View: 1288|Reply: 1
|
Arteta harap Arsenal terus konsisten
[Copy link]
|
|
London: Mikel Arteta berharap Arsenal dapat terus menyajikan tahap 'istimewa' seperti yang dipamerkan ketika mengalahkan Tottenham 3-1 pagi tadi sehingga membolehkan mereka berada di atas seteru London utara itu di kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tiga minggu lalu Spurs berada di tangga teratas dan Arsenal di dasar liga apabila mencatatkan permulaan buruk selepas 67 tahun.
Bagaimanapun, The Gunners diperkuatkan dengan kehadiran enam pemain baru dan beberapa tonggak utama sudah kembali pada tahap kecergasan sebenar.
Arsenal berjaya meledak tiga gol dalam 35 minit aksi separuh masa pertama bermula dengan jaringan pembukaan Emile Smith Rowe sebelum Pierre Emerick Aubameyang mencetak nama sebagai penjaring dan Bukayo Saka menyumbat gol ketiga.
Son Heung Min cuba merapatkan jurang buat pelawat 11 minit sebelum aksi tamat namun ia agak terlambat buat pasukan bimbingan Nuno Espirito untuk bangkit.
"Ia hari yang istimewa. Hari ini adalah salah satu contoh apa yang kami mahu lakukan tapi kami harus konsisten.
"Kemenangan ini adalah untuk penyokong. Mereka ada ketika kami memerlukan sokongan," kata Arteta.
Arsenal melonjak ke tangga ke-10 mengatasi Spurs dengan kelebihan jaringan tatkala kedua-dua pasukan mengutip sembilan mata daripada enam perlawanan.
Bagaimanapun, mereka berada di arah yang berbeza dengan Tottenham tumpas pada tiga perlawanan terakhir liga.
"Kami hilang kawalan sepenuhnya pada separuh masa pertama. Kami direntap. Apabila anda melepaskan tiga gol di setiap tiga perlawanan terakhir liga, anda tidak boleh menyembunyikan lagi masalah yang dihadapi," kata ketua pasukan Spurs, Hugo Lloris. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
ARTETA (kiri) mengakui kemenangan ke atas Spurs adalah hadiah untuk penyokong. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|