View: 1349|Reply: 1
|
KL City garang, Selangor bernasib baik
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Skuad Kuala Lumpur City FC melaungkan amaran bahawa mereka antara pencabar saingan Piala Malaysia apabila berjaya membenam Sri Pahang FC 3-1 dalam saingan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebentar tadi.
Jelas sekali skuad kendalian Bojan Hodak tampil lebih menyakinkan dengan menguasai hampir keseluruhan perlawanan untuk memastikan tiga mata dalam genggaman.
Pujian harus diberikan kepada ayam tambatan skuad The City Boys, Romel Morales apabila berjaya menyumbat dua gol masing-masing pada minit ke-47 dan 73.
Satu lagi gol pula disumbangkan oleh pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC, Daniel Ting yang berjaya menanduk masuk gol pertama hasil sepakan sudut pada minit 19.
Skuad Tok Gajah pula hanya mengharapkan gol ehsan menerusi jaringan sendiri pemain import Kuala Lumpur City FC Giancarlo Gallifuorco pada minit 79.
PEMAIN Selangor FC, Ifedayo Olusegun cuba menanduk bola sambil diasak pemain Perak FC, Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham. FOTO Aswadi Alias
Sementara itu, satu lagi perlawanan di Lembah Klang menyaksikan Selangor FC harus menarik nafas lega apabila sepakan penalti 10 minit sebelum wisel penamat ditiup berjaya memastikan pasukan terbabit pulang dengan tiga mata penting.
Perlawanan kumpulan B yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menyaksikan status skuad Perak yang terpaksa beraksi di Liga Perdana musim depan tidak menghalang mereka untuk memberi tentangan sengit kepada Selangor FC.
Malah, skuad Bos Gaurus itu hampir mengejutkan pasukan tuan rumah apabila beberapa percubaan pada separuh masa pertama hampir mengeggarkan gawang lawan.
Namun, kesilapan pertahanan Perak menjatuhkan Sean Eugene Selvaraj di kawasan kotak penalti membawa padah apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh ayam tambatan mereka Ifedayo Olusegun.
Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Selangor FC berjaya membawa pulang tiga mata penting untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Kuala Lumpur City FC, Safee Sali (tengah) bersaing diasak pemain Sri Pahang FC, Herold Mark Goulon (kanan). FOTO Hazreen Mohamad |
|
|
|
|
|
|
| |
|