View: 1298|Reply: 1
|
Man City lunas dendam di Stamford Bridge
[Copy link]
|
|
London: Manchester City berjaya membalas dendam kekalahan di pentas final Liga Juara-Juara kepada Chelsea apabila menewaskan lawan sama 1-0 pada aksi Liga Perdana di Stamford Bridge, hari ini.
Gol tunggal Gabriel Jesus lapan minit memasuki separuh masa kedua menjadi pemisah kepada kedua-dua kelab.
Namun City sebenarnya berpeluang meraih kemenangan lebih meyakinkan selepas tewas kepada Chelsea sebanyak tiga kali pada musim lalu.
Paling pahit adalah di Porto apabila Chelsea berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara untuk menafikan City memenangi gelaran itu buat kali pertama sejak jutawan Abu Dhabi mengambil alih kelab berkenaan pada 2008.
Pengendali City, Pep Guardiola menerima kritikan hebat kerana tidak mempunyai pemain tengah berkaliber ketika kedua-dua pasukan bertemu kali terakhir Mei lalu.
Namun kelemahan itu berjaya dikenalpasti apabila Rodri kembali beraksi dan pemain Sepanyol itu membantu pasukan bimbingan Guardiola mendominasi bahagian tengah.
Bagaimanapun City kekurangan penyerang prolifik untuk memastikan mereka memperoleh lebih banyak gol. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
JESUS (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Bernardo Silva. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|