View: 1239|Reply: 1
|
Solskjaer sekali lagi berada dalam tekanan
[Copy link]
|
|
London: Kepulangan sensasi Cristiano Ronaldo ke Manchester United membolehkan penyokong kelab berkenaan mengimpikan sesuatu yang indah namun tiga kekalahan dalam empat perlawanan menyebabkan tekanan semakin memuncak terutama menjelang perlawanan menentang Villarreal di Liga Juara-Juara (UCL).
Ole Gunnar Solskjaer tidak perlu untuk menekan butang panik kerana pasukannya hanya kurang satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool selepas enam perlawanan.
Bagaimanapun, kerisauan tetap menyelubungi Red Devils, yang perlu bangkit segera selepas kalah mengejut dalam aksi pembukaan UCL kepada Young Boys, tersingkir di Piala Liga di tangan West Ham dan tumpas ketika menentang Aston Villa semalam.
Solskjaer merasakan pasukannya tidak cukup klinik selepas kalah 0-1 kepada Villa di laman sendiri.
"Tindakan akhir, penyudah, kualiti hantaran bola atau rembatan atau ingin membuat keputusan tidak cukup bagus bagi memperoleh jaringan.
"Ia sebenarnya perlawanan yang baik dalam aksi seimbang namun kami tidak berjaya memperoleh jaringan,: katanya.
United perlu menghentikan prestasi buruk itu Khamis ini dan bagi saingan di peringkat tertinggi Eropah itu mereka hanya mempunyai dua pilihan kembali bangkit atau terus merana.
"Ia adalah perlawanan penting, malam UCL dan kami sedar kami bermula buruk bagi saingan peringkat kumpulan. Bagaimanapun kami akan bersedia," katanya.
Ketika dilihat mampu untuk muncul juara musim ini, United tidak mempunyai kesepakatan dan bergantung kepada sentuhan magis pemain seperti Bruno Fernandes, Paul Pogba dan Ronaldo. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
SOLKSJAER harus membuktikan kemampuannya menjelang aksi menentang Villarreal Khamis ini. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|