CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1933|Reply: 13

[Borneo] Rentas negeri dimuktamad tiga minggu lagi

[Copy link]
Post time 26-9-2021 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Kebenaran untuk rentas negeri dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu lagi selepas negara mencapai kadar 90 peratus populasi dewasa yang lengkap suntikan vaksin COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berikutan itu, beberapa langkah untuk menyegerakan vaksinasi populasi dewasa akan diambil dalam masa terdekat.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan orang ramai menerima vaksin lengkap sekali gus mencapai sasaran 90 peratus dalam tempoh itu.

Katanya antara tindakan segera yang akan dilaksana oleh ATM ialah mengatur gerak lebih banyak Pasukan Vaksinasi Perubatan Medan (CMVT) di kawasan pedalaman selain memperluas program vaksinasi pandu lalu yang dilaksana oleh Kementerian Pertahanan kepada orang awam.

"Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat. Apa perancangan yang kita lakukan bersama KKM itu, kita harap dapat dijayakan dalam tempoh tiga minggu ini.         
"Jadi sebelum ia diumumkan, banyak perkara yang perlu difikirkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.

"SOP rentas negeri kita akan umumkan sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat dan ia akan diperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu depan," katanya selepas meninjau pusat pemberian vaksin pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja Kem Ulu Tiram di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri dilapor telah membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan dalam tempoh beberapa minggu lagi dan berkata setakat 22 Sept, sebanyak 81 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.          Hishammuddin juga berkata disiplin orang ramai akan menjadi elemen paling penting apabila rentas negeri dibenarkan kerana adalah mustahil untuk kerajaan memantau dan melaksanakan SOP menjaga setiap rakyat yang diberi kebenaran merentas negeri.

"Sebab itu, disiplin orang ramai amat penting apabila menikmati kelonggaran yang bakal diumumkan. Kita harap mereka patuh kepada SOP yang ditentukan nanti," katanya. - BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah siap beg ni.. Hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 01:35 PM | Show all posts
sarah82 replied at 26-9-2021 01:31 PM
Dah siap beg ni.. Hahaha.
amboi na~ nak bersiap kemana tu...?

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-9-2021 01:35 PM
amboi na~ nak bersiap kemana tu...?

Opah nak balik ke rumah anak sulung dia kat Shah alam utk 1 @ 2 bulan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 01:43 PM | Show all posts
sarah82 replied at 26-9-2021 01:41 PM
Opah nak balik ke rumah anak sulung dia kat Shah alam utk 1 @ 2 bulan..
kira nya akak akan berhijrah sama ...?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sempat ke 3 minggu lg..oh yeyay
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
emmm.. 3 minggu.. dlm pertengahan oktober, moga kes dah bawah 10k masa tu.. aamiiinnnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-9-2021 01:43 PM
kira nya akak akan berhijrah sama ...?

Pi sat saja.. Hahahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan semua yg nak balik jumpa parents tu, akan terkabul jua.. harap xde statement lain pulak lepas 3 minggu nanti.. dah boleh prepare buah tangan utk org yg menunggu kat kg tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 02:27 PM | Show all posts
sat pun ok la tu ... boleh cuci2 mata ... tukar angin jap ... tapi jager diri tau

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 02:28 PM | Show all posts
upper_case replied at 26-9-2021 02:19 PM
Aku doakan semua yg nak balik jumpa parents tu, akan terkabul jua.. harap xde statement lain pulak l ...
aamiin ...

tapi...
jujur lah pada diri ... kalo rasa tak sihat ... jangan gagah kan juga nak balik...


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-9-2021 02:27 PM
sat pun ok la tu ... boleh cuci2 mata ... tukar angin jap ... tapi jager diri tau

Tu la.. Boleh la tgk tempat org jap.. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Please laaa
Balik hari pun takpeeeee
Kat perak je pun
Rindu atok nenek!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:08 AM | Show all posts
imanjannah replied at 26-9-2021 01:55 PM
emmm.. 3 minggu.. dlm pertengahan oktober, moga kes dah bawah 10k masa tu.. aamiiinnnn

Semoga semuanya selamat untuk Malaysia. Bismillah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.071486 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list