingan Piala Malaysia menentang Perak FC semalam.
Neitzel berkata, perkara penting dalam saingan Piala Malaysia adalah memperoleh keputusan positif sekali gus mampu mencerahkan peluang untuk ke pusingan seterusnya.
Beliau berkata, barisan anak buahnya beraksi dengan baik, namun gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang selain sering melakukan kesilapan yang menyebabkan pasukan lawan hampir menjaringkan gol.
"Perkara penting adalah bermula saingan Piala Malaysia dengan mendapat tiga mata. Sejujurnya Selangor bertuah dalam perlawanan itu. Ada tiga atau empat kesilapan yang dilakukan pemain dan walaupun kita menguasai perlawanan namun gagal untuk menambah gol," katanya.
Perlawanan Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menyaksikan kesilapan pertahanan Perak FC menjatuhkan Sean Eugene Selvaraj di kawasan kotak penalti membawa padah apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh ayam tambatan mereka, Ifedayo Olusegun pada minit ke-80.
Sementara itu, penolong jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil berkata, barisan pemain mudanya tidak goyang berhadapan lawan yang lebih hebat dengan memberi tentangan sengit hingga tamat perlawanan.
"Walaupun ketinggalan, barisan pemain muda tidak mudah mengalah dengan terus mengatur serangan untuk mendapatkan gol penyamaan. Saya akui ketiadaan tonggak seperti Sergio Aguero memberi kesan kepada jentera serangan namun pujian harus diberikan pada pemain lain yang mampu menyerap setiap serangan lawan," katanya. - HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Selangor FC, Ifedayo Olusegun diasak pemain Perak FC, Danish Haziq di Stadium MBPJ. FOTO Aswadi Alias |
|
|
|
|
|
|
| |
|